Iklaneka

Tuesday, April 19, 2016

Lawatan ke Farm In The City & Wetland, Putrajaya

Assalamualaikum...


Lambat sangat nak buat post untuk lawatan sekolah si Abdul Wafiq nih yang diadakan pada 31/3/2016. Excited sangat dia sebab baru je sekolah beberapa bulan dah ada lawatan. Syabas sangat buat pihak Sekolah Rendah Integrasi Masjid Darul Ehsan yang sudi membuat program nih. Bukan senang yek nak handle budak-budak darjah 1 ni. Tapi diorang ni semua comel-comel belaka.

Terima kasih buat Cikgu Atiqah guru kelas 1 Fathonah iaitu kelas Wafiq yang sudi menghantar gambar.










Alhamdulilah, semua berjalan lancar.. Terima kasih cikgu, tahun depan buat le lagi yek.. Let's kid be a kid.. Moment ini akan menjadi memori indah buat anak-anak zaman persekolahan mereka...

Thursday, April 14, 2016

Afiah Nabihah sudah 9 tahun...

Assalamualaikum..

Hari ini 14/4/2016 genap umur anak sulung kami Afiah Nabihah menjejak 9 tahun.. Hanya ucapan syukur alhamdulilah pada Mu Ya Allah kerana memberi amanah ini, kurniaan terindah dalam hidup kami suami isteri.

Sesungguhnya kami sayang, cinta dan kasih anak ini hanya kerana Mu Ya Allah...

Gambar dipenghujung persekolahan tahun lepas


Mama, Abah, Wafiq & Fattah SAYANG kakak

Tuesday, April 5, 2016

Getaway 2016 ~ Jakarta... Kami kembali lagi!!!!


Assalamualaikum....

Yippie!!!!! Yearly trip ke Jakarta datang lagi as usual..hikhik.. Tahun ni ramai, 8 orang semuanya. Kalau ikutkan 9 orang tapi ade sorang tu cancel last minute. Meriah.. Sampai book 2 avanza ambil kami di airport. Perjalanan seperti biasa, trip santai untuk shopping sahaja....

+KLIA2 waiting for flight

Dah tiba di Jakarta. On d way to Tanah Abang

Di Tanah Abang. As usual, tempat wajib kedai cotton Pak Jamal

Tempat makan feveret semestinya D'Cost Seafood

Dari Tanah Abang ke Thamrin City, nak balik hotel dah.

Ready to check out from Amaris Thamrin City Hotel.

Drop luggage!!! we give 5 star  for staff +AirAsia Indonesia.
Bye Jakarta, next year ketemu lagi...


MIHAS 2016 muncul lagi..

Assalamualaikum...

Tahun kedua aku pergi ke MIHAS di KLCC tapi mungkin lebih bagi Pak Kahar. Kalau tahun lepas masih "newborn" baby lagi Kudos Food Station but this year ok lah, dah setahun..dah boleh berjalan kan :)

Tahun ni pergi ke spesifik booth yang kami tertarik sahaja. Semestinya produk tempatan keluaran IKS dan muslim produce. Itu pun dan tak cukup masa dibuat nya.. Walau tiba seawal pukul 10 iaitu waktu dibuka tapi pukul 5 jugak keluar dari sana yang kesudahnya terlambat ambil anak-anak..huuhuh.. Apa pun banyak input dan ada new product for KUDOS!!!!











Bye-bye MIHAS 2016, insyallah berjumpa lagi di MIHAS 2017 yaaa...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...