Iklaneka

Wednesday, June 29, 2011

I'm Away...Again!!!!

Salam semua....

Di kala kalian membaca blog ini..aku pastinya sudah berterbangan di udara menaiki kenderaan Pak Tony.....

EVERYBODY CAN FLY.....

TQ , AirAsia...jasa baik mu sgt dihrgai merialisasikan impian ku...cewahhhhhhhhhh...


Buat smua,tnggu cerita dr mak yer nyah!!! merempit di sini!!!




Monday, June 27, 2011

Epy Dah Kawen!!!!!!!!!!!

Salam semua....

Selamat Pengantin Baru , Epy & Idayu!!!!!

Ho ho ho..intro..tak hengget...Ye le..apa2 pn mesti le bg ucapan dlu kn pd org yg kawen....
Tanggal 25/6/2011 merupakan hari bersejarah buat ank cucu Tok Yeop Aiskrim terutama Pak Anjang sekeluarga sbb si Epy dh le nikah...Dengan kata lain tamat sudah zman bujang....

Buat Epy selamat menempuh alam rumahtangga nye...Kawen ni mmg best..MMg la cinta hati sudah bersatu maa but kna ingt kawen ni idak le smua manis belaka..MMg le ade manis tp dlm manis tu ade le gak pahit,maung kelat smua pn ade..Pjg umur merasa le mcm2..SOme like our life gak..Semakin dewasa mcm2 kita merasa dlm kehidupan ini sma mcm perkahwinan gak akan dilalui dgn peredaran masa yg kita lalui..TAPI kna ingt hidup umpama roda, ade masa naik..ade msa turun...so layannnnnnn kn aje..Sentiasa beringt di msa akan dtg...Itu yg penting...

Ok, nk citer psl hari bersejarah tersebut plak..Majlis nikah di adakan di Masjid Wilayah..As usual la kn..pernikahan org kolumpo skang ni suka wat kt Majlis Wilayah ni sbb Datuk Siti pn nikah kt situ gak kn!!!!..glemer ko jah nikah kt situ gak...hhahah....Tidak..tidak ye kwn2..1st reason mudah, senang sbb all in kt masjid tu..Dewan nikah ade...dewan mkn ade...Easy to access tu pn penting nye.


Ramai le sedara mara from our side ade..Maklum le kn udah kami ni mmg bertapak di kolumpo nih..Sahih la bila tau je berdesup pegi...Skang sgt maju...undangan majlis tidak perlu berutusan face to face, tru FB pn bleh,...Kelas ko zaman skang kawen!!!..Yg penting info smpai kn...
We're so happy that day...coz can chit chat among auntie,uncle and cousin...A lot of story we talked about...Tu yg benor nye klu dh berjumpa2 ni kan...MMg sakan bersembang...
Apa2 pn layan je le gamba aku yg nan hado nih....SOrry to all, kualiti gambo not so gud...

::Group mak2 org but terselit sekuntum bunga yg belum di sunting dgn aksi menawan...hahah

::APa la yg si feroz cerita tuh..kemain si nira mendengor nye

::Mak anjang bersembang dgn besan no 1 dr JOhor

::Makcik Syikin plak pnye cerita..Haih..mcm2, klu dh ramai2 tu kn..ade je kisah

::KOleksi makcik2...Ni suku pn xsampai koleksi makcik2..ade ramai lg tau!!!

::Si Qasih ni mmg la...mcm2

::Mak long dr Pahang pn ade..Mak teman je xde sbb dia ade program haji kt masjid teluk intan

::Me & Ina (isteri firdaus, cousin aku gak nih)

::Taraaa...NI le pengantin, si epy..Dah kawen dia dh..Dulu msa kecik yg amat le suka nangis dia nih...hahha

::Sessi bagi duit mas kawen..
::Depa ni yg sakan!!!

::Ni suku je yg ade among cousin..Ramai lg xde nih..


Sekian laporannnnn....layannnnnnn

Friday, June 24, 2011

Siapa Kata Aku Tak Sokong KEDAI RAKYAT!!!!

Salam semua...

