Iklaneka

Tuesday, December 9, 2014

Untuk kali ke-2

Salam semua....

Untuk kali ke-2 aku diberi peluang untuk rehat selama sebulan..Yang istimewanya ia dibulan Disember..

Jika dahulu tahun 2012, aku mengambil keputusan nekad berhenti kerja tanpa ada kerja yang menunggu di hadapan..Tetapi kuasa Allah itu maha besar..beri peluang aku rehat sebulan di rumah, bulan januari 2013 aku sudah berjodoh dengan kerja baru :)

Untuk 2014, aku masih diberi peluang untuk cuti tanpa gaji sebulan semuanya kerana si Abdul Fattah..Ya..kerana fattah aku nekad membuat keputusan ini. Syukur..pihak majikan sangat memahami situasi aku ketika ini..

Sesungguhnya perancangan Allah itu maha hebat..Dalam setiap sujud ku mengharapkan di permudahkan segala urusan..Nahh..ini yang terbaik Allah beri pada ku..Benar kata orang menjadi surirumah itu yang terbaik tapi buat diri ku masih belum lagi. Mungkin Allah masih mahu aku berkhidmat pada yang memerlukan terutama para doctor dan jururawat..Kerja itu bukan kah juga ibadah..Maka Allah mahu aku lebih lagi ibadah dan habblumminannas..iaitu menjaga hubungan sesama insan kan..

Pasti ku gunakan peluang ini menikmati sepenuh hari bersama anak-anak..Alhamdulillah.





No comments:

Post a Comment

Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...