Iklaneka

Wednesday, December 24, 2014

Jaga Anak-anak Kami...Ya Allah


Bantu kami dalam mengatur dengan baik apa saja
yang kami tinggalkan di kampung halaman...

Jaga anak-anak kami yangkami tinggalkan....
Ya Allah

Anugerahkan kami insan-insan yang kami sayangi kesabaran & ketenangan
dalam menghadapi saat ini.

Hiburkan dan pelihara zahir batin insan-insan yang kami sayangi ini
sepanjang ketiadaan kami disisi mereka.

Kami yakin bahawa Engkau akan  menjaga mereka
Ya Allah..




Kembara ini,Demi Cinta KepadaMu Ya Rahman..Demi Sayang KepadaMu Ya Rahim

Assalamualaikum...

Sesungguhnya kembara ini adalah semata kerana cinta kami kepadaMu Ya Rahman..demi sayang kami kepadaMu Ya Rahim..

Kau hujamkan dalam hati kami kerinduan untuk dijemput sebagai tetamuMu di Tanah Suci.




"Saya fini (mama nabihah,wafiq&fattah)& suami abdul kahar insyaAllah akan berangkat ke Tanah Suci pd petang rabu 24 Dec14. Justeru itu saya ingin memohon maaf jika selama ini ada terkasar bahasa, terlanjur kata atau perilaku saya hingga menyinggung anda semua. Doakan saya semoga segalanya berlancar di sana nanti mendpt umrah yg mabrur dan selamat pergi & balik...Doakan anak2 yg kami tinggalkn sihat walafiat.Sekian 😘😘😘😘"




Wednesday, December 17, 2014

Abdul Wafiq sudah 5 tahun...

Salam semua

Hari ini bertarikh 17/12/2014 melangkah lagi umur Abdul Wafiq ke 5 tahun...

Tiada apa yang mampu mama dan abah lafazkan selain tanda kesyukuran memiliki mu wahai anak. Anugerah terindah dalam hidup memiliki rezeki dari Allah..
Mama dan Abah sayang abang Wafiq kerana Allah Taala..

Tiada sambutan mahupun hadiah yang istimewa buat kamu tahun ini wahai anak tetapi percayalah itu bukan ukuran kasih sayang kami pada kamu..


Abah, Mama, Kakak dan Adik sayang Abang Wafiq 

Tuesday, December 16, 2014

Mencuba resepi dari FB lagi ~ Bukan Roti Daging (Crabstik+Sosej Ayam)

Salam semua..

Buat kali ke-2 mencuba lagi resepi yang dikongsi di FB. Inilah sudut positif yang kita dapat dari social network ni kan.ehehe..

Aku bukan lah jenis suka masak. Masak sebab keperluan hidup berumah tangga dan amanah. Alhamdulilah 9 tahun kahwin ni memang masaklah tapi yang standard je..Oleh sebab ade nya fb ni jd teruja plak nak mencuba menu-menu yang simple. Kalau sebelum ni aku penah try cucur kentang. Tapi kali ni aku telah try buat Roti daging tapi yang filling nye bukan daging. Ini adalah kerana anak-anak tak berapa gemar dengan daging maka aku dah tukar kepada crabstik dan sosej yang di slice kan halus-halus...



Maka seperti diatas ni lah hasilnya..Guna keju cheddar je sebab tu je yang ade..Gigih la parut kn..Haa..nak mudah lagi guna je sos spagetti so tak yah susah payah nak tumis bagai..hihhhi

Sunday, December 14, 2014

Majlis Perkahwinan Faizal & Amy ~ 7/12/2014

Salam semua...

Jika minggu lepas..waktu ini sesungguhnya di rumah kedua orang tua ku di kampung pastinya sibuk..kecoh..meriah kerana hari itu merupakan hari yang bersejarah buat adik ku yang merupakan anak ke-9 dalam adik-beradik melangsungkan perkahwinan.

Tiada apa yang dapat digambarkan selain syukur pada Ilahi..majlis berjalan dengan lancar serta meriah. Moga kebahagiaan milik kamu berdua wahai adikku.







Oleh sebab kenduri ini di uruskan oleh kami adik-beradik secara kerjasama, maka di hari majlis kenduri di rumah kami tidak banyak gambar yang dapat kami potretkan kerana masing-masing terlalu sibuk.

