Iklaneka

Wednesday, August 13, 2014

Biar penat sedikit di Dunia..berehat di Akhirat...


Salam semua...

Melihat gambar di bawah ini memang hati ini kadang sayu sendiri..Beginilah rupa Nabihah setiap hari..Seawal 6 pagi dia sudah persiapkan diri untuk pergi ke sekolah..Tempoh sekolah yang panjang buat dirinya tanpa ada rehat membaringkan diri..Tapi ingatlah wahai anak..Dunia memang untuk kita berpenat dan lelah supaya akhirat nanti kita boleh berehat...



Beginilah rutin harian diriku bersama Pak Kahar..Seawal pagi telah bangun iaitu kira-kira jam 4.30am untuk memulakan tugas seharian...Memulakan diri dengan tunduk dan memohon pada Ilahi agar permulaan hari kami di berkati..Barulah aku memulakan kerja-kerja si dapur untuk menyiapkan "bento" buat Nabihah dan juga Wafiq.. Syukur...Masih mampu menyediakan sarapan tanpa gagal bermula aku melangkah kaki menjadi seorang isteri sehingga kini (errr...dalam pantang tak buat le yek..hihihi)..Anak-anak juga seperti sudah mengerti bahawa setiap pagi perut mereka mesti di isi dengan makanan dari air tangan mama sendiri...Maka ku gagahi juga diri ini untuk mempersiapkan semua ini...Penat??? Secara fizikal nye memang memenatkan tapi secara emosi hati ini sangat gembira dan berpuas hati...

Tempoh sekolah yang panjang..baju sekolah pun legammm...huhuhuhu



1 comment:

  1. air tangan ibu tu yang terbaik kan...selamat hari raya fini

    ReplyDelete

Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...