Iklaneka

Sunday, April 28, 2019

Hari Sukan Tadika Taska Delima Ilmu

Salam semua..

Terasa pantas rasanya masa pergi meninggalkan diri ini insan yang lemah. Sejak berumur 3 bulan Fattah ditempatkan di TTDI, dan hari ini merupakan sukan terakhir dia di situ kerana tahun ini dia sudah memasuki 6 tahun. Allahuakbar, mama cry dik.. Mama sebak sebab my kintang kintung dah besar...huhuh

Ku abadikan sedikit memori buat kemudian hari untuk beliau di Hari Sukan 2019












Semoga Fattah sentiasa gembira dan menikmati hari-hari yang indah ketika berada di tadika kerana tahun ini adalah tahun terakhir buat dirinya. Terima kasih tidak terhingga buat semua warga TTDI Seksyen U5. Anda semua hebat!

Sunday, April 14, 2019

Afiah Nabihah Sudah 12 tahun...

Assalamualaikum semua..

14/4/2019 maka genaplah anak sulung ku Afiah Nabihah genap 12 tahun. Pantas masa berlalu. Masih terasa baru melahirkan beliau kini sudah dipenghujung sekolah rendah.

Tiada apa yang mampu ku ucapkan selain rasa tunduk dan syukur atas nikmat pinjaman yang Maha Esa berikan ini. Tiap detik dan nafas tiada henti mendoakan kesejahteraan buatnya

Selamat Hari Lahir yang ke 12 tahun Kakak!


Salam Sayang,
Abah, Mama, Abg Ngah & Adik Fattah


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...