Salam semua...
Perasan tak kadang-kadang ank kita yg masih baru tahu menulis, menulis huruf dgn terbalik terutama unutk huruf "b" atau pun nombor "6".
Jangan PANIK!!! Bukan semua sindrom tulisan terbalik ini adalah DISLEKSIA. Boleh jadi beberapa faktor lain spt berikut :-
Senario murid menulis terbalik ini bukanlah kerana masalah yang terlalu serius pun.
Perkara berikut mungkin boleh dijadikan panduan :
- murid keliru dengan bentuk tulisan yang seakan-akan sama.
- murid memegang pensel dengan cara yang salah.
- murid hadapai masalah hendak menyalin tulisan dari papan hitam ke dalam buku latihan kerana tulisan di papan hitan ‘menegak’ manakala buku murid dalam keadaan ‘rebah’
- murid hadapi masalah pengamatan penglihatan.
- murid keliru apabila melihat terlalu banyak tulisan dan huruf yang hendak ditulis semula ke dalam buku latihan.
Cara Mengatasi :
- Bagi murid pemulihan, guru tidak perlu menulis terlalu banyak ayat di papan hitam.
- Minta murid menulis satu demi satu dan bukan menyalin pantas semata-mata hendak siap cepat.
- Betulkan cara murid memegang pensel.
- Minta murid baca semula apa yang ditulis.
- Minta murid bandingkan apa yang guru tulis dengan hasil kerja mereka sama ada sama atau ada yang silap.
- Jangan biarkan murid leka bermain atau bergurau semasa membuat latihan kerana dikhuatiri murid akan menyalin ayat yang sudah di salin atau tertinggal abjad atau perkataan dalam ayat yang disalin.
source dari Cikgu Haidi.
Benda ni terjadi pada Nabihah...Mula-mula mmg agak cam risau gak..BUT bila baca ciri-ciri dlm disleksia tu takde plak ade pada diri dia..Tapi masih tak puas hati lagi, tanya pada cikgu Tadika nyer..CIkgu nye kata she is ok..Nothing to worry...Huk huk huk...Memanglah kn..Kita as parent mesti la monitor, apa-apa biar tahu dr awal sebelum parah menjadi barah...ehehheeh
So far, kdg-kdg je lh ada tulisan terbalik ni..Kadang-kadang ok plak..So maby kata Cikgu Haidi tu betul, sebab faktor persekitaran kanak-kanak tersebut...
tisya pn kdg2 tulis terblk jugak..slalunye no 7 & 9
ReplyDelete