Iklaneka

Monday, June 30, 2014

Getaway 2014~Kuching,Sarawak Part 3 : Sarawak River Cruise



Salam semua..

Ok..last posting pasal bercuti ke Sarawak ni seblum habis bulan June nih..Dah masuk bulan puasa pun kan..
Hari ke 3 iaitu sehari sebelum kami balik sempat lah naik cruise mengelilingi sungai Sarawak nih...Oleh sebab segala jenis muzium yang ade di Sarawak ni tutup sempena Hari Gawai, maka aktiviti sebelah pagi kami tak kemana.. Tengah hari hujan..Mujur lah petang ok, maka memang ada rezekilah nak naik cruise ni kan kerana pelayaran bermula 5.30pm...Memang untuk tengok sunset..

Fee RM60 untuk dewasa, RM30 untuk kanak-kanak..Maka total kami bayar RM150 memandangkan wafiq n fattah masih free. Aktiviti yang menyeronokkan pada anak-anak..Memang akan depa kenanglah..Sweet memory fo us..









Kalau dah berjalan dengan anak-anak nih belum tentu benda yg kita plan akan di fulfill sepenuhnya..Tapi yang penting mereka happy..Nabihah paling terkesan kerana dia paling ingat. Sebelum nih pernah naik ferry dari Brunei menuju Labuan..Masa tu Wafiq still baby lagih, 6bulan..Kali ni wafiq dah besar, Fattah pula naik cruise walaupun sungai je lah..ehhehe


Menaiki sampan menuju keseberang untuk membeli kek lapis sarawak, Dayang Salhah

Sempat ke rumah kenalan lama di Kg Haji Baki sebelum menuju ke airport

Sekian sudah percutian 4 hari 3 malam kami ke Kuching.. Insyallah ada rezeki datang lagi..Tapi bila senarai dalam list destinasi dah abis lah..ehhehehe

Friday, June 27, 2014

Selamat Datang Ke Penerbangan Ramadhan Air


Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
Ahlan wa sahlan, marhaban
Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan
Ahlan wa sahlan, marhaban
Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan
Ramadhan menjelma lagi
Menghimpun Rahmat dan Maghfirah
Bertambah keberkatannya
dengan amal ibadah
Diri tunduk keinsafan
dan rasa berdosa
Bulan kemuliaan yang dikurniakan ini
Usah biarkan berkatnya
berlalu sia-sia saja
Ia hadir bagai air bah
membasuh daki dunia
Sambutlah Ramadhan dengan jiwa terbuka
seperti ketibaan orang yang kita cinta
Dengan ucapan
Ahlan Wa Sahlan Marhaban Ya Ramadhan
Hati gembira pintu terbuka
Rahmat Allah Yang maha Besar
Kita beroleh mutiara hikmah Al-Quran
Lantas dibelenggu nafsu dan syaitan
Didatangkan pula Lailatul Qadar
Pengorbanan yang dibuat balasannya syurga
Ahlan Wasahlan ya Ramadhan...





Tuesday, June 24, 2014

Getaway 2014~Kuching,Sarawak Part 2 : Sarawak Culture Village - Grand Margherita Hotel - Medan Niaga Satok

Salam semua..

Baru nak sambung balik cerita pasal ke Kuching nih..Walaupun macam ada rasa malas tapi mak cuba jugak u oll..Demi memori akan datang..huhuuhh

Hari ke-2, selepas check out dari Damai Beach Resort kami pergi ke Sarawak Culture Village..Memang plan ke situ untuk melihat show..Sebab agak mahal jugak lah fee nak masuk kampung budaya nih..Dewasa RM60, kanak-kanak RM30..So, total RM150 lah kami..Wafiq and Fattah free lagi..

Sampai pun ngam-ngam show nak bermula..Duduk paling depan sekali..Pengalaman yang menarik untuk anak-anak sebab tak pernah dibawa melihat persembahan sebegini..Habis je show, melawatlah kami ke setiap jenis rumah etnik yang ade di Sarawak nih..










Habis je melawat sekitar SCV nih kami menuju ke bandar Kuching..Check-in di Grand Margherita Hotel. Hotel yang betul-betul di tengah bandar Kuching..Walking distance je kalau nak ke waterfront or nak naik sampan ke seberang..

