Iklaneka

Friday, February 28, 2014

Kempen Jom Ganyang Aedes : Kami ber "khemah" dalam rumah. Anda bagaimana???

Salam semua...

Hari terakhir di bulan Februari 2014 iaitu 28hb. Yang pasti hari bertarikh hari ini kita jumpa sekali je kan dalam hidup....

Ok..2 3 hari lepas ada kempen JOM GANYANG AEDES di ruang legar hospital nih. Tapi kalau ikutkan kempem perangin aedes ni memang tiap masa je ada di hospital nih, cuma sekarang kena cergas lagi memandangkan cuaca Malaysia ni sekarang lain macam, maka kes denggi meningkat dengan mendadak. Sana sini hospital penuh dengan kes demam denggi nih.

Memang terasa banyak sangat nyamuk lately nih..Sudah lebih 5 tahun tinggal di rumah Mutiara Subang nih, ini lah pertama kali aku melihat nyamuk sebanyak ini. Terbang merata-rata. Macam dah imun dengan penyembur racun mahupun ubat nyamuk. Ada suatu hari tu bersembang dengan jiran, dia pun merungut benda yang sama.. Ini tidak boleh jadi!!!

Maka, kami suami isteri ambil inisiatif belilah kelambu..Ahaks..Ada macam peghak plak anak-anak sebab tidur berkelambu. Kalau balik kampung biasa berkelambu sebab nyamuk kampungkan..Tapi di rumah subang ni langsung tak pernah berkelambu. Wafiq tak panggil kelambu, dia panggil KHEMAH!!!!.So, sekarang ni bila malam je, tanya bila nak pasang khemah mama..ehehehe

Ni "khemah" untuk Nabihah


Memang panas!!! Tapi apa susah..bawak aje table fan tu masuk dalam kelambu kan..ahahah..Musim panas gini aircond pun cam jadi sendu....Tambah lagi berkelambu...

Apa-apa pun sempena hari Jumaat yang mulia ini..Jom kita doa banyak-banyak agar diturunkan hujan rahmat dari Allah...Aminnnn


Tuesday, February 25, 2014

Bento of the day : #6 & #7


Salam semua...

Bento minggu lepas...Semakin hari macam makin kurang plak aura..Fuhhh..semangat..semangat..Di mana kau....usah kau pergi..Go Go Chaiyuk!!! Ajaja fighting...





Sunday, February 23, 2014

YES! #AirAsia FREE Seats are back!!~~yabedabedu..kepak pak tony kembali..:p

Salam semua...


Kepada geng pemburu tiket murah..Nah..ini dia yang di tunggu..Never give up never surrender hokeh.
Yang pasti mak dah dapat yang kt bawah nih...ahaksss


Jadi ler..Local sajok...Tu je mampu..Tahap marhaen pprt je jalan naik AA nih yang setahun menunggu..Stok diva takde melayan gini....Esok nak fly arini baru book tix ye dak..kehkehkeh

Hader mak kesah??janji mak dapat jalan...

Tuesday, February 18, 2014

5,000 tempat duduk PERCUMA!!!


Salam Semua....

Ada ke yang nak booking??? Sila lah ke http://www.malindoair.com/en
Huhuhu..sebak mak ni nakk oiii....Hanya mampu memandang...Bila la nak bertalak ngn Pak Tony nih..nak gak merasa kepak lain kan...TAPI yang KOSONG=FREE!!!



_________________________________________________________________________________


KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan hibrid, Malindo Air menawarkan 50,000 tempat duduk percuma ke semua destinasinya.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Malindo Air berkata menerusi tawaran tersebut, pelanggan hanya perlu membayar cukai lapangan terbang dan fi bermula daripada RM39.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Chandran Rama Muthy berkata syarikat itu berbesar hati memberikan kemudahan perjalanan kepada orang ramai dan menambah penyambungan bagi menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2014.
Malindo Air berkata tiket boleh ditempah mulai hari ini sehingga 23 Feb 2014 bagi tempoh perjalanan bermula sekarang hingga 27 Mei 2014.
Katanya tawaran istimewa ini tidak sah semasa cuti sekolah dan cuti am. – BERNAMA
_____________________________________________________________________________



Saturday, February 15, 2014

TupperwareMania~~Leaflet "Bring Home Abundance" 27 Jan - 15 Feb 2014


~~STICKY POST FROM 27 Jan - 15 Feb 2014~~

Dear Tuppy Crazy,

Let's shop here... Feel free to contact me at 012 2618636 for discount. Or use my ID : 664337 to enjoy more less if you wanna direct nearest stockist.








