Iklaneka

Thursday, November 3, 2011

"Atok, Nenek..abg nk makan!!!"

Salam semua....

Sgt terpanggil utk mengeluarkan entry ini...Bukan tujuan menghentam hatta menghina sesapa..tp utk peringatan dan panduan diri ini..supaya tidak mnjadi insan yg alpa dan akan sentiasa menjerumus ke arah kebaikan....

Sya mndpt fwd email ini serta juga email ini juga telah di paparkan di sebuah blog. Sya juga ingin berkogsi cerita desebalik email tersebut....Mungkin ini kisah benar dr kisah si pemberi email..Tp reality mmg byk yg terjadi dizaman ini...




Buka minda, lapang jiwa..baca dengan hati terbuka....

----------------------------------------------------------------------------

PATUTKAH IBU-BAPA DIBEBANKAN DGN MENJAGA CUCU?

From : imanurezeki mohd
Subject: JOM BINCANG: Patutkah ibu/bapa dibebankan dgn cucu?
To:
Date: Sunday, December 5, 2010, 2:10 PM

Patutkah Ibu/Ayah kita dibebankan untuk menjaga cucu setelah mereka itu membesarkan dia sehingga berkahwin?

Setiap anak WAJIB berbakti dan mentaati pada ibu-bapanya demi membahgiakan mereka.
Atas alasan apa sekali pun,samada sukar mendapat pengasuh, bayar pengasuh mahal, susah cari nursery yang baik atau susah nak cari org gaji yang baik... dan pelbagai lagi la alasan.
Malah ada anak-anak yang berniat untuk untuk menjimatkan belanja dan tidak perlu membayar gaji kepada pengasuh.
Ini bukan alasan di dalam syariat ISLAM yang membenarkan seorang ibu/ayah menjaga cucunya.
Patutkah kita sebagai seorang anak MEMBEBANKAN ibu dan ayah sedangkan jasa mereka mendidik dan membesarkan kita belum habis dibalas?
Pada dasarnya, ibubapa anak itu sendiri yang perlu menjaga anak-anaknya dan perlu belajar bagaimana menjadi seorang ibubapa yg cemerlang. Malah, mereka perlu bertanggungjawab dan pastikan anak-anaknya berjaya dalam hidup dan yang paling penting anak-anak itu adalah amanah Allah.

Ibu Bapa terpaksa menjaga cucu disebabkan terlalu kasihkan anak. Maka BEBAN ditanggung juga oleh mereka. Sedangkan mereka sendiri perlukan perhatian dan penjagaan daripada kita.
Nampak macam ibubapa itu telah diperhambakan oleh si anak untuk menjaga cucu-cucu berkaitan dalam keadaan PAKSARELA.
Sekiranya menjaga seorang cucu tidak mengapa. Tetapi jika dah masuk 2-3 orang sekali tak kasihan kah kita?
Pada masa yang sama kita juga tidak memberikan belanja yang sewajarnya mengikut keperluan kepada ibubapa selama ibubapa memelihara cucu-cucu berkenaan.
Pernahkah kita sebagai seorang anak terfikir atau berfikir?

Masa muda dahulu Ibu dan Ayah berpenat lelah menjaga kita..kita bila dah tua kena pula jaga cucu.Ibu dan ayah dah hamper 60 tahun..kudrat mereka tak sama macam mana mereka jaga waktu kita kecil dahulu. Masa mereka beribadah makin sikit dan pada masa yang sama terpkasa juga membanting tulang emapt kerat mencari rezeki untuk adaik-adik yang masih tinggal/bersekolah. ? belum lagi yang sekolah.. nak uruskan pergi sekolah..balik sekolah.. bila nak pergi. Pernah juga dengar ayah mengeluh…tapi demi sayangkan ANAK..pahit ditelan jua..

Selalu juga tengok ayah termenung untuk mendapatkan barang jualan dan jika hasil jualan tak seberapa…tapi masa yang tersisa terpaksa dibahagikan untuk menguruskan hal anak dan cucu pergi-balik sekolah.

Ayah tak cakap..tapi riak mukanya cukup mengambarkan sejuta pengertian.
Seringkali juga tengok Ibu dan Ayah keletihan kerana urusan sehari-hari.
Ayah bersara awal untuk tumpukan perhatian pada perniagaan dan berehat tapi bukan untuk BMC-Bersara Menjaga Cucu.

Bila cuti sekolah, pertama kali tengok ayah dapat rehat dan tengok TV sampai malam***masa nie cucu-cucunya takde…………Ibu dan Ayah boleh bangun pagi solat sunat dan uruskan semua urusan dengan teratur tanpa marah-marah. Sebab mereka tak pening kepala dengan hal cucu-cucunya yang seringkali tak dengar kata dan yang tak boleh ditegur dan dinasihati.

Cukuplah ibu dan ayah menjaga 2 orang cucu selama 10 tahun dan lepas nie nak tambah beban lagi seorang…nasib baik ada juga yang tak jadi..kalo tak lagi parah lah ibu dan ayah.
Kasihanlah ayah dan ibu…berilah mereka masa berehat…
Sekarang waktu ibu honey moon semula dengan ayah!

Sepatutnya, di usia emas ini biarlah menjadi waktu penambahbaikan amalan sebelum dijemput Allah kembali menghadap-Nya. Tak cukupkan mereka menjaga kita hingga dewasa hingga di ulang tugas menjaga anak-anak kita pula? Sebagai anak yang berpelajaran tak fahamkah anda dengan kesusahan ibu bapa membesarkan kita dulu, atau sengaja nak lepaskan tanggungjawab, boleh bersenang-lenang bila pulang ke rumah tak payah jaga anak.

Nak lebih senang duduk dengan emak supaya bila balik kerja makan minum dah terhidang.
Yang peliknya..kenapa orang sanggup nak kahwin dan beranak-pinak tapi takde rasa tanggungjawab untuk jaga zuriat sendiri? Seharusnya kita sudah merancang bagaimana anak yang lahir akan dibesarkan dan urusan penjagaan di waktu kecilnya andai isteri bekerja. Kita tidak harus mengambil mudah perkara tersebut.

Kalau kita sudah pandai ‘buat’ anak, mengapa kita berasa ‘tidak yakin’ untuk membela sendiri anak kita? Inilah agaknya yang dikatakan nabi s.a.w tentang petanda akhir zaman, ibu melahirkan tuannya.

Syukur kepada ALLAH, kepada ibu bapa yang dapat meguruskan dan memelihara anak dengan baik.

Kesimpulannya……

Kalau tak mampu nak ambil pengasuh, isteri kena pertimbangkan untuk berkorban.. boleh cari kerja yang buat kat rumah.. berniaga, sekarang ni macam2 alternatif ada. Boleh berniaga kat rumah, guna cara online.. Anak-anak tak terabai..keperluan suami pun tak tertinggal..
Kalau tak sanggup juga…TokSah BERANAK!!!!!!!!!!!!!!!!

Daripada
MIZA

-------------------------------------------------------------------------------------

Sedih sekali sya mmbaca email tersebut...Tp itulh reality zaman sekarang...
kalau ditanya diri ini, apakah plan bila bersara nanti? Of coz la enjoy with my grandchildren (if i am blessed with any) but not to the level of being their full time babysitter :D!!!


No comments:

Post a Comment

Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...