MADINAH: Jemaah haji dinasihati tidak mendedahkan diri kepada kepanasan cahaya matahari yang melampau di Tanah Suci berikutan cuaca panas yang ada kalanya mencecah sehingga 44 darjah celsius.
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, jemaah juga perlu berhati-hati agar tidak terlalu terdedah kepada cuaca panas, terutama semasa hendak ke masjid dan membeli-belah.
"Untuk bakal-bakal haji yang masih berada di Malaysia, saya juga mahu nasihatkan supaya dibawa bekalan ubat-ubatan secukupnya untuk hari-hari pertama dan kedua, walaupun klinik Tabung Haji ada tetapi tidak boleh diambil ringan keperluan ubat-ubatan ini," katanya kepada pemberita di Hotel Al Haram yang menjadi tempat operasi Tabung Haji di sini.
Beliau yang juga Pengurus Besar Kanan Haji Tabung Haji berkata, bakal jemaah haji di Malaysia juga diminta berehat dan tidur secukupnya kerana beliau mendapati ada jemaah yang tiba di Tanah Suci mengalami masalah kurang tidur dan mula menerima gangguan emosi, fikiran dan sebagainya.
Beliau juga mengingatkan jemaah haji agar menjaga keselamatan diri mereka kerana di sini orang begitu ramai dan kalau pergi ke mana-mana biarlah secara berkumpulan untuk mengelak daripada tersesat.
Syed Saleh berkata, setakat hari ini, seramai 7,535 orang jemaah atau 28 peratus daripada jumlah keseluruhan 28,000 orang sudah sampai ke Tanah Suci melalui Madinah dan Jeddah.
Mereka akan mula bergerak masuk ke Makkah pada 25 September ini, katanya.
Pusat operasi Tabung Haji di Mekah sudah pun bersedia untuk menerima jemaah ini dan beliau sendiri berasa sangat berpuas hati dengan persiapan petugasnya di Madinah dan Makkah.
Perkhimatan Tabung Haji seperti khidmat bagasi, klinik, bank dan juga penyediaan makanan ala menu Malaysia juga semua mendapat sambutan baik daripada jemaah yang ada, katanya.
"Keseluruhannya sebanyak 22 penerbangan sudah dibuat ke Jeddah dan Madinah dari 41 penerbangan, jemaah haji yang bakal sampai akan disambut dengan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang sudah siap beroperasi di Madinah dan Makkah," katanya. - BERNAMA
Sengaja google tadi mencari maklumat perihal jemaah haji 2012, maka terjumpa berita mutakhir dr Berita Harian... Ini jelas menunjukkan, mak juga sudah bergerak ke Mekah selepas 8 hari berada di Madinah..
Ya Allah..permudahkan la urusan mak di sana... Berilah dia kekuatan dan kesihatan yg baik utk permudahkan urusan melakukan ibadah dan memperolehi Haji Mabrur...Amin....
Gambar ihsan dr Hajiwan dari forum http://www.panggilanpertiwi.my/index.php?option=com_kunena&func=view&catid=21&id=16798&Itemid=297
Seronok dan teruja membaca catatan Hajiwan sebagai petugas operasi haji 1432..Serba sedikit memahami, itulah yg akan mak hadapi nanti.. YA ALLAH..permudahkan lah urusan mak di sana...Amin....
No comments:
Post a Comment
Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)