Iklaneka

Monday, November 30, 2015

Hari Kesenian & Anugerah Cemerlang, Tadika Delima Ilmu ~ 22 Nov 2014

Assalamualaikum...

Agak lambat update untuk posting ini. Sedaya upaya buat juga kerana ini antara moment yang aku tak mahu lupakan dalam hidup. Memori hidup perkembangan anak dari hari ke hari. Betapa pantas masa berlalu..

Tahun terakhir Wafiq di Tadika/Taska Delima Ilmu. Sebak rasanya. Dia memasuki ke TTDI ketika berumur 1y. Betapa aku berendam air mata bila memikirkan ketandusan tempat mencari pengasuh bila mana pengasuh sedia ada tidak mahu menjaganya. Sesungguhnya Allah Maha mendengar rintihan hambanya. Digerakkan hati kami untuk menghantar dirinya dan juga kakaknya ke TTDI. Dipertemukan dengan insan-insan yang mulia, tulus menjaga dirinya dan juga kakaknya.

Maka, pada tarikh 22-Nov-2015 tamatlah perjalanan hidupnya di TTDI. Tahun hadapan dia sudah memasuki darjah 1.5 tahun yang indah buat Wafiq di TTDI. Terima kasih semua cikgu yang menjaga anak kami dengan baik. Hanya Allah yang dapat membalasnya.










Sebahagian gambar yang dapat dipotret kan pada hari itu sebagai kenangan...

Thursday, November 19, 2015

Hari Terakhir untuk Sessi Persekolahan 2015

Assalamualaikum...

Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan di tahun 2015 untuk Nabihah. hari esok dia akan mula bercuti. Untuk sesiapa yang terlibat dengan hari anugerah sahaja perlu datang sekolah. How time flies. Sebak pulak rasa, terasa baru sahaja membuat posting untuk nya di awal tahun persekolahan. Hari ini sudah buat post terakhir untuk sessi persekolah.

Tahun hadapan bermula pula episod baru iaitu sessi persekolahan untuk Nabihah dan juga Wafiq. Cabaran buat kami berdua suami isteri memandangkan mereka bersekolah berasingan dan juga berlainan arah. Kami yakin Allah akan aturkan segalanya. Allah akan gerakkan hati dan fikiran kami untuk berfikir dalam mengatur urusan anak-anak. Maka dengan ini secara rasmi mama bercuti sebulan menghantar kakak ke sekolah.



Berusaha dengan gigih lagi buat kakak. Jangan lelah menuntut ilmu kerana yakin lah bahawa dunia memang tempat berpenat lelah kerana nanti diakhirat kita berehat...


Friday, November 13, 2015

11 Hari Yang Mendebarkan Sudah Berakhir...

Assalamualaikum...

Sujud syukur kepada Allah atas segala limpah rahmatnya mempermudahkan urusan perjalanan 25kg parcel yang berisi plebagai jenis rempah, kicap dan sebagainya dari Kudos Food Station ke Jubail, Arab Saudi..

Betapa gementar nya kami disaat melepaskan bungkusan itu di Pos Mel, Seksyen 20 Shah Alam. Kami persiapkan bungkusan itu dengan sebaik mungkin, selebihnya kami iringi dengan doa pada yang Maha Esa.

Agak berdebar pada mulanya kerana update di web hanya tamat di 31/10/2015 iaitu apabila parcel selamat tiba di Jeddah. Kami menunggu, menunggu dan terus menunggu sehinggalah pada 9/11/2015 parcel dari Jeddah telah keluar menuju ke Jubail. Dan pada 11/11/2015 parcel selamat tiba ke tangan penerima. Allahuakbar.. Syukur pada mu Ya Allah.. Kau gerakkan hati-hati manusia mempermudahkan urusan ini. Parcel juga selamat..Tiada mengalami kecacatan ataupun di tahan oleh pihak berkuasa. Alhamdulilah...

Sesungguhnya perniagaan ini adalah satu jihad buat kami suami isteri dalam memperjuangkan produk halal buatan muslim. Kerana kami yakin sebaik-baik makanan halal itu dibuat oleh orang Islam.




Parcel yang selamat tiba..

Friday, November 6, 2015

Itu ini begitu begini, 10 tahun di alam perkahwinan..

Assalamualaikum...

Hari ini, 6/11/2015 genap 10 tahun perkahwinan dan juga perkenalan aku bersama Pak Kahar. Memang kami kahwin kemudian barulah kenal dengan lebih mendalam kekdahnya..

Apa pun syukur..syukur..syukur Alhamdulilah je nak cakap..

Pengantin lelaki 10 tahun lepas :)
Pengantin perempuan 10 tahun yang dulu
Bila tiba ulang tahun perkahwinan ni, yang paling aku ingat semestinya teman baik ku Rosli Mohamed +cstproduction kerana bila muncul tarikh itu pasti gambar hasil kerjanya yang aku tatap :)


Monday, November 2, 2015

200,000 FREE SEATS UP FOR GRABS ~ Fireflyz

Assalamualaikum....

Sudah masuk bulan November. Mula kan bulan baru ini dengan benda yang kita suka iaitu FREE SEAT!!!
Cuma kali ni bukan kepak merah Pak Tony tu.. Tapi kepak oren si kelip-kelip...ahaksss..




Sila layari http://www.fireflyz.com.my/ untuk pencarian & pembelian. Boleh la kot nak plan gi mana-mana sekitar domestik kan..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...