Iklaneka

Sunday, December 17, 2017

Abdul Wafiq sudah 8 tahun...

Salam semua...

Hari ini bertarikh 17/12/2017 maka genaplah anak nombor 2 iaitu Abdul Wafiq 8  tahun...
Tiada apa yang mampu diperkatakan selain syukur pada Ilahi atas kurniaan ini. Diberi peluang  memikul amanah menjadi orang tua kepada si anak..

Setiap detik dan ketika tiada hentinya berdoa agar anak ini menjadi sebaik-baik umat junjungan besar Kekasih Allah juga menjadi hamba Allah yang sentiasa dalam redhaanNYa...

Abah, Mama, Kakak, Adik sayang Abang..


Sekian untuk kali ini... Wasalam..

Monday, November 20, 2017

Hari Kecemerlangan & Kesenian 2017 Tadika Taska Delima Ilmu



Assalamualaikum..

Lama sangat tak update blog ni. Walau tidak sekerap dulu insyallah update juga untuk moment penting.

Pejam celik dah nak habis sessi persekolah 2017. Semalam berlangsung event tadika taska si Abdul Fattah. Oleh sebab bertembung dengan hari sukan sekolah Nabihah maka kakak tak dapatlah tengok adiknya perform. Memang semalam jadi supermama lah kesana kesini. Apa pun kesian kt kakak sebab takde sapa teman dia bersukan. Jadi tiada gambar sukan kakak..

Hantar kakak dulu ke Stadium Panasonic











Sekian untuk update kali ini. Jom kerja kuat utk cari duit yuran tahun depan. Yak yak yeiiii

Monday, September 18, 2017

My Post Go To Viral

Assalamualaikum..

Lama sangat tak update blog kan? Kalau update pun semata sebab tarikh-tarikh penting sahaja. Dah kenapalah bila zaman FB ni kurang sangat memblog. Apa pun today nak update sebab mungkin sebagai sejarah diri.

My post go to viral! Sangat tak sangka, posting yang dibuat di FB mendapat sharing yang banyak di FB menyebabkan telah diambil oleh web online yang lain. Sebenarnya tak kisah sebab niat post aritu bukan nak viral. Sekadar berkongsi cerita dan pengajaran pada semua. Sendiri tulis, sendiri jugak insaf. Apa pun seronok jugaklah hasil kita dihargai. Terima kasih semua..

Posting asal. 5.7K shares. Tak sangka jugak lah..

My Media Hub yang mula ambil. Diorang bagus. Mintak kebenaran dulu

Karangkraft. Mingguan Wanita version online. Up dulu baru msg. Ok lah. Saya izin dan halalkan. Idea juga datang dari Allah

Sinar Harian pulak. Version online.

Apa pun ini sekadar kebetulan saja. Tak sengaja. Memang tiada niat nak viral. Saya pun tak tau mana datang idea ini untuk menulis setahap ini. Ini semua dari Allah. Tak pasti akan ada lagi ke tak story begini. Kalau Allah bagi idea lagi insyallah ada lah.

Sekian untuk hari ini...

Tuesday, September 5, 2017

Abdul Fattah sudah 4 tahun...

Assalamualaikum...


Hari ini bertarikh 5/9/2017 maka genaplah si bongsu Abdul Fattah berumur 4 tahun. Terasa sebak pulak. Sebak atas kesyukuran yang Allah limpahkan atas kurniaanNya memberi kami pinjaman unutk memikul amanah. Apa pun setiap nafas tiada henti mendoakan untuk wahai anak.

Abah, Mama, Kakak & Abang sayang fattah kerana Allah Taala...








Friday, June 2, 2017

Alhamdulilah... Terima Kasih Ya Allah

Assalamualaikum...

Tiada apa yang mampu ku ucapkan hanya syukur Alhamdulillah pada mu Ya Allah yang Maha Esa atas pemberian segala nikmat kepada hamba Mu ini yang tidak terhitung banyaknya...


Monday, May 22, 2017

Program Perkhemahan 2017

Assalamualaikum...

Nabihah & Wafiq join program perkhemahan anjuran bekas sekolah tadika diorang dulu. Ohh my, pengetua ni memang super duper baik. Budak-budak ni dah habis lama meninggalkan dunia tadika but she still invite them. Terharu sangat. Anak-anak of coz suka sangat. Paling best sebab boleh ajak sekali cousin diorang yang tak bersekolah disitu. Mau tak happy. Berkhemah dengan sedara mara je deme. 

Apa pun perkongsian sangat bagus. Insyallah, ada rezeki next year join lagi.
























Terima kasih pada semua guru-guru di Tadika / Taska Delima Ilmu. Memang tak jemu-jemu layan anak-anak ini. Moga beroleh kesenangan didunia & akhirat buat kalian semua.

Friday, May 12, 2017

Ucapan Terindah Di Hari Ibu 2017

Assalamualaikum...

Hari Ibu tahun ini jatuh pada 14/05/2017 (Ahad). Belum Tiba hari ahad dah dapat ucapan dari anak hari ini. Berbunga sangat rasa di hati..


Bagi ucapan ke tak bagi, yang pasti hari-hari adalah hari ibu. Sebab hari-hari pun teringan kat mak di kampung :)

Tuesday, May 2, 2017

Hari Gembira Abdul Wafiq :)

Assalamualaikum...

Makin kurang sangat post kt blog ni. Apa pun tetap meneruskan update walaupun tak lah sekerap dulu. Posting yang agak lambat, sepatutnya pada bulan 4, dah masuk bulan 5 baru update.

27/04/2017 hari gembira Abdul Wafiq di alam persekolahan kerana ada program rombongan sekolah. Itu jelah nak update pon.. Memang hari yang dia sangat tunggu. Oleh kerana jadual tahunan pihak sekolah memang dah bagi masa awal tahun jadi dah tau lah date sekian akan ada lawatan kan. Makanya masuk je bulan 4 dia memang menghitung hari.

Lawatan tak jauh mana pun, ke Muzium Telekon dengan Muzium Coklat jer. Tapi kalau dah budak apa aktiviti pihak sekolah buat dengan kawan-kawan tetap suka jugakkan.

Semoga aktivi begini akan menarik minat anak untuk ke sekolah selain dari tanggungjawap hakiki iaitu belajar!












Sekian untuk kali ini. Moga bertemu lagi. Bye

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...