Seperti yg sedia maklum oleh seantero rakyat Malaysia..Kedai Rakyat 1 Malaysia telah di lancar kn pd 22/6/2011 di stesen LRT kelana Jaya..Kedai tersebut merupakn kedai pertama yg dibuka..Ade byk lagi la kedai rakyat ni but dono the location...


::Suasana pd hari pelancaran...Tak dpt nk close up sgt la..mklum la..rkyat jelata aje..Klu aku bagai baju kaler pink maby la bleh dkt2 kot yg mcm kt tangga2 tuh...hahah

AKu xde le nk citer pjg sgt psl Kedai Rakyat 1 Malaysia..For detail you can view here. But apa yg aku nk syer kt sni adelah gambo2 yg aku snap semasa hari pelancaran tersebut, wlaupun aku bkn le mamarazi memikul senapang dslr, but at least aku ade le di hari tersebut..Ye le dh opis aku dkt ngn lrt kn..hahha..Pelancaran plak pukul 5pm sahih dh abis waktu kerja..SO gatei le kaki aku menapak kesitu menengok!!!

::kami dtg menservey harga...konon laaaaaaa

Tapi hari ini sesaja le menapak lg ke situ ngn opismate..Sesaja menservey harga..Aku idak le tau sgt beza2 harga ni sbb bkn tiap2 bln pn beli brg keperluan asas..2bln skali pn belum tntu..Pehtu yg aku pasan kedai ni lbh pd brg keperluan asas la mcm beras,gula,minyak,tepung gitu la..But klu ko nk cari huggies,enfagrow usah harap la..mmg tak berjumpa!!!..Apa2 pn ade pro n cons la..at least we support the good thing what gov do for us...Apa2 pn keputusan ditangan anda...Rasa berbaloi beli saje...........


::U can klik the picture to more clear...Lihat lah dgn nilai RM50,RM100 berapa brg yg anda bleh dpt...


Sekiannnnnnnnnn

Wednesday, June 22, 2011

Banyak Sebab Anak Lambat Bercakap ....

Salam semua....

Artikel ini aku perolehi dr sebuah forum..Kredit kpd si pemberi maklumat..Info ini sgt berharga buat diriku..sbg panduan membesarkan anak2...Juga boleh di kongsi kpd yg melawat blog ini...

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Banyak Sebab Anak Lambat Bercakap
Oleh Rohaniza Idris
roha@bharian.com.my


Genetik, persekitaran boleh pengaruhi perkembangan linguistik kanak-kanak

AIREEN, empat tahun petah bercakap dan sering membuat mamanya terdiam apabila disoal dengan pertanyaan yang kadangkala tiada jawapan. Ini berbeza sekali dengan rakan seusianya, Nurin yang masih tidak pandai bercakap walaupun aktif seperti kanak-kanak lain.

Keadaan Nurin menyebabkan ibunya, Noor bimbang dan sering tertanya-tanya kenapa anaknya yang boleh dikategorikan bising,walaupun apa yang keluar dari mulutnya tidak difahami kerana bunyinya seperti kanak-kanak baru belajar bercakap.

Pakar Perkembangan dan Pendidikan Kanak-Kanak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Mastura Badzis, berkata keupayaan seseorang kanak-kanak itu boleh bercakap adalah berbeza antara seorang dengan yang lain dan berkait rapat dengan faktor persekitaran dan kesihatan mereka.

Katanya, ada sesetengah kes anak lambat bercakap kerana faktor genetik yang mana ayah atau ibunya ketika kecil pun lambat bercakap juga.

Mungkin juga kanak-kanak berkenaan sedang memberi tumpuan untuk menguasai sesuatu kemahiran baru. Contohnya belajar berjalan. Itulah sebabnya kadang-kadang kita lihat ada kanak-kanak yang bila sudah boleh merangkak dan berjalan barulah mereka mula bercakap.

