Hari terakhir di bulan Februari 2014 iaitu 28hb. Yang pasti hari bertarikh hari ini kita jumpa sekali je kan dalam hidup....
Ok..2 3 hari lepas ada kempen JOM GANYANG AEDES di ruang legar hospital nih. Tapi kalau ikutkan kempem perangin aedes ni memang tiap masa je ada di hospital nih, cuma sekarang kena cergas lagi memandangkan cuaca Malaysia ni sekarang lain macam, maka kes denggi meningkat dengan mendadak. Sana sini hospital penuh dengan kes demam denggi nih.
Memang terasa banyak sangat nyamuk lately nih..Sudah lebih 5 tahun tinggal di rumah Mutiara Subang nih, ini lah pertama kali aku melihat nyamuk sebanyak ini. Terbang merata-rata. Macam dah imun dengan penyembur racun mahupun ubat nyamuk. Ada suatu hari tu bersembang dengan jiran, dia pun merungut benda yang sama.. Ini tidak boleh jadi!!!
Maka, kami suami isteri ambil inisiatif belilah kelambu..Ahaks..Ada macam peghak plak anak-anak sebab tidur berkelambu. Kalau balik kampung biasa berkelambu sebab nyamuk kampungkan..Tapi di rumah subang ni langsung tak pernah berkelambu. Wafiq tak panggil kelambu, dia panggil KHEMAH!!!!.So, sekarang ni bila malam je, tanya bila nak pasang khemah mama..ehehehe
Ni "khemah" untuk Nabihah |
Memang panas!!! Tapi apa susah..bawak aje table fan tu masuk dalam kelambu kan..ahahah..Musim panas gini aircond pun cam jadi sendu....Tambah lagi berkelambu...
Apa-apa pun sempena hari Jumaat yang mulia ini..Jom kita doa banyak-banyak agar diturunkan hujan rahmat dari Allah...Aminnnn
No comments:
Post a Comment
Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)