Lama sangat tak update blog kan? Kalau update pun semata sebab tarikh-tarikh penting sahaja. Dah kenapalah bila zaman FB ni kurang sangat memblog. Apa pun today nak update sebab mungkin sebagai sejarah diri.
My post go to viral! Sangat tak sangka, posting yang dibuat di FB mendapat sharing yang banyak di FB menyebabkan telah diambil oleh web online yang lain. Sebenarnya tak kisah sebab niat post aritu bukan nak viral. Sekadar berkongsi cerita dan pengajaran pada semua. Sendiri tulis, sendiri jugak insaf. Apa pun seronok jugaklah hasil kita dihargai. Terima kasih semua..
Posting asal. 5.7K shares. Tak sangka jugak lah.. |
My Media Hub yang mula ambil. Diorang bagus. Mintak kebenaran dulu |
Karangkraft. Mingguan Wanita version online. Up dulu baru msg. Ok lah. Saya izin dan halalkan. Idea juga datang dari Allah |
Sinar Harian pulak. Version online. |
Apa pun ini sekadar kebetulan saja. Tak sengaja. Memang tiada niat nak viral. Saya pun tak tau mana datang idea ini untuk menulis setahap ini. Ini semua dari Allah. Tak pasti akan ada lagi ke tak story begini. Kalau Allah bagi idea lagi insyallah ada lah.
Sekian untuk hari ini...