Ada juga kanak-kanak tidak mendapat perhatian secukupnya daripada ibu bapa atau penjaga. Ada ibu bapa yang terlalu sibuk hingga kurang memberi perhatian untuk bercakap dengan anak kerana jarak umur antara seorang anak dengan lain agak rapat, adik beradik kembar atau keluarga besar. Ahli keluarga dewasa mungkin lebih bercakap sesama sendiri,?katanya

Dr Mastura berkata, kurang galakan dan sokongan ibu bapa juga boleh menyebabkan kanak-kanak lambat bercakap, begitu juga jika mereka kurang didedahkan bercakap dengan orang dewasa.

Daripada aspek kesihatan, anak yang kurang atau lambat bercakap mungkin menghadapi masalah ear infection atau disahkan mempunyai masalah pendengaran.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah oral-motor juga menghadapi kesukaran menggunakan lidah, bibir dan dagu untuk mengeluarkan perkataan. Namun, biasanya kes seperti ini ada kaitan dengan masalah makan (masalah ini hanya boleh dikenal pasti pakar).

Kanak-kanak berkeperluan khas dan mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi seperti tidak cukup zat makanan, tekanan emosi, penderaan dan sebagainya juga menyebabkan mereka lambat bercakap. Selain itu kanak-kanak yang selalu bermain sendiri dan kurang terdedah kepada hubungan sosial juga menghadapi masalah sama. Begitu juga jika ibu bapa menggunakan bahasa rojak,katanya.

Bahasa atau percakapan biasanya akan tercetus apabila ada ruang untuk berinteraksi antara seorang dengan yang lain dalam konteks sosial. Ia juga ada kaitannya dengan keupayaan seseorang kanak-kanak itu berfikir dan menguasai perbendaharaan kata.

Namun, galakan dan sokongan memainkan peranan penting merangsang keupayaan kanak-kanak untuk bercakap. Menurut kajian, satu daripada sepuluh kanak-kanak menghadapi masalah lambat bercakap dan ada fakta mengatakan biasanya kanak-kanak lelaki, tiga atau empat kali lebih terdedah kepada masalah ini berbanding dengan kanak-kanak perempuan,katanya.

Bila anak mula boleh bercakap?
Persoalan mengenai satu yang subjektif kerana keupayaan berkenaan berkait rapat dengan empat peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak.

Peringkat pertama bermula dengan kemahiran fonologi iaitu seseorang kanak-kanak belajar mengeluarkan bunyi dan memahami bunyi-bunyi bahasa pertuturan.

Kedua ialah kemahiran semantik iaitu keupayaan kanak-kanak memahami perkataan dan menguasai perbendaharaan kata.

Ketiga keupayaan kanak-kanak belajar cara mencantum dan menyusun perkataan menjadi ayat yang betul dari segi tatabahasa.

Keempat adalah yang paling kompleks iaitu perkembangan pragmatik yang membabitkan peraturan menggunakan bahasa dalam konteks sosial yang berbeza atau tujuan yang pelbagai.

FAKTA: Percakapan kanak-kanak

Belajar bercakap atau berkomunikasi, kanak-kanak dari bayi lagi sebenarnya sudah boleh berkomunikasi dengan orang lain melalui mimik muka, gerak isyarat seperti menggapai tangan, bahasa tubuh, gerak badan , bunyi mulut, mengagah dan sebagainya (perkembangan pra-linguistik).


Seorang kanak-kanak mungkin boleh dilihat sebagai boleh bercakap bila ia sudah memiliki sedikit kemahiran peringkat pertama dan kedua perkembangan bahasa kanak-kanak.


Kanak-kanak berusia satu hingga dua tahun biasanya sudah memulakan perkataan pertama mereka dan dalam lingkungan usia 18 hingga 36 bulan, kanak-kanak sudah mula memahami semantik sesuatu perkataan dan mula menggunakannya sedikit demi sedikit meningkat seiring dengan peningkatan usia dan pengalaman.

INFO: Tip membantu anak bercakap


Ibu bapa perlu selalu berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak-anak dari usia mereka masih bayi atau ketika mereka masih belum lagi pandai bercakap!


