Iklaneka

Saturday, September 29, 2012

Mak sudah berada di Makkah....

Salam semua...


Mak sudah berada di bumi suci, Makkah tatkala aku membuat posting ini.... Perkhabaran dari mak melegakan kami adik-beradik..Mak sihat alhamdulillah, dan sudah mengerjakan umrah...Akibat cuaca yg agak panas di sna ketika ini, iaitu kira-kira 44 darjah celcius, mak mengalami sedikit batuk-batuk..Tapi ubat yg dibekalkan ada, jadi mak makan ubat yg di bekalkan...

Mak kini menetap di Massat Al-Hariri Hotel. Info ini kami ketahui bila kak uda menelefon pihak TH untuk mengetahui apakah nama hotel mak ketika di Makkah...

Masat Al-Hariri Hotel is located in Assulaimaniah area ( Al-Hujoun) 600 meters away from the Holy Mosque containing 171 rooms.
It is a modern building equipped well and luxuriously. It provides modern buses for transporting the Pilgrims from and to the Holy Mosque around the hour.
Each room contains an LCD TV and a spacious private bathroom with a bathtub.
It offers a large reception hall with a front disk 24-hour concierge services and free Wi-Fi is available.
There is a medical clinic and a big mosque inside the building enough for a large number of worshippers and a big reception in the lobby for a large number of pilgrims .


Doa kami semua, agar mak di permudahkan urusan di sana, di kurniakan kesihatan yg baik agar mudah melakukan ibadah dan memperolehi Haji yg mabrur...amin...


Friday, September 28, 2012

Fabulous Friday~~Current Booking

Salam semua...


Selamat hari jumaat :d



Hahahha...tu dia....Penangan Pak Tony...Seperti yg sedia maklum, korang pn tau kn..aku ni mmg obses dan addict tiket murah nih...Yg menyebabkan impact nye seperti diatas...ngeeeeeeeee...

Tapi benornya booking di atas bukan le mak pnye semua yek!!! Ade yg org punyer...mak tolong book kan aje..Maklumlah, customer servis tak rasmi AA le katakan..Tu yg cam laju je beri perkhidmatan FREE dalam membooking...But payment kena di beri la kan..Booking without payment is not allowed!!! ahahha...

So, bila aku check td utk smpai ke bln 6 thn depan sudah terisi...Kah kah..kah..pengsan!!!!

Pada yg teror mata umpama ade sixth sense, sila teka..manakah current booking untuk teman aje..Sebab dlm byk current booking ni ada yg org lain punye...bkn teman punye...Ce teka..ce teka...
Kalau betoi, teman bagi Fridge Magnet...ehehhehe


Wednesday, September 26, 2012

Jemaah Haji mula bergerak ke Makkah...

Salam semua....

MADINAH: Jemaah haji dinasihati tidak mendedahkan diri kepada kepanasan cahaya matahari yang melampau di Tanah Suci berikutan cuaca panas yang ada kalanya mencecah sehingga 44 darjah celsius.
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, jemaah juga perlu berhati-hati agar tidak terlalu terdedah kepada cuaca panas, terutama semasa hendak ke masjid dan membeli-belah.
"Untuk bakal-bakal haji yang masih berada di Malaysia, saya juga mahu nasihatkan supaya dibawa bekalan ubat-ubatan secukupnya untuk hari-hari pertama dan kedua, walaupun klinik Tabung Haji ada tetapi tidak boleh diambil ringan keperluan ubat-ubatan ini," katanya kepada pemberita di Hotel Al Haram yang menjadi tempat operasi Tabung Haji di sini.
Beliau yang juga Pengurus Besar Kanan Haji Tabung Haji berkata, bakal jemaah haji di Malaysia juga diminta berehat dan tidur secukupnya kerana beliau mendapati ada jemaah yang tiba di Tanah Suci mengalami masalah kurang tidur dan mula menerima gangguan emosi, fikiran dan sebagainya.
Beliau juga mengingatkan jemaah haji agar menjaga keselamatan diri mereka kerana di sini orang begitu ramai dan kalau pergi ke mana-mana biarlah secara berkumpulan untuk mengelak daripada tersesat.
Syed Saleh berkata, setakat hari ini, seramai 7,535 orang jemaah atau 28 peratus daripada jumlah keseluruhan 28,000 orang sudah sampai ke Tanah Suci melalui Madinah dan Jeddah.
Mereka akan mula bergerak masuk ke Makkah pada 25 September ini, katanya.
Pusat operasi Tabung Haji di Mekah sudah pun bersedia untuk menerima jemaah ini dan beliau sendiri berasa sangat berpuas hati dengan persiapan petugasnya di Madinah dan Makkah.
Perkhimatan Tabung Haji seperti khidmat bagasi, klinik, bank dan juga penyediaan makanan ala menu Malaysia juga semua mendapat sambutan baik daripada jemaah yang ada, katanya.
"Keseluruhannya sebanyak 22 penerbangan sudah dibuat ke Jeddah dan Madinah dari 41 penerbangan, jemaah haji yang bakal sampai akan disambut dengan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang sudah siap beroperasi di Madinah dan Makkah," katanya. - BERNAMA


