Iklaneka

Wednesday, April 30, 2014

Kain Cotton Bersulam Warna Cantik Mencongkamm!!!

Salam semua...


Kepada pembaca atau pun yang tak baca blog ni tapi sekadar memandang..Sudi kiranya meng 'view' kain cotton bersulam warna cantik mencongkamm jiwa raga..Fesyen color block kan kekdahnya skang..ehhehe

Kain berkualiti..sulam kemas dan cantik..

RM120 sepasang termasuk pos..Yang berminat boleh wassap/sms je kat 012-2618636 or email finizaini@gmail.com. Bitau je code mana..Sapa cepat dia dapat yek..Maby dikala posting ini dibuat ada yang dah sold out.

MR1 = SOLD
GTSP1 = SOLD
RBSP1 = SOLD

RBR1 = SOLD
LPSC1 = SOLD
BBPB1 = SOLD

DMB1 = SOLD
BDB1 = SOLD
LMB1 = SOLD

PB1 = Available
PB2 = Available

LGDG1 = Available
MG1 = SOLD



Di ulangi..berminat sila wassap/sms 0122618636 bitau code yang mna yek..Byee..macihh

Wordless Wednesday ~ Pertukaran Majikan

Salam semua..

Doa yang baik-baik saja..Kerja ini ibadah..rezeki itu habuannya..Mungkin tidak mendapat reward yang di minta tapi memperolehi rezeki kesihatan dan keluarga yang bahagia :)

Detik-detik menyerahan "surat nikah" ke majikan baru..hukhuk

Moment terindah..menghadiri perbincangan dengan HOD, Jabatan Anesthetic.
Pakar bedah semua tu u oll...Nerversss... 

Tuesday, April 29, 2014

Abdul Fattah, 7m++

Salam semua...


Rasa macam baru je bersalin, si dek kodek...abdul fattah 7 month oledi maaa...Dah boleh merangkak dan boleh berdiri...Sekarang ni memang memang kerja nya nak berdiri aje..Tak masukkan pun dia ke dalam walker..Malas nak mencari dalam stor..Let him go thru neutrally...Step by step tanpa sokongan luaran... Biar berusaha sendiri... Makan kurang berselera..Susu kena lebih la..adoiii...production semakin merundum..Usaha sehabis baik..Insyallah...

Pantang ada benda yang boleh di paut mesti berdiri

Habit biasa bila beranak kecik..mengemas.

Monday, April 21, 2014

1 day trip shopping ke Tanah Abang,Jakarta. Korang mampu???

Salam Semua...


Seperti sedia maklum..mak and the geng telah membuat kerja "giler" merempit satu hari ke Jakarta pada hari sabtu yang baru berlalu nih..Ahakss..pergi indon macam pergi sogo je kn..kihkihkih Memang kalau di citer pada orang semua tak percaya macam kerja giler...tapi PERCAYALAHHHH...i can do it maaa...

Hasil belanja agak lumayan bukk..Cuma risau dari segi bagasi nya aje..SO jangan le kome riso..mak memang boleh manage pengikut-pengikut mak yang rata-rata 1st time jejak ke Jakarta ni..Bukan takat Jakarta, ade yang pestime keluar negara..buat pasport semata kerja "giler" nih..Tapi yang pasti semua terhibur...Next time kita pergi lagi yek...


Pada yang teringinnnnnnnn sangat nak join menyopping di sini jom..roger mak hokehhh...Jangan riso everybody can go maaa....

 Kepak jangan riso..Tak de pak tony , kita mengepak ngn pak lion..Janji selamat sampai sudeyyy..ahaksss

Kami berkongsi onyang!!! Opah kami adik badik tau...
Tak sangka dari kecik kawan sama dah tua wat keje giler pn sama..hehhehehe

Naik Lion Air..ok lah..sebab pak tony mahal.
kalu tak idak le nak naik...kurengggg..Tapi murah hadap je lhhh

Ahli geng mak senah merempit di tanah abang...
Sorang lagi tiada dalam gambar sebab tukang amik gambo. TQ mak long..mak long mmg sporting

Friday, April 18, 2014

Singa mengaum..Aummmmmm

Salam Jumaat...

Ramai pulak nak ngikut mak senah kali nih mengepak dengan singa..Harap singa ni ok lah yek dari kepak Pak Tony ai tuh...Sorry Pak Tony..ai tau u bz pindah barang ketiak sampai hangit (uweekkk)..Jadi kepak u pun harga tahap mencongkam jiwa nak membayor nyer..Mak senah beralih pada pak singa..

Kepada Pak Singa kamu jangan ngada-ngada please behave hokeh!!!..Err..pada siapa yang TERINGINNNN sangat nak follow..next time hokeh..Mak bwk u oll..Harga mampu pergi semua..jangan riso..Tunggu je mak balik nanti... :)


Aummmmm....