Apabila bercakap dengan mereka, gunakan ayat yang pendek dan mudah. Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepada anak-anak, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak anda mendapat peluang untuk memberi maklum atau tindak balas


Gunakan mimik muka yang bersesuaian untuk menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat .Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak

Dedahkan anak kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini ibu bapa memberi peluang kepada anak mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali

Banyak aktiviti seharian dapat digunakan untuk membantu anak bercakap dan mengembangkan keupayaannya menggunakan bahasa antaranya mengemukakan soalan, mengemukakan arahan, mempelajari perkataan-perkataan baru dan bercakap-cakap dengannya

Ibu bapa perlu menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian serta mendengar dan cuba memahami apa yang disampaikan si anak. Jika apa yang diucapkannya tidak jelas bantu mereka dengan menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebut anak

Menyanyi bersama-sama anak atau bercerita kepadanya.

Sekian....


Monday, June 20, 2011

Ambil Report Card Nabihah!!!

SAlam semua...

Bertemu kembali......

Ha..kali ni nk citer, sabtu aritu (18/6/2011) kami suami isteri pegi le ke tadika kakak..utk mengambil report card nye..Kelas ko!!! umur 4thn pn dh ade exam, amik report card bagai2...Sepatutnya pd hari jumaat tu ade le sessi utk buat kad hari bapa + coklat but too sad nabihah can not attend it...Dia kna cikenpox starting on Thursday..SO cuti la dia dua hari..But on saturday we manage to go her school jugak sbb nk ambil report card nye...

I'm so proud with her...She got no 5 from 12 person smuanya dlm kelas...MOstly yg nombor atas2 tu adalah budak yg telah attend kelas starting from 3 years..Baru le terasa cam rugi.. Nyesal tak hantar dia start from 3 years old dulu..But ok la jugak kakak kn..sbb baru 4thn maaa..belajar pn baru 6bln..But kakak dpt byk yg full mark..cuma in math aje yg kakak lemah sikit..Cis!!! ni xleh jd la kakak..Mama xleh kakak lemah2 math ni..Ni subjek yg mama score dlu msa skul...hik hik hik...Harus mama trained kakak pg ptg sian mlm math je nnti nih!!!hahhaha

Utk ibu2 di luar sna...tak rugi hantar ank pi skul awl2 ni...Sbb dh nma pn playscholl..selain mereka main depa juga belajar...Jgn le pikir or rsa kecik lagi la...sian la..xpuas dok rumah lg la...sebenar nye ank tu xde apa pn..kita yg ibu2 ni je yg rsa gitu..Kids have fun and suka klu bersama2 kwn2 nye...NI pn dh rsa nyesal sbb tak hantar nabihah start from 3year..but it's ok..wafiq nnti harus aku hantar dia msuk kelas start from 3years...taraaaa...


::Ala tembam nye ank dara aku nih..Akan ku abadikn gamba dia time umo 4year ni...huhuu...Berat kakak menten je le dr dlu...But kakak dh tnggi la...108cm sudah...


:: NO 5 dr 11 org..student yg ke 12 tu tak attend exam sbb baru masuk..But now sudah ade 12 org utk kelas 4y








Exam pertengahan tahun dh lepas...KIta tnggu plak exam akhir tahun..camner le kakak nye result nnti..hihi


Wednesday, June 15, 2011

Banned Biscuit In S'pore Information.Malaysians Are Happily Eating Them !!!

SAlam semua....

I got this email yesterday from my boss. Watch out for these. Chances are, you may be eating them regularly.

Feel free to read and view it.












































Note:
Dalam byk2 produk kt atas ni produk made in china idak le aku kesah sgt sbb smua tu aku xpnh beli pn...Tapi yg aku terkejut produk keluaran Julies tu pn ada...uwawawaa....Aku pnh bli biskut pat segi gula tu...mmg aku suka...huhuhuhu

Saturday, June 11, 2011

Akhirnya mati gak si Nate Haskell tu kan...

Salam smua....

CSI Vegas Season 11 rancangn feveret ku sudah pn final episode pd mnggu lepas..
Maka dgn ini tidak le aku ternanti2 lg dah..dan mlm2 ku tidak lg dihiasai dgn muka Nick (oh..i miss u nick)...serta si mamat hitam si tampuk manggis, Ray....