 Sengaja google tadi mencari maklumat perihal jemaah haji 2012, maka terjumpa berita mutakhir dr Berita Harian... Ini jelas menunjukkan, mak juga sudah bergerak ke Mekah selepas 8 hari berada di Madinah..
Ya Allah..permudahkan la urusan mak di sana... Berilah dia kekuatan dan kesihatan yg baik utk permudahkan urusan melakukan ibadah dan memperolehi Haji Mabrur...Amin....


Seronok dan teruja membaca catatan Hajiwan sebagai petugas operasi haji 1432..Serba sedikit memahami, itulah yg akan mak hadapi nanti.. YA ALLAH..permudahkan lah urusan mak di sana...Amin....

Wordless Wednesday ~~ BE ke 11 utk 2012


Salam semua....



Banyak BE nyer...tp kecil nilai nyer...ehehhehe... Dh nuffnang nak bagi kn...Bukan blog ngetop pn....ngeeeee

Monday, September 24, 2012

Officially Open ~~ Pesona Ayu De Reen's Beauty & Spa

Salam semua....

Mempersembahkan...jeng jeng jeng..jeng



Pada penduduk di kawasan Bukit Beruntung, Rawang atau yg berhampiran nya..di alu-alukan dtg ke Pesona Ayu De Reen's Beauty & Spa. Pemilik spa ini ialah Nurin (biras saya) & Ayu (adik ipar saya)...  :D

Mari kita lihat suasana kedai kecantikan ini..Hasil jurugambar yg amatur dgn camera yg langsung tak canggih...ehehhehe










Note: Best le pulak buat facial...Dh lama sgt tak buat....Lepas ni nk try sauna plak...ehehhehe

Balik kampung menyapu laman....

Salam semua....

Hari Isnin sudah...cam baru je jumaat, dh isnin kembali...

Ok...Wekend yg lepas balik kampung, menjenguk abah di kampung.... As usual, bila org perempuan tak ade di rumah mmg kurang serinya....

Lebih kurang seminggu mak meninggalkan rumah, seminggu jugak la rumah di kampung tak bersapu...Rumah kampung kn, kalau sehari tak bersapu mmg kotor dgn taik cicak kering, serangga kecik halus, habuk papan lagi...

SO misi pertama adalah menyapu dlm rumah!!!!

Misi seterusnya misi menyapu laman...ehehhehe...Pehhhhh...mmg berpeluk ketiak gak la...Mmg kuat betoi la mak, hari-hari menyapu patut lh mak sihat...ehehhehe

 Ini adalah hasil daun manggis didalam kereta sorong yg ke -2!!!!
 Pokok manggis tepi rumah ni le yg buat aku basah ketiak dh...Tu baru fasa pertama menyapu..ade byk lagi fasa (dgn kata lain byk lagi bwh pokok lain yg aku perlu sapu...ngeeeeeeee)

Pokok manggis ke -2..Ni pun bleh tahan gak daun nye luruh...gerrr...gerrr...


Puas rasanya bila tengok keliling rumah dh bersih..Sebab hobi mak menyapu laman, laman umpama boleh di tabur manik kekdahnya..So ketiadaan mak, rumah ttp menten cantik..Mesti mak happy..Abah pn rsa happy sebab walaupun mak takde, suasana rumah ttp sama...ehehhe

Saturday, September 22, 2012

Mahu pulang ke kampung menjenguk Abah...

Salam semua...


Kebetulan sabtu minggu ini aku tidak bekerja..maka, ambil kesempatan menjenguk abah di kampung...
Ambil giliran menjenguk abah pada minggu ini memandangkan pada minggu hadapan risau ade kesibukan yg menyebabkan tidak mampu utk pulang ke kampung...