Wednesday, February 12, 2014

Bento of the day : #4 & #5

Salam semua...


Ini bento minggu lepas..Hari apa tak ingat dah..Yang pasti setiap hari buat cuma ingat or tidak je untuk snap gambar...ehehhee


Hak milik bento bermula dari kiri : Wafiq, Nabihah, Pak Kahar

Hak milik bento bermula dari kiri : Wafiq, Nabihah, Pak Kahar






Wednesday, February 5, 2014

Sessi persekolahan 2014: Sebulan sudah berlalu...

Salam semua...


Bulan Februari bermakna sebulan sudah sessi persekolahan berlalu..Maka sudah sebulan lah Nabihah berdarjah satu....walalalerrr...

Ahaks..mak excited lebeyyy...Bulan ini juga bermulalah sessi persekolahan Nabihah bermula dari 7.30am sehingga 5.00pm untuk hari Isnin, Selasa & Khamis..Hari Rabu balik macam biasa 3.30pm & Jumaat 12.00pm.. Untuk 3 hari tersebut dia perlu mengikuti kelas Iqra', Hafazan dan Fardhu Ain...Lega rasanya sebab tak perlu pikir untuk dia kelas mengaji itu ini..Sampai rumah boleh rehat dan buat homework sahaja jika ada...Cuma Wafiq sorang je perlu di hantar mengaji..Bukan tak boleh mengaji dirumah tapi perlu guru untuk mendidik anak..Sultan Murad yang bijak bistari tu pun mencari tok guru untuk mendidik Sultan Muhammad Fateh kan..Ini kan pula kita yang hati tidak cukup kental...

Dengan ini setiap hari Isnin,Selasa & Khamis maka bergegas lah mak dari Hospital Serdang menuju ke Seksyen 19, Shah Alam menjemput Nabihah kemudian ke Mutiara Subang, Seksyen U5. Stop dahulu di Tadika Delima Ilmu mengambil wafiq & Fattah. Alahmdulillah..Allah itu Maha pengatur & Maha bijaksana..Segala rutin harian memang sudah disusun oleh Nya dengan teratur sekali..Masih mampu tiba dirumah lebih kurang jam 6.30pm dan menikmati makan malam bersama & berjemaah solat Maghrib..Syukur..syukur...

Gambar ini di ambil pada hari Isnin (3/2/2014) jam 6.58am..Waktu biasa kami tiba ke sekolah..Gelap lagi masa nih....Tapi kakak tetap ceria..Dia dah boleh terima..inilah rutin harian kehidupan nya...


Memang dulu rasa agak risau dengan kedatangan tahun 2014 ini tapi bila kita berserah segalanya pada Allah..memang ada jalan..Jadi memang tepatlah pilihan kami menyekolahkan Nabihah di SRAI itu...Setiap hari mak bermohon dan bermunajat pada Allah diberi kekuatan,kesihatan & ketabahan memikul tanggungjawap ini..Mak niatkan semua ini kerana Allah dan ibadah kepada Allah...

Sekian...


Monday, February 3, 2014

BAJET 2014: Bantuan Persekolahan RM100

Salam....


Bulan February sudahh...So tiadalagi tahun baru...Sebab tahun baru 2014 sudah sebulan berlalu...huhuhuhu...

Khamis yang lepas (31/1/2014) adalah hari untuk mengambil bantuan RM100..Ahaksss...Baru merasa tahun ni,maklumlah ada anak darjah 1..Orang lain duit dah tak nampak bangkai kan..Mak baru nak dapat..Biasalah pemberian mesti le berperingkat, tambahan lagi Nabihah sekolah berstatus swasta so agak lambat la sikit..But no issue..Apa pun syukur..Terima kasih kerajaan!!!!




Terima kasih kerajaan Malaysia!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...