Apa-apa pun majlis ini merupakan memori indah kami adik-beradik seramai 10 orang. Doa dan harapan moga kedua ibu bapa ku dipanjangkan usia dan sihat.

Psstt.sori..gambar penganti tiada dlm koleksi..uwawawa..tak dan nak snap..kuikui




Tuesday, December 9, 2014

Untuk kali ke-2

Salam semua....

Untuk kali ke-2 aku diberi peluang untuk rehat selama sebulan..Yang istimewanya ia dibulan Disember..

Jika dahulu tahun 2012, aku mengambil keputusan nekad berhenti kerja tanpa ada kerja yang menunggu di hadapan..Tetapi kuasa Allah itu maha besar..beri peluang aku rehat sebulan di rumah, bulan januari 2013 aku sudah berjodoh dengan kerja baru :)

Untuk 2014, aku masih diberi peluang untuk cuti tanpa gaji sebulan semuanya kerana si Abdul Fattah..Ya..kerana fattah aku nekad membuat keputusan ini. Syukur..pihak majikan sangat memahami situasi aku ketika ini..

Sesungguhnya perancangan Allah itu maha hebat..Dalam setiap sujud ku mengharapkan di permudahkan segala urusan..Nahh..ini yang terbaik Allah beri pada ku..Benar kata orang menjadi surirumah itu yang terbaik tapi buat diri ku masih belum lagi. Mungkin Allah masih mahu aku berkhidmat pada yang memerlukan terutama para doctor dan jururawat..Kerja itu bukan kah juga ibadah..Maka Allah mahu aku lebih lagi ibadah dan habblumminannas..iaitu menjaga hubungan sesama insan kan..

Pasti ku gunakan peluang ini menikmati sepenuh hari bersama anak-anak..Alhamdulillah.





Wednesday, December 3, 2014

Throwback ~ 3 Disember 2005



Jika 9 tahun dulu tarikh ini lah aku dan Pak Kahar di sandingkan. Salah satu hari bersejarah dalam hidup kami. 



Kenangan indah dalam hidup..Di sandingkan pada tarikh ini.. Terima kasih yang tak terhingga pada sahabat ku Rosli +cstproduction atas koleksi gambar yang indah belaka :)



Kem Thiflun ~ Cinta Allah, Cinta Rasul @Masjid Negeri Shah Alam - 22/11/2014

Salam Semua...


Nabihah & Wafiq telah mengikuti kem Thilafun yang dianjurkan oleh Darul Muhibbin & Nur Caliph Montessori di Masjid Negeri Shah Alam.. Kem separuh hari sahaja. Bermula dari jam 8.00am - 2.30pm..

Aktiviti yang sangat berbaloi bagi anak-anak..Memang keriangan mereka sewaktu ambil di masjid. Nak menangis rasanya bila Wafiq berkata "abang suka lah mama.Abang nak datang lagi.." Oh..pihak-pihak diluar sana, sila buat lagi kem seperti ini..Sesungguhnya saya mahu hantar anak lagi..

Terima kasih pada pihak Darul Muhibbin dan Nur Caliph. Matlamat anda berjaya..Misi sempurna. Anak-anak saya menyukai nya..Harap akan ada lagi :)







Tuesday, November 25, 2014

Hari Kesenian & Anugerah Cemerlang, Tadika Delima Ilmu ~ 23 Nov 2014

Salam semua..

Majlis yang telah berlangsung pada hari ahad yang lepas.. Posting yang tak kan aku skip demi memori di masa hadapan..Memori indah perkembangan anak-anak..Betapa pantas masa berlalu..Anak-anak meniti hari menempuh perubahan alam..huhuhu..Tetiba rasa syahdu la pulak..

Jika tahun lepas ada kakak yang berumur 6y dan Wafiq ketika itu 4y..Tahun ini wafiq sudah pun memasuki fasa 5y..Tak dapat sangat nak menikmati persembahan Wafiq memandangkan Fattah yang agak lasak..Pak Kahar hadir agak lambat memandangkan tapak gerai perlu dijaga..Hanya dapat melihat persembahan terakhir wafiq..Dia tercari-cari kelibat abahnya ketika di pentas..Bila nampak je abahnya mula la tergedik happy..hihihihi












Monday, November 24, 2014

Apakah itu Bronchopneumonia?

Salam semua...

