Iklaneka

Sunday, June 23, 2013

Malam Nisfu Syaaban 2013

Salam Semua...

Nisfu Syaaban merupakan pertengahan bulan  atau 15 Syaaban dalam kalender Hijrah. Dalam Kaledar Islam, 10 Jun 2013 merupakan bermulanya awal bulan Syaaban iaitu 1 Syaaban. Oleh itu, pada 15 hari dalam bulan Syaaban, 24 Jun adalah Nisfu Syaaban yang bersamaan dengan 15 Syaaban 1434H. Manakala malam Nisfu Syaaban pada 23 Jun selepas waktu Maghrib.


Tarikh Penting Bulan Syaaban 2013

1 Syaaban 1434H: 10 Jun 2013

15 Syaaban 1434H: 24 Jun 2013 Isnin (Nisfu Syaaban)

Malam Nisfu Syaaban: 23 Jun 2013: sebaik sahaja lepas waktu Maghrib

Pengertian Bulan Syaaban

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

Antara Amalan Pada Nisfu Syaaban

1. Membaca Surah Yasin sebanyak tiga kali pada malamnya.
2. Melakukan Qiamullail.
3. Berpuasa pada siang harinya.




Sumber: Tarikh Malam Nisfu Syaaban 2013 Di Malaysia | melvister.com



Friday, June 21, 2013

Semua nak cantik..cantik ker????

Salam semua...


Banyaknya rompang blog ni yek...Hik hik..Takpe...takpe..kita update mana yang mampu...

Sekarang ni aku peratikan rakyat Malaysia sangat obses nak lawo...Dari satu produk ke satu produk keluar..Tapi maby salah satu nye sebab ada medium pemasaran yang cepat iaitu FACEBOOK!!!!

Memang tak terkatalah, dari produk kesihatan, kecantikkan luaran, dalaman..Ishh..macam-macam lagi lah...
Tu belum lagi produk kosmetik kan..Lagi le bertimbun...ehehhe

Ni nak citer pasal fenomena bedak di opis ai kerja nih..Aritu depa dok pakat-pakat meng"arab" kan diri dengan bedak arab..La ni dah bedak syria le pulak..Sudah..memacam...eheheh..

Aku idak le terjebak sebab memang specis idak le gemor alat make up mahu pun produk apa yg berkaitan kecantikkan nih..TAPI bukan le maknanya mak ni cam cantik bebenor tahap cam tak mandang produk kecantikkan ni..Bukan..bukan..tapi jenis tak suka ikut fenomena je le benornya...Bedak tetap ada..tapi setia dengan MIYAMI...korang hader??ehehhee

Kadang memang nak tergelak pun ade..iklan-iklan yang menonjol di akhbar, majalah mahupun media sosial..Sangat kelakar hokeh!!!! Kelakar sebab tahap ketidak logikan nye tu ler...tapi ikut poket memasinglah kan...Idak le nak komen bebanyak kang ada yang meroyan marah sebab kondem produk deme ke..Kita positif sudah..anggap le depa sharing is caring..Sebab kalu tuan jual tu dah lawo, sihat, cantik..bior le org keliling pun cantik gak kan?muahahha


gambar ihsan dari google

Tapi bagi aku nye konsep mudah sahaja..There is no short cut to become healthy or beauty...Sebab proses badan kita bukan mengambil masa sehari dua..Hatta ko makan nasi malam tadi pun makan berapa jam nk digest kan.. So kalau takat ko makan pil itu ini..sapu krim itu ini..pehtu minggu depan dah nampak kesan tu mcm sangat ajaib la..Maby betul but kena la fikir kesan for long term kan..

Sekian...

Sunday, June 16, 2013

You are my SUPERHERO

Salam semua....


SELAMAT HARI BAPA!!!!

Kepada semua ayah, abah, bapak, father mahupun apa juga gelaran maknanya tetap sama...

Hasil kerja tangan anak-anak di sekolah sempena Hari Bapa 2013...Tahun ni ada hasil kerja Wafiq..ahaks...nampak sangat cikgu yang buat lebih dari dia kn..eheh..Cantik semacam aje...




Kepada Abdul Kahar Bin Mahamad Yusop, you're superhero to Afiah Nabihah & Afiah Nabihah...

Paling istimewa semestinya buat ayahanda Ahmad Zaini Bin Montari & Mahamad Yusop Bin Sabri...Doa kami buat kalian tak pernah nan putus..Moga sihat selalu meniti hari bahagia di hari yang mendatang di kelilingi anak menantu & cucu-cucu.. :)



Saturday, June 15, 2013

Selesai sudah...ujian kelayakan masuk ke SRAI

Salam semua

Sewaktu aku update posting ini..maka selesailah sudah urusan ujian kelayakan kemasukan ke Sekolah Rendah Agama Intergrasi (SRAI), di Seksyen 19 Shah Alam...



Ingat tak posting INI? Masa bulan 4 aku dah daftar untuk Nabihah..so 15/6 adalah tarikh ujian nyer...Kena tunggu 8/7 untuk tahu keputusan sama ada layak atau tidak.


Melihat senarai nama...



Apa-apa pun kakak tetap antara yang terbesar...ehehhe

Seawal jam 7am kami dah keluar rumah..Sebab jam 8pagi semua calon perlu ada..Sessi pendaftaran, taklimat segala bagai..Ujian bermula 8.30am..Bilangan calon adalah sangat ramai, kira-kira 503 orang tapi kekosongan adalah untuk 216 orang sahaja..huhuhu...Berserah je lah..Kami dah usaha yang terbaik untuk Nabihah selebihnya tawakal pada Allah...Allah lebih mengetahui kerana Allah memberi sesuatu apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu...Kerana DIA lebih mengetahui untuk yang terbaik pada diri kita...

Ramai jugak kawan-kawan kenalan di FB mahupun di blog yang juga menghantar anaknya menduduki ujian salah seorang nye Mama Tisya, yg hantar di SRAI Taman Keramat...Moga anaknya pun dapat...

Tempoh ujian agak lama le jugak..Kira-kira 2jam..So 2jam la kami menunggu Nabihah dengan penuh sabar..Wafiq sampai ketiduran..Selesai sahaja habis ujian, terpancar kegembiraan Nabihah sebab turun je dari tangga dia dah nampak mama nye kan...Masuk je dala kereta terus makan roti...ahahah..kelaparan dia..Sian...memerah otak...Dia cakap "kakak ok aje mama..cepat je siap"...Sudah..ko jwp betul ke ke kakak..Kang kot dok mengelamun sajok...Ahahha..apa-apa pun yakin dia boleh jawap cuma betul or salah tu je lah...ehehehe...


Wajah happy saja...

Kehausan dan kelaparan..

Wednesday, June 12, 2013

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...