Iklaneka

Monday, September 21, 2015

Fenomena Food Truck ~ Gaya santapan baru untuk urban

Assalamualaikum...
Ok, hari ini nak cerita pasal food truck atau ade jugak yang panggil street food on wheels. Tapi kalau bahasa pasar nye jualan makanan guna lori di tepi jalan.
Rasanya style jual makanan atas lori ni cam dari dulu pun dah ada kan. Tapi biasanya jual goreng pisang, kopok lekor or buah potong. 
Tapi sekarang sudah di inovasikan. Makanan yang dijual juga sudah pelbagai. Dari makanan local melayu sehinggalah ke menu makanan barat.
Secara jujurnya aku memandang positif usaha ini. Anjakan menaikkan ekonomi bagi rakyat Malaysia terutama golongan muda demi melahirkan ramai lagi usahawan
Grella's Food Truck


Grella's Food Truck antara yang sudah tiba di kawasan kejiranan Seksyen U5, Shah Alam. Menyajikan makanan "western style". Sesuai untuk yang inginkan perubahan menu untuk makan malam.

Friday, September 18, 2015

My Daily Project

Assalamualaikum...

Kalau sebelum ni aku sudah ade Green Project. Kali ni tambah lagi misi iaitu Daily Project.

Tabungan kali ini mengikut tarikh. Misi ini baru bermula bulan September. 1hb bermakna simpan RM1, 2hb simpan RM2 dan sehinggalah hari ini aku perlu simpan RM18 iaitu 18hb. Permulaan yang agak santai tapi bila dah melepasi 15hb memang agak perit. Maklumlah gaji semakin kurang tapi tabungan perlu bertambah.

Aku tak pasti tahap mana aku mampu tapi tetap terus mencuba sehabis baik..oh yeahhh 💪💪💪.

Jom menabung 👍👍👍👍

Thursday, September 17, 2015

Zulhijah 1436... Kami bercerita topik yang sama

Assalamualaikum...

Boleh di katakan hampir setiap hari aku telefon mak dikampung. Pelbagai topik yang kami sembangkan. Tapi bila musim haji sudah tentulah topik berkisar Makkah & Madinah. Kalau dulu aku hanya mampu menjadi pendengar setia. Bertanya dan membalas perbualan mak hanya berdasarkan pembacaan..

Tapi tahun ini alhamdulilah, aku serba sedikit sudah boleh berkongsi cerita yang sama bersama emak. Walau pun aku hanya menunaikan ibadah Umrah, tapi kesoronokkan bersembang dengan emak itu tidak dapat digambarkan.

Walau hampir 3 tahun berlalu, hampir semua detik yang emak lalui ketika menunaikan haji emak masih ingat. Sesuatu yang indah buat dirinya yang dia tak mahu lupa. Maka dia tak kan jemu untuk bercerita dan terus bercerita. Aku juga seronok mendengarnya kerana dari penceritaannya itu memberi ruang dalam jiwa ku untuk tekad menunaikan umrah. Alhamdulilah.. Hajat itu Allah perkenankan aku bertamu di Baitullah...

Aku juga seperti emak, tidak mahu seinci pun memori aku menjalani ibadah Umrah hilang difikiran ku. Moga Allah kuatkan ingatan ini dan tetapkan jiwa ku untuk terus istiqomah dalam ibadah. Aku tak tahu bila aku akan dijemput lagi menjadi tamu di Baitullah tapi ku pasti suatu hari nanti.. Hanya Allah yang mengetahui. Aku akan terus memperbaiki diri kerana yakin Allah pasti memilih hamba Nya yang terbaik untuk menjadi tetamu Nya. Moga hati ini terus tetap mencintai Kekasih Mu ya Allah & sesungguhnya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah..

Saturday, September 5, 2015

Abdul Fattah suday 2 tahun...

Assalamualaikum...

Hari ini 5 September 2015 maka genaplah umur my kintang-kintung 2 tahun...

How time flies...

Rasa masih baru lagi melahirkan dia... Hari ini sudah 2 tahun...

Abah, mama, kakak, abang sayang Fattah.


Friday, September 4, 2015

Karnival Usahawan Desa (KUD) 2 - 6/9/2015 @Presint 3, Putrajaya

Assalamualaikum...

Semalam kami memeriahkan lagi event yang dibuat oleh kerajaan untuk rakyat jelata iaitu KUD 2015. Bukan senang aku nak follow event anjuran kerajaan ni u ollss..hihhi.. Tapi yang ini sebab ade kepentingan untuk Kudos Food Station, maka layannnn...

Kami mencari produk baru untuk beratur bersama produk sedia ade di shelf yang kami sediakan didalam Kudos Food Station. Walau pun beberapa produk yang kami aim tak dapat (tak pe, next event plak) tapi alhamdulilah beberapa produk lain kami jumpa.

Memang meriah. Makanan memang banyak. Ohhh.. Malaysia ku, memang syurga makanan 😁😁😁😁








8 jam spend masa kat sana. Tu pun rasa tak cukup utk business matching... Insyallah hari Ahad Pak Kahar repeat lagi..

Wednesday, September 2, 2015

From Kelana Jaya to Masjid Jamek


Assalamualaikum...

Posting ini adalah berkaitan pengalaman anak-anak menaiki LRT dari stesen Kelana Jaya ke stesen Masjid Jamek sempena cuti merdeka.

Oleh sebab Kudos Food Station join program Fiestablogshop anjuran Mynic di Dataran Medan Pasar pada hari tuh, maka ambillah kesempatan bawak anak-anak. Kalau tak disebabkan itu memang tak adenye le sesaja nak bawak beramai-ramai ni kn. Seronoklah budak-budak nih kan, ada yang 1st time naik lrt..😝😝😝.








Tuesday, September 1, 2015

Selamat Hari Kebangsaan ke-58, Malaysia

Assalamualaikum...

Sehari terlambat untuk post pasal hari kemerdekaan tanahair ku, Malaysia. Merdeka tahun ini penuh dengan kontroversi kerana berlangsungnya perhimpunan BERSIH 4.0 di KL pada 29 & 30/8.. Maka memang agak havoc lah.

Apapun sambutan hari kemerdekaan tetap meriah. Tema tahun ini SEHATI SEJIWA.

Ada banyak hal berlaku cuti merdeka nih
 Nanti update lagi yaaa...


TQ pihak tadika sebab bagi gambar nih.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...