| |||
Iklaneka
Sunday, April 12, 2020
A message from Tony
Sunday, January 12, 2020
Getaway 2020 ~ Pulau Belitung - Day 01 & 02 (12-15/01/2020)
Assalamualaikum...
Posting pertama di Tahun 2020. Kalau tak disebabkan travel ni, memang tak ber update rasanya blog ni. Mau lagi bersawang-sawang. Tapi mengenangkan ini destinasi yang pertama kali jejak. Harus di postinglah di blog. Sebagai rujukan akan datang.
Trip tanpa sengaja. Sebab bila AA bukak route ke Tg Pandan. Cari geng kt FB. Tak sangka menjadi jugak pergi. Alhamdulillah, Allah bagi ruang & peluang untuk bermusafir.
Terima kasik Kak Rina Rahman yang kenal di group BBM di FB menjadi ketua trip ini. Best. Dapat kenal kawan baru..
Layan gambar sahajalah, walau sebenarnya byk dh update kt FB.
DAY 01
-------------------------------------------------------------------------------------------------
DAY 02
To be continue...................
Sunday, April 28, 2019
Hari Sukan Tadika Taska Delima Ilmu
Salam semua..
Terasa pantas rasanya masa pergi meninggalkan diri ini insan yang lemah. Sejak berumur 3 bulan Fattah ditempatkan di TTDI, dan hari ini merupakan sukan terakhir dia di situ kerana tahun ini dia sudah memasuki 6 tahun. Allahuakbar, mama cry dik.. Mama sebak sebab my kintang kintung dah besar...huhuh
Ku abadikan sedikit memori buat kemudian hari untuk beliau di Hari Sukan 2019
Semoga Fattah sentiasa gembira dan menikmati hari-hari yang indah ketika berada di tadika kerana tahun ini adalah tahun terakhir buat dirinya. Terima kasih tidak terhingga buat semua warga TTDI Seksyen U5. Anda semua hebat!
Sunday, April 14, 2019
Afiah Nabihah Sudah 12 tahun...
Assalamualaikum semua..
14/4/2019 maka genaplah anak sulung ku Afiah Nabihah genap 12 tahun. Pantas masa berlalu. Masih terasa baru melahirkan beliau kini sudah dipenghujung sekolah rendah.
Tiada apa yang mampu ku ucapkan selain rasa tunduk dan syukur atas nikmat pinjaman yang Maha Esa berikan ini. Tiap detik dan nafas tiada henti mendoakan kesejahteraan buatnya
Selamat Hari Lahir yang ke 12 tahun Kakak!
Salam Sayang,
Abah, Mama, Abg Ngah & Adik Fattah
Thursday, March 14, 2019
Getaway 2019 ~ Tanah Abang, Thamrin City Central Jakarta
Salam semua...
Alhamdulillah, trip tahunan berjalan lancar. Untuk sekian kalinya kami pergi 3 hari 2 malam (14-16/3/2019). Trip yang pada asalnya 26 orang menjadi 20 orang sahaja. Biasalah bila book in advance, keberangkalian yang tak dapat join tu tetap ada. Walau apa pun kami tetap happy. Trip berjalan lancar. Pergi sebagai jutawan, pulang dengan kegembiraan dan kepuasan.
Insyallah, tahun depan menyusul lagi. Ada ahli lama insyllah mungkin akan bertambah ahli lagi. Moga Allah beri ruang dan peluang untuk bawa kawan-kawan ke Tanah Abang lagi. Just our time untuk seronok-seronok. Dah penat kerja kita reward diri dengan benda yang kita suka. Apa pun terima kasih pada suami masing-masing yang beri kebenaran dan paling utama kepak Pak Tony yang sentiasa beri good price untuk kami terbang :)
Layan gambar jelah. Gambar memang banyak. Tapi ini sahaja yang di upload sebagai kenangan dalam blog.
sekian..untuk kali ini.. Jumpa lagi nanti. Insyallah..
Subscribe to:
Posts (Atom)















