Se elok je sampai hotel hari pun hujan..Maka kami tiadalah apa aktiviti..Lagi pun masa tu anak-anak kepenatan..Lebih kurang pukul 3 lebih hujan berhenti baru lah berjalan ke Medan Niaga Satok..






Ini jelah aktiviti kami pada hari ke-2 di sini..Memang sangat free & easy..Lebih pada nak berehat..Kalau ikutkan banyak tempat boleh explore tapi memikirkan cuaca pun agak tak menentu..Bawak pulak baby kan so agak terbatas..Yang penting anak-anak happy..

Wednesday, June 18, 2014

Jadual Menu Sebulan Ramadhan 2014

Salam Semua..

Tak tau mana datang nye saka rajin hari ini..Ade masa le pulak membuat jadual menu untuk sebulan berpuasa yang akan tiba tak lama lagi ni kan...Ahahaha..

Jangan ada pulak yang cakap, puasa pun belum makan yang di ingat..Memang pun kan...kalau dah berpuasa mesti ada time berbuka puasa..ate tak yah makan ker???

Agak payah le jugak benornya mencari menu..Tak mau lah buat menu yang boombastik..kang tak sempat nak masak...huhuuhh


Buat ni bukan lah apa..ke arah menjadi mak bekerja yang cemerlang..Walau pun setiap tahun makin cemerlang kerana 99% menu berbuka setiap hari adalah buatan sendiri, tiada dari pasar ramadhan..Tapi bila di hujung puasa ketandusan idea. Bukan sahaja ketandusan idea, malah dari segi pengurusan membeli barang mentah pun jadi tak terurus. Sebabnya oleh sebab tak tau nak masak apa, maka barang mentah yang di beli pun entah apa-apakan..

Maka, dengan adanya jadual ini..harap dapatlah kiranya kami mengurus kewangan dengan lebih teratur.. Beli sekadar keperluan untuk menu yang akan di masak...Mak tak rasalah jadual ni akan di fulfill sepenuhnya tapi sekurang-kurangnya menjadi guidance untuk diri.


Yang paling utama adalah menunjukkan semangat pada Nabihah bahawa walau pun mama bekerja makan gaji tidak bermakna kamu harus makan makanan air tangan orang lain wahai anak...Mama akan cuba jadi mama bekerja yang terbaik buat kamu dan adik-adik..Mama sentiasa niatkan kerja itu ibadah..Setiap langkah yang mama lalui menuju ke tempat kerja mama niatkan ibadah, jihad kepada Allah..Mungkin mama belum menjadi insan yang terpilih untuk menjadi surirumah tangga sepenuhnya tapi sekurang-kurangnya mama berpeluang menjadi mama yang hebat mampu memikul tugas kerja juga amanah memelihara kalian..


Semoga Allah permudahkan urusan...Moga sihat tubuh badan mampu menguruskan rumah tangga dan beribadat sebanyak-banyaknya...aminnnn

Monday, June 16, 2014

Cream Cheese + Biskut = Cheesekut

Salam semua..

Rasanya orang lain dah boleh jadi  kaya berjual cheesekut nih..tapi mak baru nak membuat...ahakss..as usual..bab memasak ai memang fail ok..Idak le rajin sangat nak membuat kuih muih itu ini...Kira masak wajib sudeyy...Yang lain dari wajib masak tu memang tak hado...

Tapi entah dari mana datang saka rajin pulak..boleh plak buat cheesekut nih..Tapi benornya sebab senang yang amat..pejam mata boleh jadi..ahahha


Oleh sebab tak pernah wat benda ginikan..sangat le impress si nabihah itu..mama nye terror buat..Ngekek gelak..padahei benda senang yang amat..mama nye aje pemalas...kihkih...


Cuti sekolah dah habis...

Salam...

Bermulalah kembali sessi persekolahan setelah hampir 3 minggu bercuti...Hari penuh semangat untuk Nabihah..Maby setelah lama berehat dari pergi ke sekolah..Bangun untuk pergi ke taska sahaja..So pagi ni bersemangatlah dia mahu jumpa kembali rakan-rakannya...



