Iklaneka

Wednesday, June 15, 2016

Ramadhan Datang Lagi..

Assalamualaikum...


Salam Ramadhan hari yang ke 10 pada hari ini. Baru berkesempatan nak update blog. Apa pun selamat menjalani ibadah puasa semua..

Syukur Alhamdulilah kerana dipertemukan dengan bulan yang penuh barakah ini. Moga bulan ini kita lalui dengan sebaik-baiknya dan lebih baik dari sebelumnya...

Minggu ini juga minggu bermulanya persekolah untuk semester ke 2 setelah bercuti selama 2 minggu. Kira anak-anak dapatlah berpuasa seminggu di rumah kan. Now back to normal rutin. Sekolah dari pagi sampailah ke petang. So far Nabihah dapat mengharungi hari puasa dengan baik cuma Wafiq ade lah lopong sana sini. tapi takper lah.. Learning process to him. Latih tetap kena latih puasa but tak push sgtlah.. Moga dia faham akan erti ramadhan itu...








Hari pertama sekolah selepas bercuti dapat wasap dari cikgu kelas wafiq yang menceritakan bahawa kelas 1 fathonah telah di make over oleh parent salah seorang pelajar kelas wafiq. Alhamdulilah.. Terima kasih. Cantik sangat. Mesti anak-anak lebih bersemangat. Allah jua yang dapat membalas jasa baik yang dihulurkan. Semoga wafiq lebih semangat ke sekolah sebab kelas pun dah cantikkan :)

Friday, June 3, 2016

Jadual Menu Sebulan Ramadhan 1437H / 2016


Assalamualaikum...

Tahun ke-3 buat jadual berbuka puasa ini. Hidup lebih teratur dan besistematik. Walau bekerja tiada alasan untuk tidak memasak juadah berbuka puasa. Semua ini sebagai moment indah dalam hidup bersama suami & anak-anak. Bukanlah sekadar memikir pasal makan, tapi ini suatu effort dalam diri agar hidup lebih bersistematik maka apabila kita selesai part yang ini boleh pergi ke part lain iaitu menumpukan ibadah itu. Memasak untuk suami dan anak pun ibadah jugak kan...

Walaupun menu ini tidaklah patuh 100% tetapi sekurang-kurangnya 90% berjaya dipenuhi.. Biasa kalau dah hujung puasa, nak balik kampung tu mula lah mood masak kelauutttt..Tapi apa pun masak tetap masak.. Oh yeahhhh



Pada yang nak tengok untuk tahun yang lepas-lepas.. Bolek klik sini yek..

Jadual 2015
Jadual 2014

Selamat menjalani ibadah puasa...

Thursday, June 2, 2016

Alhamdulilah... Terima Kasih Ya Allah..

Assalamualaikum...


Hari ini 2/6/2016 menginjak lagi usia.. Tiada apa yang mampu dilafazkan sekadar rasa syukur pada Ilahi atas kurniaan yang diberi. Masih diberi peluang bernafas lagi.. Sesungguhnya ucapan terima kasih pada yang ucapan dan doa yang diberikan pada diri ini terutama mak yang telah melahirkan diri ini.Terima kasih MAK & ABAH.

Tak mampu nak menaip dengan lebih lagi kerana sangat syahdu bila terkenangkan bila disayangi oleh ramai orang. Allahuakbar.. Terima kasih Ya Allah...



FPP - Full Paying Patient @Hospital Serdang

Assalamualaikum...


Semalam bersamaan 01/06/2016 maka telah dengan secara rasminya skim pesakit bayar penuh telah dilaksanakan di Hospital Serdang. Rasanya dah faham kan apa makna Pesakit Bayar Penuh tuh. Pesakit bersetuju membayar penuh segala perkhidmatan di hospital kerajaan dengan kata lain no subsidi lorrr.. TAPI walau bayar penuh mestilah ada kelebihan nya kan. Boleh pilih consultant pilihan, slot masa berjumpa doktor yang cepat & ada khas waktu. Sekiranya warded stay di ward kelas satu..dan banyak lagi lah. Sama macam private lah juga but the price lower than private yang kalau cas berdentum mahal kan.. Apa pun pilihan ditangan sendiri untuk yang terbaik untuk diri.

Cuma nak bitau FPP di hospital Serdang setakat ini hanya untuk pesakit CARDIO sahaja. Insyallah untuk specialty lain sikit masa lagi... Fuhhh..bagi kami hilang pening dulu naaa...



Pada yang berminat better direct call Hospital Serdang untuk maklumat lanjut yek. I'm not the best person yang describe. This is just for my memory masa hadapan bahawa i'm yhe person yang bersama memikul tanggungjawab memikul amanah ini demi kesenanangan bersama.. Cewahhhh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...