Pssttt: apa-apa pun TQ sangat pada cinta hati mak iaitu Pak Kahar..kerana dia mak "bersama" pak tony dan pestime dgn pak singa nih..kihkihkih..

Thursday, April 17, 2014

Lunch @Mandalind's Bite Cafe & Bistro

Salam semua...

Posting agak lambat..Sebenarnya sessi lunch bersama officemate ni dah lama berlalu. Kalau tak silap hujung bulan 3 selepas gaji..Ahaks..as usual dapat gaji jer kami memang layan selera lebih sedikit memandangkan hari-hari telan menu cafe di hospital ni kadang ade rasa nak pitam juga..huhuhu

Hari tersebut kami makan di MANDALIND'S BITE CAFE & BISTRO. Sedap!!!! Mak bagi 4 bintang dari markah penuh 5 bintang!!!..Jom layan gambar..


Menu yang aku ambil aritu..Roasted Salmon..
Honey dew juice
My bill. Yang menu di bawah ni officemate punye...ehehhe







Psttt..rasa hujung bulan ni macam nak pergi lagi jek..hikhihik

Monday, April 14, 2014

Afiah Nabihah sudah 7 tahun...

Salam semua..


Hari ini, 14/4/2014 maka genaplah Afiah Nabihah berumur 7 tahun.. Pantas masa berlalu..Tiada apa yang mampu mama ucapkan selain tunduk dan syukur pada yang Maha Esa di atas anugerah yang di berikan memiliki kamu wahai anakku.. Setiap hari mama dan abah berdoa agar diberi kekuatan dalam memikul amanah yang di pinjamkan ini...

Mama tak pasti apa yang kakak akan jadi bila besar nanti sama ada menjadi pendidik, pakar perubatan, entrepreneur mahupun menjadi seorang da'i tapi yang pasti mama inginkan kamu menjadi aset yang membawa mama dan abah ke syurga nanti...

Afiah Nabihah = Sejahtera + Bijak


Mama & Abah masih belum terfikir apa yang ingin di beli untuk kakak. Yang pasti tiket untuk kamu dan adik-adik terbang sudah ada..Sabar menunggu tarikh nya nanti :)



Thursday, April 10, 2014

10/4/2014 ~ Hari Adik-Beradik :)

Salam semua...


Hari ini bertarikh 10 April 2014 merupakan National Sibling Day :)
Baru tau hari adik beradik pun ade u oll.. Terima kasih pada slot pagi @sinar.fm..i folowww..
Kalau tak di sebabkan channel radio ni mmg tak tau langsungkan...

Hari yang sangat bermakna buat diriku yang mempunyai 10 orang adik beradik..Meriah kan.. 4 Lelaki dan 6 orang perempuan..Kalau dulu masa kecik rasa cam ramai sangat adik beradik, but now bila dah dewasa (err..makin tua) rasa macam tak bape ramai lah..End up abah ngn mak stay berdua..Syukurlah adik yang ke-2 bongsu ade peneman mak abah dikampung.. Rezeki dia mendapat kerja hanya di pekan Teluk Intan..Kami yang lain terpaksa berhijrah ke sini..



Tiada yang duka di zaman kami membesar di kampung..Semua pun indah belaka..Yer..kami orang susah..abah hanya bekerja kampung tapi syukur cukup makan pakai dan sempurna pendidikan dan kesihatan..Alhamdulilah..Walaupun tidak semua kami melangkah ke IPT tapi yang pasti kami semua khatam mengaji al Quran berkali-kali..Syukur..syukur..syukur...

Itulah yang dinamakan rezeki anak-anak itu sentiasa ada..Dari rumah beratap daun rumbia tukar ker atap zink..Dari rumah berdinding papan kini sudah berbatu keliling..Syukur..syukur..Yang pasti mak abah tersenyum girang..Dikelilingi anak dan cucu yang penyedap jiwa...Syukur..syukur...

Buat adik beradik ku, Abg Long, Abg Nyah, Kak Lang, Kak Uda, Kak Andak, Kak Cik, Puteri, Abang & Adik..Fini sayang korang sepenuh jiwa....sayang kamu semua kerana Allah...

Untuk Abah dan Emak sayang sehingga hujung nyawa kerana Allah s.w.t

6 orang adik beradik perempuan..Errr..gambar adik beradik lelaki tiada dalam koleksi..ehehhehe



Wednesday, April 9, 2014

Sessi Persekolahan 2014 ~ Sudah memasuki bulan ke - 4

Salam semua..


April, 2014 bermakna sessi persekolahn 2014 sudah memasuki bulan ke-4..Pantas masa berlalu..My chubby bubbly Nabihah sudah memasuki 4 bulan memasuki tahun 1..

