Iklaneka

Saturday, May 18, 2013

Getaway 2013~Surabaya Day 2 Part 2 : Jatim Park 2 - Batu Secret Zoo + Fantacy Land + Jungle Fastfood

Salam semua...


Ok bersambung lagi aktiviti di JATIM PARK 2. Selepas bersantai kedingingan di dalam Muzium Satwa, kami menuju ke Batu Secret Zoo. Both place ni sebelah menyebelah aje...So, lepas ke luar pintu muzium menuju ke pintu masuk Batu Secret Zoo plak...

BOleh click sini untuk detail >>
http://jawatimurpark2.com/index.php/en/batu-secret-zoo.html






Kalau dah di namakan zoo, sahih la kebun untuk binatangkan..So melihat haiwan le lagi..Ahahah..Seriusly tempat ni terlalu besar. Memang agak tak berdaya dah la nk berjalan...But wafiq ok aje lah sebab di penat duduk dalam stroller. Yang kesian kakak lah..Tapi oleh sebab cuaca dingin maklumlah di kawasan tanah tinggi tidak le terasa sangat.






Yang pasti ade tempat yang kami hanya jalan tanpa melihat haiwan dengan bersungguh-sungguh pun...The main point is Fantacy Land. Fantacy Landtempat bermainlah ala mcm genting highland tu tapi maby genting lagi hebat kot sebab aku pun tak pernah jejak genting...ehehhe....Semua permainan adalah free but ade certain game aje yang kena bayar...


Oleh sebab kepenatan tidak le teruja sgt..we just stop untuk menikmati pop mie and donut. Hari memang ada macam nak hujan tapi tak hujan pun sebab awan hujan ntah bergerak kemana...Mujurlah sempat lihat Lion Sea show..Sebab itu yang di tunggu pun..






Kemudian kami keluar dari Batu Secret Zoo + Fantacy Land nih...Memandangkan wafiq sudah ketiduran, Nabihah kepenatan maka kami menuju ke Pohon Inn Hotel untuk lunch. Oleh sebab ade restoren berputar sambil makan melihat haiwan dan ada juga persembahan bunyian haiwan maka kami pun mencuba..Harga agak mahal sikit lah. Rasa biasa-biasa sahaja..Tapi nak merasa boleh la di tambahkan pulak memang dan kelaparan kan...








Selesai sahaja makan, kami menelefon Pak Agus kerana ada lagi destinasi kami yang lain iaitu memetik buah epal.

Tunggu posting yang lain untuk aktiviti memetik buah epal...Tungguuuuuuuuuuuuu

Getaway 2013~Surabaya Day 2 Part 1 : Jatim Park 2 - Muzium Satwa

Salam semua....


Hari ke -2 di bumi Surabaya...

Breakfast seawal jam 7am kira-kira pukul 8am la waktu Malaysia..Tapi masa tu memang dah panas sangat dh area Batu nih..Maby cepat malam, so cepat lah siangkan..Lebih kurang jam 4am dh masuk subuh..Pukul 6am tu matahari dh terik...


Permandangan dari bilik kami di tingkat 3


Sarapan di lobi resort..Anak-anak dah ready pakai baju mandi dah..Lepas makan memang nk kedebum je dalam theme park..TAPI lambat nye lah theme park bukak..Pukul 8am baru boleh masuk..Bosan je Wafiq sebab dia dah tak sabar sangat..


Jaga di hari itu...ehhehehe



Kami terus check out dari resort ni memandangkan kami akan bermalam di Surabaya pulak...
Destinasi seterusnya ialah Jawa Timur Park 2 atau lebih dikenali dengan JATIM. JATIM PARK 1 pn ada tapi kesuntukkan masa lagi pun mengikut kata supir, JATIM PARK 2 ni masih baru lagi..Belum setahun so lebih seronok... Pada yang nak tau lebih lanjut boleh ke URL ini >> http://jawatimurpark2.com/

Kos masuk adalah lebih murah berbanding ke Taman Safari Park II. Tiket kami beli all in iaitu pass masuk untuk ke Muzium Satwa + Batu Secret Zoo.

