Iklaneka

Saturday, November 26, 2016

Abdul Wafiq Sudah Bersunat


Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Selesai sudah urusan berkhatan si Abdul Wafiq. Kami join majlis berkhatan beramai-ramai di Masjid TTDI Jaya. Bayar RM150 sahaja. Permulaan yang agak mendebarkan.. tapi alhamdulilah dah selesai.. LEGA!!!

Ini memori indah buat aku dan kahar dalam membesarkan anak yang diamanah kan Allah buat kami..









Walaupun ada macam drama kan. Meraung berbagai dalam bilik doctor tu.. Tapi alhamdulillah settle la jugak.. hihi.. Anak oh anak!!!

Thursday, November 24, 2016

Hari Terakhir Persekolahan 2016


Assalamualaikum..


Hari ini merupakan hari terakhir anak-anak bersekolah di tahun 2016. Pantas sangat berlalu.. Rasa baru je berlelah-lelah di awal tahun. Kini sudah tiba penghujung.. Rehat sebulan, bagi persediaan untuk tahun hadapan..

Sedikit gambar kiriman guru kelas Wafiq sebagai ingatan sessi persekolahan 2016.





Gambar yang sempat di ambil sebelum ke sekolah di hari terakhir persekolahan...

Sampai jumpa lagi.....

Sunday, November 6, 2016

Itu ini begitu begini, 11 tahun di alam perkahwinan..



Assalamualaikum..

Bila tiba 6 November bermakna genaplah usia perkahwinan aku dan Pak Kahar 11 tahun... Pantas masa berlalu.. Usia kami pun makin meningkat selari dengan tempoh perkahwinan itu..

Alhamdulilah syukur pada Allah yang mampu ku ucapkan segala pinjaman yang diberi di dunia ini..

Sesungguhnya, diri ini sayang segala yang diperolehi kerana Allah Taala...

Gambar ihsan dari +cstproduction . Terima kasih atas segala perkhidmatan yang diberi walaupun telah berusia 11 tahun tapi tetap mantap.

Salam jumpa lagi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...