Iklaneka

Friday, October 19, 2012

Apa yang di takutkan kak!!


Salam semua....


Wahai kaum ibu sekelian..sudah kah korang mmbuat ujian PAP SMEAR? huhuhuhu....
Aku kn...bila dengor je ujian pap smear ni mula la seriau mcm nk putus darah..Apa yg aku takut ngn ngeri benor ntah..Pada hal dh penah banak...Yerr!!! sebab dh penah banak tu le yg wat aku takut yg amat....


TAPI..tadi mmg ala rancangan FEAR FACTOR plak..memandangkan aku berjaya mengatasi ketakutan itu..walalala....Benornya idak le gi klinik sbb nk wat ujian pap smear...Gi klinik sebab pedih perut maby tak tahan mkn benda terlalu pedas..but lain yg jadi bila doc pmpuan tu tnye itu ini..Tup-tup dia consult suh wat ujian memandangkan kelahiran yg terakhir pada 2009...Maka di suruh aku buat la...Mula mmg aku takmo tau tapi cam lama-lama mkn pujuk gak..uwawaa...Gagahkn le gak..Skali...zassssssssssss..la cepat je pn..walalalerrr...Ahakss..Tu le dia dgr lg rumors dahulu kala yg sakit bla bla bla..yg benornya hapah pn idak...Skang dh canggih le derr..Idak mcm zaman dolu-dolu..Pemikiran aku gak yg dolu-dolukn..takut tak bertempat..So slamat sudah...So setahun akan dtg le plak pikir....

Untuk yg nk tau lg psl Pap Smear..meh sini aku paste kn lg info..bior jelas!!!

Pap smear adalah sejenis ujian untuk mengesan ada atau tidak ketumbuhan kanser pangkal rahim.Tetapi ujian ini tidak mengesahkan sama ada seseorang itu menghidap penyakit kanser tersebut.Ia hanyalah sebagai ujian screening atau penapis.Ujian ini berdasarkan di atas pemeriksaan sel-sel yang diambil contohya dari pangkal rahim.Jika Pap Smear itu negatif,ini adalah berita baik.Tetapi jika keputusan abnormal atau luar biasa,beberapa ujian lain seperti biopsy of cervix perlu dilakukan untuk mengesahkan ada atau tidaknya kanser pangkal rahim.Biopsy adalah pengambilan secebis tisu yang disyaki kanser dari pangkal rahim dan kemudian dikaji sel-selnya dengan inikroskop oleh pakar kaji tisu (histo-pathologist).

Kekerapan UjianJika seseorang wanita telah menjalani ujian Pap Smear dan didapati negatif,ia hanya perlu mengulang ujian tersebut tiga tahun sekali.Namun begitu,ada baiknya bagi menjalani ujian ini setahun sekali.

Apakah Yang Berlaku Sewaktu Ujian Pap Smear?Doktor akan memasukkan sejenis alat besi(atau plastik)kecil yang dipanggil spekulum kedalam faraj dan membukanya dengan cermat bagi melihat serviks.Sejenis alat sudip (alat kayu yang tumpul)yang dipanggil spatula digunakan untuk mengikis dengan perlahan permukaan rahim untuk mengambil campuran sel dan cairan di bahagian pangkal rahim.
Spekulum dan saptula kemudian dikeluarkan dan ujian tersebut selesai.Campuran tersebut dilumuri atas sekeping slaid kaca dan dirawat khas supaya boleh diperiksa dengan mikroskop.

Bagaimana Kanser Dapat Dikesan Daripada Smear Ini?Selepas diwarnakan dengan warna-warna yang khas (stainning)pada smear ini,pemeriksaan di bawah mikroskop perlu di buat dan sel-sel kanser akan dapat dilihat.Pemeriksaan ini dilakukan oleh juruteknik kajisel yang terlatih dan pap smear yang luar biasa akan disemak dan dikaji dengan teliti oleh doktor pakar kajisel.




Scary kn?ahahah...tapi layannnnnnnnnnnn kn aje..demi kebaikan kita untuk kesihatan....

1 comment:

Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...