Selesai urusan pembelian tiket, kami ke Muzium Satwa dahulu...Sangat impress..Binaan muzium tu pun sangat menarik...Masuk dalam lagi terkejut...Haiwan-haiwan di bekukan...Kalau di Taman Safari II kami lihat haiwan secara hidup dan lihat melaui dalam kereta aje sebab ada haiwan yang bahayakan. Tapi di muzium ni haiwan beku pulak di. Macam-macam jenis haiwan lah..Pendek kata haiwan di setiap benua. Yang tak pernah tahu pun sebelum ni ada. http://jawatimurpark2.com/index.php/museum-satwa.html


Kaunter permbelian tiket. Oleh sebab hari Khamis maka takde lah sesak sangat tapi ade je group budak sekolah yang di iringi ibu bapa.

Hotel Pohon Inn. Macam best je hotel ni but harga agak mahal rasanya. Hotel nye pun unik kan memang macam dalam batang pokok...ehhee

Besar betul replika gajah di pintu masuk Muzium Satwa.














Rasanya cukuplah gambar haiwan beku yang ada dalam muzium ni..Terlalu banyak...Ni sesuku je yang mampu aku uplodkan..




Bergambar dipintu masuk Muzium Satwa sebelum bergerak menuju ke Batu Secret Zoo pulak...

Thursday, May 16, 2013

Erti HARI GURU pada anak-anak

Salam semua...


Hari ini 16-Mei-2013 merupakan HARI GURU di Malaysia....SELAMAT HARI GURU kepada semua pendidik....

Tahun ke -3 bagi Nabihah memahami yang selain dari sambutan hari lahir, hari ibu terselit juga hari ibu...
Yang pasti bagi dirinya hari guru adalah hari sambutan untuk guru-guru kesayangan nya di Tadika/Taska..Ada jamuan makan, membuat kad...


Kad yang dibuat bersama Nabihah malam tadi..Walau pun pada dasarnya agak kepenataran tapi di gagah kan juga...Yer lah..cikgu sanggup bersusah payah bersama ank-anak membuat kad hari ibu..Why not kita plak buat utk cikgu-cikgu kesayangan ank-anak kn....


Perubahan masa akan memberi kematangan buat dirinya suatu hari nanti erti sebenar hari guru....Apa-apa pun buat semua pendidik yang mengajar diriku secara langsung ataupun tidak langsung, ku ucapkan SELAMAT HARI GURU..Hanya Allah jua lah yang dapat membalas jasa kalian....

TERIMA KASIH CIKGU!!!



Sunday, May 12, 2013

Permohonan LULUS ~ Get Malaysian Business Online

Salam semua....

Alhamdulilah..Tak sangka permohonan yang sengaja di cuba akhirnya berjaya...TQVM pada Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) kerana kewujudan skim ini iaitu PROGRAM GET MALAYSIAN BUSINESS ONLINE.



Pada yang nak tau apa dia GMBO ni feel free to view  >> https://gmbo.skmm.gov.my/


Agak lama jugak memohon..Kalau tak silap isi application online ni penghujung bulan January. So kira-kira 4 bulan jugaklah nk approve...Bermodalkan kira-kira RM37 kalau tak silap sebab perlu register hosting shopping online sendiri menggunakan hosting .com.my. Tapi berbaloi lah jugak kan...So RM1000 yang di dapat ni akan di jadikan modal tambahan untuk aku berjualan kecil-kecilan secara online..TQ SKMM...

So kawan-kawan apa lagi..Sementara ada fund ni..Jom apply..Tapi kena ada hosting sendiri..Ni contoh web shopping online aku,
WWW.SOHOFINI.COM.MY


So..pada yg ada berjualan online...dipersilakan apply..

Sharing is caring :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...