Iklaneka

Wednesday, September 14, 2011

Kelebihan Si Tangan Kidal = Kelebihan Si Otak Kanan

Salam semua....

Masih lagi di bulan syawal..Tapi hari ni xmo citer psl raya walaupun byk kisah tertunggak yg perlu di posting sbnrnya utk kisah raya nih..But nnti2 lah..Bila rsa rajin nk kuarkn entry psl berjalan raya..

Info ni aku jumpa di dlm sebuah forum..Saje di paste utk di kongsi bersama...


Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg di sebelah kiri. Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains. Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg menggunakan tangan kanan.

Hubungan kidal dengan otak



Rumusan

1. Secara kasarnya sekitar 10-15% drp. penduduk dunia adalah kidal.

2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yg juga kidal.

3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yg dpt mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yg mengaitkan orang kidal dpt dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.

4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yg ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin utk menterjemahkan mesej-mesejnya.

5. Hari istimewa utk orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yg. disambut pada 13 Ogos setiap tahun.(ni budaya orang barat-tak perlu ikut..huhu)

6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan.

- kidal nih bmaksud orang yg mmg mlakukan mcm2 pkara lebih pada anggota kiri....kalau satu2 pkara jer...masih dianggap tak kidal

- biasanyer kanak2 tak menunjukkan kecenderungan kanan/kidal sehingga umur 3 thn. kalau umur setahun dia kidal,maybe kemudian die tak kidal.n vice versa.

________________________________________________________

Aku tidak le kidal, and my family rsa nye xde sorang pn yg left handed..Semua pn kanan je le..cuma adik laki aku je aku rsa bleh guna both hand..Cuma aku xpasan dia mnulis tangan kanan or kiri but msa kecik aku pnh tngok dia guna tangan kiri and kanan bila mnulis..Mula tangan kanan pehtu penat tukar tangan kiri..TAPI bila dh besor aku xpasan dh dia mnulis camner..Ye le dia besor aku lg besor..dh kuar dr kg mna kan nk pasan dia mnulis kn..Hahahha...

But sebelah husben ade 2 org yg left handed, abg and adik laki nye...So far my girl mmg fully right handed la..Wafiq ni kecik lg kn so xtau le cenderong arah mana sbb dia guna tangan ikut mna dia suka...

So korang left handed or right handed? Ank2 korang plak camner? kidal ker?


Sekian utk kali ini....

No comments:

Post a Comment

Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...