Assalamualaikum,
Tetiba rajin pulak nak update blog ni. Memandangkan trip ini adalah short getaway selepas tamatnya PKP, kemudian PKPB dan kini masih PKPP yang agak longgar yang diberikan oleh kerajaan. Apa pun kena tetap patuh SOP yang ditetapkan oleh pihak KKM.
Oleh sebab memang tak berapa berani lagi nak berjalan ke tempat tumpuan rakyat, sebab tau sedia maklum mesti berduyun manusia sana sini memandangkan telah lama sangat berkurung. Jadi kami ambil alternatif bawak anak-anak ke Kuala Selangor aje. Sebab dekat dan kurang tumpuan. Dengan kata lain BACK TO NATURE.
Antara tempat yang kami pergi of coz la BUKIT MALAWATI, TAMAN ALAM KUALA SELANGOR dan melihat sunset di PANTAI REMIS, JERAM. Nak pergi melihat KELIP-KELIP di KG KUANTAN masih belum dibuka lagi. SKY MIRROR kami tak pergi sebab tak sangka pulak kos agak boleh tahan. Kami stay 1 malam di DE PALMA RESORT KUALA SELANGOR. Resort yang sangat mendamaikan. Oleh sebab masih PKPP, jadi pool masih belum buka. It's ok. Anak-anak pun dah faham. Kami tak menikmati SEAFOOD pun di area pantai tu walau banyak sangat restoren. Sebab masa kami pergi petang tu terlalu ramai umat manusia. Mana-mana restoren padat. Dah macam takde SOP dah. Lebih baik kami tarik diri kerana kena perlu patuh #kitajagakita.
Jom layan gambar jer lah yer...
1st check point pergi BUKIT MALAWATI dulu. Kena naik TRAM. Seronok jugak. Fattah tak puas. Esok nye ajak lagi naik...hehehe.. Abahnya kata next time kita repeat ya.
2nd check point ke Taman Alam Kuala Selangor. Ni agak mencabar jugak pada anak-anak. Mula-mula semua excited, lama-lama dah kepenatan. Kena habiskan pusingan dalam 3.5km..Hahhaha.. Ok ler, dah lama sangat duduk rumahkan. So hari tu kita pulun habis la walk walk lihat keindahan alam. Pengalaman masuk hutan kayu bakau. Tengahari, air surut jadi tak byklah haiwan hutan sekunder yang kami jumpa pun. Serangga atau burung pun takde.. Alhamdulillah.. Semua dapat habiskan dengan jayanya walau fattah ade yang berdukung sebab dah terlalu penat..ehehe
3rd checkpoint ke persisir pantai di Pantai Remis, Jeram. Masa tiba tu dalam pukul 6 lebih hari masih cerah dan air masih surut. Perlahan matahari terbenam air dah mula naik. Kami pergi ke tempat yang tak ramai orang. Jadilah buat anak-anak main kutip kerang. Masa balik tu lalu ke tempat pusat kunjungan ramai orang. Memang ramai. Malam minggulah pulak tu. Tapi kami tak berhenti walau ada banyak gerai jualan. Hanya melihat pandu lalu dari kereta aje ler.. tetap kena patuh #kitajagakita
Dapat 2 set dinner. Memang masa booking bilik tru website depalma diorang ade bg 2 set. So kami ambil 1 set nasi beriani kambing dan 1 set nasi bukhara kambing. Anak-anak tak follow. Diorg stay je dalam bilik. Kami dah tapau makanan siap-siap on day balik dari pantai petang tu
Sarapan pagi. Ada byk menu lain, tapi tak ambil gambar. Just snap ni aje sbb unik. Roti canai berwarna hanya di Cafe Rumbia De Palma Resort Kuala Selangor.
Superior Villa
Kami stay di sini. Superior Chalet - Twin bed
Area Kuala Selangor ni memang banyak kera. Ada yang jenis kelabu cerah, ade yang spesis gelap. Tak kacau orang. Jadi tak risau lah. Cuma elakkan bawak dan beri makanan. Kalau kita lalu buat biasa aje, kera-kera ni pun buat tak tau jugak. Ada kenangan di sini, hilang sebelah selipar. Itulah bila terlupa nk bawak masuk dalam bilik. Pihak resort kata memang biasa, ade kera-kera yang nakal ni. Takper lah.. Sib baik la ade sport shoes. Jadi balik tu pakai kasut sukan lah. Kalau tak terpaksa lah beli selipar di Kuala Selangor.
Nak balik dah.. See you next time Kuala Selangor. Will repeat one fine day. Sebab dah beli voucer :)
Expired sampai bln 3, tahun depan. So oklah kan kot bila-bila nk short getaway lagi..