Malam lagi dah buat persediaan beg sekolahnya..Alhamdulilah...Moga semangat ini kekal wahai anak..Bercuti pun sudahkan hari tu..Insyallah..cuti sekolah panjang nanti kita jalan lagi ..(harap adalah tiket pak tony yang menawan..huhuhu)

Tinggal beberapa hari lagi Ramadhan akan tiba...harap kakak kuat untuk menjalani ibadah puasa pada kali ini :)



My Abah..My Hero..

Salam semua..

Post ini patutnya di buat semalam, memandangkan semalam adalah Hari Bapa Sedunia..Tapi oleh sebab hari Ahad kan...mana ke dapatnya nak update blog bila hari cuti..Tak sempat derrr...ibu beranak tiga skang memang tak mendapat nk update blog di rumah..huhuhu.

Gagahkan juga update sebagai ingatan demi Nabihah yang mendedikasi kad yang ditulisnya untuk abahnya..ihiksss...

Hand writing Nabihah..Kebetulan keluar bersama dia ke salon, maka ambil kesempatan beli kad untuk abahnya..ehhehe

Ini lah my abah...my hero pada Nabihah, Wafiq & Fattah..
Pada semua bapa di luar sana Selamat Hari Bapa..paling istimewa buat abah ku, Ahmad Zaini Montari dan bapa mertua Mahamad Yusop Haji Sabri...

Friday, June 13, 2014

World Cup 2014 Brazil ~ Sepak Mula, Langkah Kanan..

Salam Jumaat Semua....

Yang di tunggu 4 tahun sekali sudah muncul... World Cup 2014 tahun ini di Brazil...Maka ramailah yang jadi burung pungguk...termasuklah Pak Kahar..ahaksss...

Sepak mula sudah bermula pagi tadi of coz lah langkah kanan Brazil kerana menang dengan Croatia :)




 Yang pastinya tahun ni mungkin ramai yang bertambah pahala sunat memandangkan world cup sampai ke bulan Ramadhan..Sambil tunggu perlawanan..boleh buat qiamullai kn..ehehhe





Sunday, June 8, 2014

Getaway 2014~Kuching,Sarawak Part 1 : KLIA2 - Damai Beach Resort,Santubong

Salam semua...

Gigih membuat posting ini sebagai ingatan pada masa hadapan...Walaupun agak sangat lah malas nak mem'blog" skang nih...Tapi ku gagahkan jugak...

Kami 5 beranak bercuti ke Kuching, Sarawak selama 4 hari 3 malam bermula pada 30/5 - 2/6..Pertama kali menjejak bumi Kenyalang...Menaiki pesawat, of coz lah kepak Pak Tony kan..Booking pun tahun lepas derr..Fattah pun tak wujud lagi..So sebelum nak fly just add on meal, luggage dan Fattah sahaja..Infant kan harga tiket nya sudah fix..RM100 return..

Agak mencabar jugaklah trip kali nih..Fattah ok saja..Wafiq tu agak merisaukan..1st time kan travel with 2 kids + 1 infant..Tapi apa-apa pun Pak Kahar menten..Dia sangat cool and cekap dalam handle semua nih..
Nak berjalan punya pasal kan..Memang renyah and letih tapi layannn kan aje.. Kami tiba dia KLIA2 awal..Biar menunggu kerana kepak pak tony tidak menunggukan..


Makan di Kopi O' Conner

Tiba di Kuching Airport, kereta sewa yang di tempah telah sedia menunggu..Sewa Proton Saga BLM auto, RM330 untuk 3 hari...Itulah kenderaan yang kami guna sepanjang berada di sana..Dari airport kami menuju ke bandar Kuching dahulu..pusing-pusing, kemudian ke Kopi O'Conner mengisi perut kerana mahu terus menuju ke Santubong

Damai Beach Resort, Santubong
Standard Double Balcony = RM246 booking thru Hotelopia







Berjalan di tepian pantai..Hari masih awal tapi panas nye sangatttt

 Secara keseluruhan berpuas hati dengan resort nih...Cuma kalau bajet lebih maby bleh ambil chalet yg lebih hampir dengan pool & laut..Ni amik murah kan..stay le jauh sikit...Agak letih gak la turun naik tangga memanjat..ahakss..Tapi bilik memang selesa sebab besar sangat...Usai proses check -out kami menuju ke Kampung Budaya Sarawak pula....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...