Berkat anak ramai...saham akhirat...Ini lh kelebihan mak abah yg mempunyai 10 org anak...Insyllah minggu hadapan giliran ank lain pula yg menjenguk abah ketika ketiadaan mak yg mengerjakan haji :d

Rutian harian awal dan pantas hari ini memendangkan aku sudah siap masak untuk santapan abah nnti...

Abah bersama abang long..

Sekian untuk kali ini... Jumpa Isnin nanti ya...

Friday, September 21, 2012

Fabulous Friday ~~ Menang Kuiz Zakat Minggu Ke-8


Salam semua....

Masih ingat tak lagi pasal INI ??? Alhamdulilh...mak menang lagi....ehehhehe...


Kuiz yang lepas hanya mampu no 2, tak sangka pulak kali ni no 1...Alhamdulilh... Penuh buku keagamaan di rumah terbitan PTS..Insyallah akan cuba yg terbaik utk habiskan baca termsuk terjemahan surah-surah pilihan seperti Surah Al-Kahfi, Al- Rahman...... :D

TQ PPZ :D. Pada sapa yg nak mencuba nasib bleh LIKE FB PPZ yek >>

http://www.facebook.com/myzakat 



Wednesday, September 19, 2012

Mak sudah berangkat ke Tanah Suci...


Salam semua....

Hari ini, 19/9/2012.. maka berlalu lah sudah hari keberangkatan mak ke Tanah Suci Mekah....
Mak berlepas pada subuh semalam dalam kumpulan KT06, menaiki Saudi Airlines ke Madinah..

Hari Isnin kami semua 10 adik beradik berkumpul solat berjemaah Maghrib bersama mak, selepas itu bacaan Yassin untuk mak moga dipermudahkan urusan pemergian mak...


Pukul 3 pagi kami dh bertolak ke Komplek Tabung Haji Kelana Jaya menghantar emak... Pukul 5.30am mak sudah memasuki kaunter pendaftaran...






Kami doakan semoga Mak diberikan kesihatan yang baik..Dipermudahkan urusan dalam mengejakan ibadah dan memperolehi Haji yang mabrur....Aminnnnnnnnnn


Note: Tak mampu nk menaip banyak-banyak lagi memandangkan air mata masih tak berhenti bercucuran....huhuhuhu...

Friday, September 14, 2012

Fabulous Friday~~The best things in life are 4 letter words!


Salam semua.....


Salam Jumaat semua...Hari yg indah dan sangat nyaman sekali.. Dan lagi indah bila lihat ini
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v




The best things in life are four letter words! Have you found the 23 hidden words? For us, it’s the word “FREE”! How about you? ;)

Travel Period:-
1 April 2013 – 30 September 2013

Stay tuned to 00:00hours (GMT+8), 18 September 2012 because something FREE is coming your way! 

:D


Note: Tu diaaaa... dia dh mai dahhhhhhhh...eheheh... Pemburu tegar sekelian...hapa lagii...jom..jom..jom...

Thursday, September 13, 2012

Hari berlepas semakin hampir...

Salam semua...

Tik tok..tik tok...terasa cam pantas sgt masa berlalu.. Tinggal beberapa hari je lagi tarikh berlepas mak ke Tanah Suci Mekah... Penerbangan mak di jadualkan pada 18/9/2012...

Jujur kukatakan, aku sgt gembira..sgt gembira berita pemergian mak ke Tanah Suci Mekah ini, kerana ini adalah impian mak...Tapi di sudut hati ku tetap rasa sebak kerana berpisah dgn mak dan dgn erti kata lain nye abah juga berpisah sementara dgn mak.. Kami happy untuk mak tp dlm pada masa yg sama kami sebak abah keseorangan di kampung bersama adik lelaki ku di kampung... Tapi kami cekalkan hati, sedangkan abah pn redha dan izinkan pemergian mak ke Tanah Suci inikan pula kami... Demi menunaikan Rukun Islam..

Mak mula mendaftar pada tahun 2007.  Masih teringat lagi kata-kata mak yg ingin sgt ke Mekah. Minta izin abah, abah benarkan malah abah juga berusaha menambah tabungan mak..Kami juga sebagai anak juga membantu seadanya memenuhkan tabungan mak.. Alhamdulilh, 2010 tabungan mak sudah pn penuh dh sudah cukup syarat untuk pergi.. Tapi apakan daya, giliran mak lambat lagi kerana ikut angka giliran mak dijangka 2017. Tapi kami sebagai anak-anak tak jemu berusaha, tiap tahun kami buat surat rayuan untuk  mak..Kita berusaha, selebihnya tawakal, urusan Allah... Alhamdulilh, tempoh mak menunggu hanya 5 tahun dari tempoh sebenar 10thn...Tahun ni impian mak tercapai sudah...Kami mendengar berita itu dgn juraian air mata kegembiraan... Ya Allah, sesungguh rahmatMu tidak ternilai buat kami sekeluarga....