Sepatutnya posting ini dibuat minggu lepas. Tapi memandangkan aku bercuti 3 hari menjaga Fattah di ward, maka bila masuk office je ada banyak note yang dah menunggu..Maka di delay lah arini...

Fattah di masukkan ward di DEMC pada hari Ahad 16/11/2014 sejurus selepas hari sukan kakak (sorry kakak, nanti mama buat entry untuk ni yek). Discharge pada hari Rabu, 19/11/2014.. Wahh..anak-anak mak kalau tak warded tak dah yek..Setiap anak memang merasa lah percutian 5 bintang di hospital..huuhuuh..

Redha..itu yang mampu aku katakan..Dugaan yang aku terima dalam membesarkan anak-anak amanah Allah ini...Fattah di masukkan ward due to BRONCHOPNEUMONIA. Dengan kata lain jangkitan pada paru-paru...Benda ni semakin common bagi aku rasa kena dikalangan kanak-kanak.

Day 1. Serius memang lesu yang amat.

Jangkitan kuman di paru-paru

SISTEM pernafasan manusia terbahagi kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian bawah terletak di dalam dada dan terdiri daripada saluran pernafasan dan pundi-pundi udara (air sacs). Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia).
Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah jangkitan kuman yang biasa di kalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua. Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selsema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan. Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa.
Tanda-tanda dan gejala
Ini bergantung kepada sebab, umur dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan seseorang kanak-kanak itu. Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami :
- Demam panas
- Batuk dengan atau tanpa kahak
- Sakit dada
- Tiada selera makan, tidak mahu makan
- Rasa tidak sihat, sering merengek
- Pernafasan laju atau susah bernafas
- Muntah atau cirit-birit

Adakah jangkitan kuman paru-paru ini serius?
Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil.
Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen.
Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital:
- Pernafasan laju
- Sukar untuk bernafas
- Bibir menjadi biru
- Batuk berdarah
- Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing
Apakah rawatan untuk jangkitan di paru-paru?
Jenis rawatan bergantung kepada tahap jangkitan.
Kebanyakannya adalah tidak serius dan disebabkan oleh virus, oleh itu sistem pertahanan badan memainkan peranan utama untuk melawan penyakit ini. Apabila jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor.
Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil.
Anda Boleh mencuba rawatan ini di rumah:
- Paracetamol
- Rehat yang secukupnya
- Minum air yang banyak
- Sekiranya jangkitan menjadi lebih serius ubat akan diberikan melalui suntikan.
- Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.
Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan kuman ini?

- Mengekalkan amalan cara hidup sihat. Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik. Teruskan penyusuan susu ibu.
- Mengambil imunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru. Contohnya:
* Vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles) - wajib untuk semua kanak-kanak di bawah Program Immunisasi Kanak-Kanak Negara.
* Vaksin influenza (untuk kanak-kanak tertentu yang berisiko tinggi contohnya masalah pernafasan yang kronik, penyakit jantung dan masalah kurang pertahanan badan)
* Vaksin pneumococcal (juga untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi contohnya kanak-kanak yang tiada limpa, sakit buah pinggang yang kronik dan kanak-kanak yang menerima rawatan yang melemahkan sistem pertahanan badan).
----------------------------------------------------------------------------------------------
Day 2 : Muka masih kurang ceria

Day 3: Day boleh bermain :)

Memang kami ada mengambil vaksin pneumococcal untuk kesemua anak..Tapi si fattah ni ada berhutang 1 lagi dos. Sepatutnya semasa 13 bulan aritu dia kena pergi tapi abahnya terlupa ambil GL untuk ke KJMC..Tapi yer lah dah nak kena kan, tidak ku salahkan lah sebab delay ambil vaksin tuh..dah nak kena, dugaan untuk kami..Cuma pesanan untuk kalian jangan di delay benda-benda gini..

Friday, November 21, 2014

Bento of the day ~ #11 - Penamat untuk sessi 2014

Salam semua..

Sempena hari sekolah terakhir untuk sessi 2014, maka gagah kan la juga ter klik klik depan makanan untuk rekod yang boleh di simpan dalam memori ingatan..Bermula dari Bento of the day #1 sehinggalah ke #11. Walau pun hari-hari ada buat bekalan unutk Nabihah & Wafiq dan kadang-kadang Pak Kahar juga tapi tak mampu nak ter klik-klik depan makanan kan..ehhehe

Roti telur je pon..demi cinta kasih mama pada kamu wahai Nabihah


Hari Terakhir untuk Sessi Persekolahan 2014


Salam Jumaat

Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan bagi sessi 2014. Terasa baru je lagi membuat posting Hari Pertama Persekolahan 2014. Hari ni dah buat posting untuk hari terakhir plak kan...

