Iklaneka

Saturday, December 17, 2016

Abdul Wafiq sudah 7 tahun...



Assalamualaikum...


Hari ini 17/12/2016 maka genaplah si Abdul Wafiq berumur 7 tahun. Alhamdulilah.. Bersunat pun sudah. Maka hajat dia untuk tahun hadapan 2017 solat di saf hadapan tertunailah sudah... Mama & Abah sentias mendoakan yang terbaik untuk abang, bulan time birthday je tau. Setiap masa, ketika setiap nafas tanpa henti.. Beberapa hari lagi masuk darjah 2 pulak.. 

Mama, Abah, Kakak, Adik sayang Abang kerana Allah Taala..



Saturday, November 26, 2016

Abdul Wafiq Sudah Bersunat


Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Selesai sudah urusan berkhatan si Abdul Wafiq. Kami join majlis berkhatan beramai-ramai di Masjid TTDI Jaya. Bayar RM150 sahaja. Permulaan yang agak mendebarkan.. tapi alhamdulilah dah selesai.. LEGA!!!

Ini memori indah buat aku dan kahar dalam membesarkan anak yang diamanah kan Allah buat kami..









Walaupun ada macam drama kan. Meraung berbagai dalam bilik doctor tu.. Tapi alhamdulillah settle la jugak.. hihi.. Anak oh anak!!!

Thursday, November 24, 2016

Hari Terakhir Persekolahan 2016


Assalamualaikum..


Hari ini merupakan hari terakhir anak-anak bersekolah di tahun 2016. Pantas sangat berlalu.. Rasa baru je berlelah-lelah di awal tahun. Kini sudah tiba penghujung.. Rehat sebulan, bagi persediaan untuk tahun hadapan..

Sedikit gambar kiriman guru kelas Wafiq sebagai ingatan sessi persekolahan 2016.





Gambar yang sempat di ambil sebelum ke sekolah di hari terakhir persekolahan...

Sampai jumpa lagi.....

Sunday, November 6, 2016

Itu ini begitu begini, 11 tahun di alam perkahwinan..



Assalamualaikum..

Bila tiba 6 November bermakna genaplah usia perkahwinan aku dan Pak Kahar 11 tahun... Pantas masa berlalu.. Usia kami pun makin meningkat selari dengan tempoh perkahwinan itu..

Alhamdulilah syukur pada Allah yang mampu ku ucapkan segala pinjaman yang diberi di dunia ini..

Sesungguhnya, diri ini sayang segala yang diperolehi kerana Allah Taala...

Gambar ihsan dari +cstproduction . Terima kasih atas segala perkhidmatan yang diberi walaupun telah berusia 11 tahun tapi tetap mantap.

Salam jumpa lagi...

Monday, October 24, 2016

Bermulalah Peperiksaan Akhir Tahun 2016


Assalamualaikum...

Rasanya masih baru je lagi daftar anak masuk sekolah masa awal tahun. Hari ini dah bermula episod exam akhir tahun untuk sessi persekolahan 2016.

Bila dikenangkan balik, haishh.. Macam manalah si abdul wafiq tu jawap exam yek. TQ pada cikgu atiqah yang mengirim kan gambar.

Mama doakan untuk kedua anak mama buat yang terbaik. Dapat no 1 or tak mama tak kisah. Sebab mama dulu pun tak pernah dapat no 1. Ahaksss





Salam sayang untuk anak-anak mama...

Friday, October 7, 2016

Lawatan ke Kuala Gandah Elephant Sanctuary dan Deerland Park Lanchang Pahang

Assalamualaikum...

Terlambat lagi nak update blog ni. Tapi atas dasar memori hari esok gagahkan jugak lah. Sempena cuti tahun baru hijrah 1438 kami sesaja pergi umah adik ipar di kuartes penjara Bentong. Maka ambil kesempatan lah melawat kawasan berdekatan.

Ini lah peluang nak bawak anak-anak kan mengenal bumi. hihihi

Kami telah pergi ke Kuala Gandah untuk lihat gajah dan ke Deerland park di Lanchang. Anak-anak happy.. No regret to go there. Best sangat terutama Deerland tu lah macam jalan dalm kebun.. Gajah tu ok jugak lah tapi perlu penambah baikkan. Kita pun faham nak push gajah sangat tak boleh. Sian jugak gajah tu kan..

Jom layan gambar jer...

Kuala Gandah Elephant Sanctuary







Deerland Park Lanchang Pahang











kami singgah makan di Lemang To'Ki on day nak balik ke KL





Sekian untuk update kali ini..

Moga berjumpa lagi...

Monday, September 5, 2016

Abdul Fattah sudah 3 tahun...

Assalamualaikum....


Tanggal 5 September 2016 maka genaplah si Abdul Fattah berumur 3 tahun...  Pantas sangat masa berlalu...
Semestinya mama & abah doa yang terbaik untuk adik... Tiada sambutan hari lahir untuk adik, tetapi itu tak bermakna mama & abah tak sayang kamu wahai anak..

Gambar yang diambil pada tarikh 5/9/2016. Wajah genap 3 tahun :)




Sunday, September 4, 2016

Getaway 2016 ~ Kota Bharu, Kelantan

Assalamualaikum...


Baru berkesempatan nak update short trip getaway kami untuk tahun ini ke Kota Bharu Kelantan sahaja. Mengambil kesempatan cuti untuk anak-anak yang tak ambil UPSR.

Kami pergi naik Firefly. Booking dari bulan 2. Alhamdulilah.Reasonable price. Just pay around RM300++ untuk 5 orang. Ok lah. Pergi pun kejap maka kurang penat kan.Anak memang nak naik aeroplane pon. Maka local sahaja yang mampu untuk tahun ini.

Stay di De'Viana Hotel & Apartment area Wakaf Che Yeh. maka walking distance sahaja kami ke wakaf che yeh tu malam-malam. Sewa kereta Myvi sahaja. So kami enjoy the free & easy trip. paling enjoy sebab makannnn...hihihi.. So layan gambar je lah kan..

Subang Airport

Dah sampai Kota Bharu

This is KOta 


Di wakaf Che Yeh


Muzium Negeri



Teh Tarik Madu 


Pantai Sabak

Nasi Ulam Cikgu

Bye Kota Bharu, Insyallah Nanti dtg lagi



Ada lagi beberapa tempat yang kami pergi iaitu Rantau Panjang, Pengkalan Kubor, Pasar Siti Khatijah. Tapi lupa ambil gambar.

Sekian untuk trip tahun ini bagi anak-anak.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...