Alhamdulilh, segala persedian sudah lengkap rasanya untuk mak..Kami adik beradik masing-masing buat check list untuk mak..Masing-masing take action, take responsibility beli itu ini keperluan mak di sana nanti..Kami tak mau bebankan mak memikirkan hal dunia..Pikir beribadah je nanti...

Di sudut hati ku berdoa, suatu hari nnti abah di kurniakan kesihatan yang baik, dan mampu untuk ke Tanah Suci juga...Kami redha, apa yg berlaku kat abah..mmg org luar nampak abah sihat tubuh badan tapi di sudut lain nye abah tak sihat...Abah mengalami sindrom takut naik kenderaan, dgn kata lain naik aeroplane.. Memang nk tergelak pn ade..tp ini le reality nye...Ate camner nk ke Mekah kalau naik kereta dr kampung ke KL pn muntah pening lalat 2 3 hari....huhuhu...So kami berharap, di Mekah nnti mak doakan lah untuk abah di buka kan hati untuk pegi dan ade keberanian...Duit insyllah boleh di usahakan kami adik beradik...

Di saat ini kami adik beradik membilang hari aje menunggu detik tarikh 18/9/2012.. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami... Moga mak selamat, dan mendapat Haji yg mabrur...

Makan-makan di Purchasing Department

Salam semua...

Isnin yg lepas (10/9/2012) Purchasing department buat la majlis makan-makan..Biasa la, sempena bulan raya dgn kata lain bulan MAKAN!!!!!.. So aktiviti makan sesaja....ehehhehe

Walaupun aku bukan la related ngn department ni, sbb aku dept IT kn tp diorg bermurah hati jemput gak la...Org dh pelawa, jgn di tolak...ehehhe..








TQ Kak Ros & Rozimah sbb jemput we all berdua dr IT dept... :D

Wednesday, September 12, 2012

Wordless Wednesday ~ facebook.com/myzakat





Note: Gambar ihsan dr wall http://www.facebook.com/myzakat :D

Wordless Wednesday ~ RM8 Off




1.3kg x 2 = 2.6kg = RM141.90 !!!!! Penjimatan berhemah dari harga normal 1.3kg = RM80++
Hanya di kedai runcit + ubat cina di Seksyen 6 Kota Damansara...Harap maaf, nama kedai runcit tak ingat...ehehhe...

Monday, September 10, 2012

Majlis makan-makan di rumah..

Salam semua...

Sabtu, 15/9/2012 ade la buat majlis mkn-mkn sempena bulan syawal nih..Bukan la open house besar-besaran yek.. Pd asalnya mmg takmo la buat semua nih..TAPI memandangkan hidup berjiran tetanggakan, kna la bermasyarakat... Org dh nk dtg rumah tak kan la kita nk ignore.. Dari dtg one by one, sikit-sikit baik la sekali harung... Tu yg decide buat la jugak..Untuk jemaah jiran tetangga dan saudara mara serta rakan taulan yg tinggal berdekatan....

Tak sangka la pulak, ramai yg dtg terutama saudara-mara memandangkan 18/9 nih mak dh nk berangkat ke Tanah Suci Mekah, jadi kazen mazen semua la dtg nk jumpa mak kn... Majlis yg asalnya habis pada jam 5pm lajak sampai kul 9pm le jgk..Tapi takpe, sbg tuan rumah kami ttp setia melayan :D .. 1st batch menu dh abis, kami bagi menu lain pulak...

TQ sesgt pada yg hadir :D ..Segala kekurangan makanan, minuman, layanan harap di maafkan..Jgn serik tau dtg rumah kami ...

 Kawan-kawan dr STESMA....TQ korang ..

 Afai, junior masa kt STESMA nih... Drg lewat, menu pn ala kadar...

 Cikgu taska/tadika kesayangan ank-anak...

 Mat jang, member lama masa kt abx dlu... merangkap mmber UPM pak kahar...

 My cousin..Plg last sampai...

Menu yg aku masak kali ni adalah Laksa Mee Pantai Remis... Menu lain dr yg lain...Hanya ada di Pantai Remis je tau...ngeeeeeee


Mee ni import dari Pantai Remis tau...Takde jual kt sini...Sapa yg nk resepi, nnti kalau rajin aku post...Kalau rajinlah..ehehhehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...