Masih ingat di fikiran memulakan rutian harian seawal 4.30am membuat bekalan, melayan ragam dan kerenah Nabihah yang saban hari menguji kesabaran... Tapi kini semua itu terasa kemanisannya... Baiklah kakak, mama berehat sebulan tugas menghantar ambil kakak ke sekolah..Paling utama berehat untuk koleksi "bento of the day"..ihiksss...




Ceria di pagar sekolah..ecehhhh



Friday, November 14, 2014

Upin Ipin dan berkawan dengan Ultraman Ribut :)

Salam semua...

Kalau lah diberi tahu pasal hal ultraman ada dalam upin ipin, mau terjun tiruk lah si abdul wafiq ni kan...ahaksss...



Dalam episod kali ini, siri animasi Upin dan Ipin menampilkan watak istimewa iaitu ultraman yang dikenali sebagai Ultraman Ribut. Upin, Ipin dan kawan-kawan berperanan sebagai ahli Defense Rescue Force yang membantu Ultraman Ribut menetang Raksasa Kilat dan Raksasa Halilintar daripada terus mengganas dan memusnahkan Bumi. Kedatangan raksasa tersebut ke bumi disebabkan oleh pencemaran yang berlaku di kota dan di desa. Di akhir cerita ini, Upin, Ipin dan kawan-kawan serta Ultraman Ribut berjaya mengalahkan raksasa tersebut. Upin dan Ipin juga sedar yang mereka perlu sentiasa menjaga bumi supaya tidak dicemari.

 Source from : http://upindanipin.com.my/blog/episod-baru-upin-ipin-dan-ultraman-ribut/

Oleh sebab episode ni bermula pada hari ini..of coz la tak dapat tengok kan sebab dia masih di taska..Tapi esok or ahad maby boleh kot..Kalau tak boleh download je lah kan..ahaksss...


Ni salah sekor koleksi otomen nyer..Tapi rasa dah "selamat" kot..Maby patah kaki tak pon tangan...kihkih


 

Monday, November 10, 2014

FREE SEAT datang lagi..lagi..lagi dan lagi....




http://www.airasia.com/my/en/promotion/rr3460601.page?icid=iad790hpmba

Isk..isk...sengaja je Pak Tony nih tau..dia datang lagi dahh...untuk promo kali ni memang tak pejam mata lah memandangkan waktu tu memang kena..Ahakss..semenjak anak dah bersekolah ni memang tak ada dah konsep suka suki redah booking, apa-apa kena tengok jadual persekolahan..Mujurlah calender persekolahan 2015 dah ade..so senang lah sikit sebagai rujukan..Banyak destinasi yang di timbang tara belum lagi di pangkah oleh Pak Kahar..Tapi syukur berjaya lah juga...ehhehe


Sessi memujuk tengahari semalam..Apak dah bagi green light..Apa lagi sebattt



Yahuuu..misi berjaya..Kemana?? Tu kena tunggulah tahun depan kan..Mampu pergi yang pastinya..


So tahun depan dah ade tiket menunggu..Kita peram je kan, as usual..panjang umur kita berjodoh untuk tahun depan :)

EVERY BODY CAN FLY MAAAAA

Thursday, November 6, 2014

Itu ini begitu begini, 9 tahun di alam perkahwinan..

Salam Semua


Hari ini bertarikh 6/11/2014 genap 9 tahun melalui alam perkahwinan bersama Pak Kahar..Tiada apa yang dapat digambarkan selain rasa bersyukur..Err..syukur Alhamdulilah je mampu cakap kan...Tak kan nak cakap sayang cinta bla bla..sebab sedia maklum memang sayang le kan..suami tu..hhehhe..


credit gambar to +CST PRODUCTION ..jasa mu dikenang.. 9 tahun berlalu masih tetap anggun..kihkih

Kita berdua jauh berbeza
Langit dan bumi tapi serasi
Ku cintaimu kau cintaiku
Itu saja yang perlu kau ku tahu
Kuharap bicara cinta
Kau cerita tentang bola
Ku ingin bersiar-siar
Dikau baca surat khabar



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...