Iklaneka

Tuesday, November 13, 2012

The Capital of Egypt

Salam semua....

Ketika posting ini dibuat, pastinya adik perempuan bongsu ku telah selamat berada di bumi Arab ini iaitu Mesir...Bertuahnya dirimu wahai Uji, kerana berpeluang pergi kesna..Walaupun hanya seminggu..Ini lah dinamakan rezeki...Percaturan Allah itu tidak mampu diduga oleh akal fikiran... Kita tak mampu untuk pergi sendiri tapi diberi peluang oleh syarikat untuk pergi...Syukran..syukran....


Uji telah berlepas ke Egypt pada 12/11/2012 menaiki Egypt Air...Rasa happy untuk dirinya tapi dalam masa yg sama sgt risau dan berdebar...Kerana, ini pertama kali dlm hidup Uji berpisah jauh dengan family..Tapi anggaplah ini tugas dan amanah..Untuk rakyat Malaysia juga..Memikul tanggungjawap demi memperluaskan pasaran makanan halal di Malaysia...

Kerap kali uji merungut bidang kerjaya yg dia perlu lalui..Memandangkan dia mengambil Teknologi Makanan semasa di IPTA...Sedia maklum bidang kerjayanya menuntut dia bekerja di kilang yg bagi nya sgt tidak sesuai untuk dirinya..Selalu ku titipkan kata semangat kedalam dirinya bahawa anggap tugas itu sebagai amanah...Jihad kejalan Allah kerana betapa besarnya pahala yg dia perolehi menyediakan makanan yg berstatus halal kepada umat Islam!!!!..Bila mendengar ayat-ayat itu hatinya menjadi kuat..Ya!!!! bukan semua kerjaya sepertinya...Makanan membentuk rohani..Makanan yg halal dan toyiba melahirkan generasi yg berjiwa bersih... Atas rasa tanggungjwab terhadap umat Islam tu lh Uji kuatkan semangat untuk meneruskan kerjaya di bidang makanan walaupun terpaksa menghadapi suasana yg basah,lecah..kotor serta bertemankan bangsa asing sekali pun...

Tapi lihatlah ini Uji, betapa pengorbanan hanya beberapa tahun ini telah dikurniakan oleh Allah sebegini..Betapa Allah sayangnya pada Uji, di kurniakan kemurahan rezeki berpeluang ke negara bumi para Anbia semuanya kerana makanan HALAL!!!!...


Apa-apa pn akak doakan Uji selamat pergi dan selamat balik...Semoga pemergian ke Cairo menjadi pengalaman yg berharga dalam hidup Uji...Insyllah suatu hari nanti akak pasti jejak kesana..Mungkin bukan untuk percutian tetapi menghantar anak meneruskan pengajian...Insyallah...Amin...


No comments:

Post a Comment

Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...