Sudah 11 tahun CSI bersiaran..pelakon lma semakin berkurangan...kerana ade yg sudah bosan sbb terlalu lma bersiaran spt Grissom. Dengar2 citer si Catherine pn dh nk stop to continue the next season sbb dh tua maaa..Catherine tu tahap nenek dh tu..umur dh 50thn..Tapi tngok body dia..maveles...mantopppppp......

Apa2 pn episode last sgt meruntum jiwa..sgt sian pada Ray, walaupun si Nate tu mati gak kn..tp cara dia mati tu mmg menyakit kn hati...hahah (sgt emo!!!)....Rasa cam next season pn maby Ray pn xde lh..huhuuu..Ramai nye xde dh...so maby la si NIck plak naik takhta plak jd bos..Yippi!!!....ni yg lg semangat nk tnggu season 12 plak...Ohhh Yeah!!!!!!!!....

Season 11: Episode 22 : In a Dark, Dark House


In this season finale, Langston and Haskell’s stand-off ends with Haskell dead. Our CSIs must investigate one of their own when much of the evidence points to the theory that Langston intentionally murdered Haskell. The bulk of the episode centers on the CSIs investigating the scene at the old farmhouse, where Langston and Haskell came to final blows. Haskell was thrown from the balcony, and there is some question as to whether or not it was an accident. Suspicion peaks, when there are cuff marks found on Haskell's wrists, but no cuffs found at the scene. In the end it is revealed to the audience that Brass knows what Langston did, and protected him. The season ends with Langston saving his ex wife Gloria, and ending up in front of Internal Affairs.

Ok..kita layan uncle H plak peh nih.......Yehhhhhhh mau ke Miami plak..Zasssssss


Sekian utk kali ini...

Tuesday, June 7, 2011

Roti Naik Harga!!!!

Salam semua....

Posting yg sgt tidak menyeronokkan...Tapi have to tell everyone...

ROTI DAH NAIK HARGA!!!!!!



Uwauwa uwa......meh kita list kn apa yg naik zaman pemerintahan 1 Malaysia ini bila rakyat yg diduhulukan kena....

1. minyak petrol - ni mmg sahih la kn zaman Islam Hadhari pn ade...

2. Bahan makanan asas spt gula,beras,tepung

3. Gov tax 6% utk semua telco, fastfood, asteruk...(yg plg aku xleh blah prepaid pn kna skit lg)

4. Electrik pn naik - ni kesan mmg pjg sbb berkait ngn tajuk aku posting tu...sbb kn letrik naik operasi kilang pn meningkat kn..Ye le..kilang of coz la guna watt yg tinggi...


dan byk lagi ye kwn2..tnggu kn kemunculan Barang Naik ni lg...stressssss


Note:: yg wat aku sejuk hati sbb dok kt selangor air masih free...TQ selangor..i luv u khalid sbb bg aku lega wat msa ni je le..huhuhu



Balik Kampung 25-28/5/2011

Salam semua...

POsting ini sepatut nya keluar sblm posting ini, Tapi biasa la sbb xde daya kekuatan utk mereka cerita nye...Tapi ku gagah kn jugak la create this entry utk tatapan msa akan dtg...Betapa kami menghargi org2 yg kami syg berada di kampung...

Untuk anak2 terutamanya...The memory their spend with grandparent tiada tolok bandingnya...Kenangan yg hanya dtg sekali dlm seumur hidup..Ku brharap dipjg kn usia kedua ibu bapa serta mentua agar dpt menikmati kehidupan bersama cucu2 dan begitu juga buat anak2 ku melayari kehidupan mereka bersama tok,tokwan, opah serta embah...

We love them so much...




Nabihah & Wafiq bemain pasiran laman di rumah opah&embah..They really have fun together...Ku biarkn saje...Biar mereka tahu kehidupan kampung spt mna..




Menikmati keindahan pantai di Teluk Senangin...Bermain di pasiran pantai pula...


::I love this moment...Akan ku simpan gambar ini sebg tatapan utk anak2 di msa hadapan..



::My kids enjoy the moment with their uncle & aunties..

Sekian utk kali ini...Salammmmmm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...