Iklaneka

Wednesday, February 25, 2015

Koleksi Gambar ~ Anak-anak @Tadika/Taska Delima Ilmu

Assalamualaikum...

Sudah lama sangat tak buat posting untuk anak-anak di taska. TQ pada cikgu-cikgu yang berkongsi gambar anak-anak di taska. Semua ini sebagai memori indah proses pembesaran mereka..







Cute sangat si Abdul Fattah..teringat dulu si Wafiq masa baya umur gini..How times fly too fast.. Cepat nye anak-anak membesar...Apa-apa pun syukur mereka sihat. :)

Tuesday, February 24, 2015

The Orient Star Resort Lumut & Balik Kampung

Assalamualaikum...

Cuti yang panjang sempena CNY maka kami seperti biasa balik lah kampung kan. Maka sebelum balik kampung Pantai Remis, stop semalam di Lumut. Stay di The Orient Star. Sesaja bawak anak-anak bermain-main di kolam.. Rehat-rehat minda tengok laut. Itu je lah..











Malam tu kami dinner di Hiruppiring Kopitiam, Sitiawan. Not bad lah kopitiam tu. Kena dengan tekak and jiwa kami. Harga pun reasonable.


Koleksi gambar amat sendu kerana memang tak berkesempatan sangat ambil gambar bila dah berjalan dengan anak-anak ni kan..Ni je yang hado..hihiih






Wednesday, February 18, 2015

Wordless Wednesday ~ My kintang-kintung

Assalamualaikum....

Sudah lama sangat tak update perkembangan si kintang -kintung mama nih. Umur sudah menghampiri 
1y 6bln dah sikit lagi.. Pernah di tinggalkan lama iaitu 2 minggu sebab kami menunaikan umrah aritu kan..But now dia macam ada ala fobia sikit, pantang nampak kita bertudung dan ke pintu dia mula dah menangis nak ikut.... Apa-apa pun syukur, tahap kesihatan bertambah baik dari penghujung tahun lepas. 






Friday, February 13, 2015

Mencari Khusnul Khotimah

Assalamualaikum..

Kematian tetap akan berlaku. Ramai yg mati dalam keadaan yg belum bersedia. Kehidupan di dunia adalah bayangan kehidupannya di akhirat. 

Bagaimana cara utk mendapat khusnul khotimah? Iaitu mati dlm keadaan baik :– kena banyak berdoa kepada Allah s.w.t– perbanyakkan amalan baik dimuka bumi


Hari ini perasaan saya agak begitu hiba..Kerana pada hari ini lah perginya seorang tokoh ilmuan yang di hormati iaitu Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Betapa seluruh rakyat Malaysia merasa kehilangannya.. Perginya seorang ulama..

Meninggal di malam jumaat.. Dikebumikan pada hari Jumaat. Subhanallah..Ini mengingatkan saya serta suami, ketika berada di Madinah. Ustaz yang menjemput kami pada hari Rabu ketika sampai di airport Madinah telah meninggal dunia pada malam Jumaat iaitu 2 hari sehari selepas dia bertemu jemaah Raudhah. Di solatkan di Masjid Nabawi, dikebumikan di perkuburan Baqi'. Sesungguhnya moga kematian dijemput dengan cara khusnul khotimah. ~ Alfatihah untuk mereka yang telah pergi mengadap Ilahi..

Tuesday, February 10, 2015

Hati masih kerinduan...

Salam semua...

Tergerak di hati nak membuat spring cleaning di hand phone ni untuk mengurangkan kelembapan. Maka mana software yang dah tak perlu harus uninstal je kan..
Tapi bila tengok je software World Clock ni rasa macam syahdu plak..

Yerr...jujur dikatakan kami masih merundui mu Tanah Haram..uwauwauuawuaw




Monday, February 2, 2015

Walau Tiada Astro, Hidup Masih Normal

Assalamualaikum...

Ok..nak cerita, kami dah pun terminate astro. Sebenarnya masa January aritu dah tamat tempoh sebab sebelum ke Mekah kami dah settle kan urusan mana yang nak di terminate. Maka ambil masa sebulan nak terminate kan..Bulan 1 dah takde astro.. Kami langgan unifi je skang nih so senang all ini. Channel memang yang basic je pun ada cuma add untuk satu channel cartoon Nick Jr. So far ok aje, tiada astro masih boleh hidup normal. Oleh sebab pak Kahar sekarang sangat busy maka dia pun tiada masa nak layan bola kan. Balik umah tido terus. Tapi kalu internet dah lajukan, kalu nak tengok bola streaming je le ye dak..hihih

Maka, kami dah potong astro, anda bila lagi? Errr..ini bukan menghasut yek..bagi kami yang sangat kurang tengok tv bagi aku satu pembaziran lah ade astro tapi bagi yang suka tengok tv, kot nak bagi bibik layan sinentron di persilakan ada astro...hihihi



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...