Bermakna hampir 4 bulan lah jugak aku melalui fasa menghantar mengambil anak dan seterusnya menuju ke tempat kerja..Alhamdulilah..still can manage the routine. Hikmah di sebalik rutin harian yang bermula awal pagi dan padat ini mengajar diri unutk lebih rapat lagi dengan yang Maha Esa.. Rutin harian bermula sebelum pukul 5am membuatkan aku berkesempatan melaksanakan amalan sunat witir & tahajud.. Seawal subuh memandu kereta memberi ruang dan peluang untuk aku mendengar kuliah subuh di corong radio..Rutin yang bermula terlalu awal kadang-kadang membuat mata ini kadang hampir layu memandu membuatkan aku kerapkan lagi zikir dan beristighfar untuk membuang syaitan yang bergayut di mata ini..Alhamdulilah...Ya Allah sangat besar perancangan Mu...


Setiap hari ku mohon diberi kekuatan menghadapi dan mengharungi rutin harian ini..Memberi kesabaran yang tinggi melayan kerenah anak terutamanye Nabihah yang kadang-kadang moody..Ku faham situasi ini kerana telah melaluinya..Rutin harian yang padat membuatkan dia penat..TAPI ingatlah wahai anak..dunia hanya jambatan menuju akhirat..Jambatan itu bukan mudah untuk melaluinya..Berpenat di dunia supaya kita boleh berehat di akhirat...

Beginilah keadaan Nabihah setiap kali ambil dia dari sekolah..Memang kesian tapi what to do?
Bersusah dahulu untuk kesenangan di masa hadapan

Melihat gambar di atas memang terasa syahdu..Tapi ku cekalkan juga..Kerana biar letih menuntu ilmu jangan letih tiada berilmu :)

Tuesday, April 8, 2014

Getaway 2014 ~ Tanah Abang, Thamrin City Central Jakarta


Salam semua..

Yuhuuu.. I 'm back..Ahaksss...propa lebihhh..Seperti sedia maklum trip tahunan aku telah pun berlalu pada 4/4 - 5/4.. Trip tahunan aku dan kak uda iaitu ke Tanah Abang..Kami katakan trip tahunan kerana tiap tahun pun kami pergi bermula dari tahun 2011.

Kalau di ikutkan hati malas nak update sebab tiap tahun pun pegi kan..Tempat yang sama pulak tuh..Tapi memikirkan demi memori indah ku bersama adik beradik perempuan ku cuba posting le jugak kan..

Trip yang agak ramai..9 orang kesemuanya termasuk diri ku.. Tahun ni ade bawak 3 orang baru iaitu Kak Hajar and the geng. Kak Hajar ni adalah tailor aku..Oleh sebab tiap tahun hantar baju ke dia hasil tangkapan dari indon, bikin dia jeles dan teringin. Maka tahun ini dia berkeras mahu join. So layannn kan aje..

Yang pasti dia berpuas hati..Ingin join lagi tahun depan..Tahun ni mahu kumpul duit banyak-banyak katanya..Tahun depan mau mengepak lagi...ahahhaha

Tahun ni kami stay di Hotel Amaris Thamrin City. Booking thru expedia.com. Rate 1 malam Rm116 sahaja termasuk breakfast. Servis ok..Padan lah dengan harga kn..

Group asal merempit ke Jakarta. Kak Ramlah tiada sebab amik gambar nih

9 orang semuanya termasuk si Abby anak buah ku yang tukang ambil gambar ni

Amazing Race pun bermula..yahuuuu

Nasi  Timbel di Food Court Tanah Abang

Surabi coklat + cheese
Wajah-wajah ceria pulang dari "memukat"
Hasil tangkapan kami...huhuhuuh



Jam 11am kami bersiap sedia menuju ke airport. walaupun pesawat kami jam 2.50pm tapi memandangkan kerisauan tersangkut dengan macet, maka gerak awal..Sekitar Jakarta sibuk memandangkan mereka akan mengadakan pilihan raya. Jadi jalan terbaik keluar awal je lah..Insyllah..tahun depan datang lagi...

Bye, bye Tanah Abang...

Friday, April 4, 2014

I'm Away...


Salam semua...


Di kala blog ini terpapar...sudah pastinya aku dan ahli kelab suami kelab sporting sudah berada di LCCT tak pun dalam perut kapal..

Semoga dipermudahkan perjalanan kami.. :)






Psttt..masih berdoa utk MH370

Thursday, April 3, 2014

Tik Tok..Tik Tok...

Salam semua...


Hari ini seumpama separuh jiwa ku pergi..Berada di office tetapi seperti tiada di office..ehhehehe



Sesungguhnya gue sudeyy terbau-bau haruman ini
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


psttt...mesti u oll dah bleh agak kn mak nak kemana? Tengok history pn bleh tau..tiap bln 4 kemana hala di tuju...ehehhehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...