Bersambung lagi kisah kami di bumi Aceh. Ni last part. Ada sikit je lagi nak update. Flight kami pukul 5ptg. Jadi lepas cek in hotel sempatlah nak merayap dulu jalan-jalan kan..
Jadi supir kami bawak lagi pusing-pusing Banda Aceh. Pergi ke tempat yang kami tak sempat pegi hari sebelumnya.
Monumen PLTD Apung. Kapal yang berat kira-kira 2600 ton telah bergerak dari Pelabuhan Ule Lheu ke Desa Punge Blang Cut, Kecamatan Jaya Baru |
Melihat video tsunami dalam kapal PLTD |
Seterusnya kami bergerak ke Masjid Rahmatullah. Masjid yang berdiri kukuh walaupun kawasan sekitar hancur teruk umpama padang jarak padang terkukur. Masjid itu kini sudah tersergam indah. Menurut supir masjid dan kawasan kampung di bina semula oleh Kerajaan Turki. Sebab itulah digelar Kampung Turki. Boleh dikatakan setiap rumah ada bendera Turki termasuk masjid.
Kami sempat juga mengenal sejarah Aceh iaitu singgah di Rumah Cut Nyak Dien. Disitu ada tercatatnya kisah pahlawan-pahlawan Aceh yang melawan penjajah. Nice house. Very classic. Kalau tak musafir macam ni tak kan tau sejarah negara orang kan..
Habis dah pusing-pusing Aceh. Walau pun banyak tempat tak cover sebab kesuntukkan masa. Apa-apa pun syukur, puas hati jugak lah trip nih.
Finally kami pergi makan ke Wong Solo lepas tu ke pasar mencari ole-ole sedikit & ke Kupi Brownies Atjeh.
Puas hati makan kt Wong Solo. Sedap! 5 bintang
Wajib pergi kalau ke Aceh. Jarang orang Malaysia di bawak ke sini. Syukur, supir kami bawak. Ramai orang Malaysia beli bingka, tapi saya tak gemar sangat. Anak-anak suka brownies |
Cukup sudah percutian 3 hari 2 malam kami.. Masa untuk pulang. Insyallah, ketemu lagi ya Banda Aceh. Moga ada rezeki untuk tiba lagi. Kalau ditakdirkan tiba, nak cover seluruh Sabang sekali lagi & Aceh Jaya pula. Insyallah. May Allah bless us.
Terima kasih bro Muchsin as tourist guide di Banda Aceh dan Herman di Sabang. Who those yang nak guna perkhidmatan mereka feel free to contact them +6281263979828. Whatsapp je nombor tu. Segera muchsin reply. Mudah sangat berurusan. Layanan sangat memuaskan hati. Easy going. Diorang ikut je ckp kami, janji kami selesa...ahahhaa
Apa pun see you next time Aceh.. daaaaa
Dah tiba di airpot. Masa untuk berlepas... |