Iklaneka

Wednesday, October 29, 2014

Wordless Wednesday ~ Serious Hot!!



Dapat email dari FF nih yang bertajuk >> Only RM29. WE'RE SERIOUS!

Pehhh..memang agak hot mak kejap sebab tahan je nih tak bleh nak booking memandangkan ada pengembaraan besar di bulan 12..Pulus nan hado lebihan...untuk pre book yang lain..Pak Kahar warninggg...tahap tepuk dahi dah dia tuh..kikihkih
Mak??? tutup mulut je lah..huuhuhu

Monday, October 27, 2014

Bukan 1, bukan 2 tapi 10 CPUV sedang "running"

Salam semua...

Teringat nak cek Nuffnang arini bila terbaca blog mamatisya yang dia mewah iklan lately nih..So bila cek tengok ade SEPULUH!!! CPUV sedang "running" di blog sendu nih.. Ahaksss...blog sendu kedaung ni pon nuffnang nk bagi iklan banyak-banyakkan..Yang ngetop tu apa ntah lagi..Mau sekali cash out beribu lemon dapat!!! Patutlah ade manusia yang boleh jadi fulltime blogger..Betapa dunia maya kini sangat maju sehingga tahap menulis blog cerita ceriti itu ini pun menghasilkan pendapatan :)



Aku kadang tak tau atas term apa nuffnang ni bagi iklan..Maby randomly je kot kan..Caner pengiraan amount tu pun tak tau..Bagi amik sajok..Pernah cash out skali je pon...hihiihih

Tuesday, October 21, 2014

Khidmat Masyarakat ~ Mohon doa dari kalian untuk Baby Muhammad Mikhail Dhani

Salam semua..

Berat mana memandang, berat lagi dugaan yg dipikul oleh sepupu ku Razli Sulaiman. Itu yang dapat ku gambarkan ketika ini.

Baby Mikhail lahir pada 4/9/2014 di Pusat Bersalin Berisiko Rendah, Presint 8. Anak kecil ini adalah anak kepada sepupuku, Razli Sulaiman yang mempunyai masalah jantung berlubang. Telah disahkan oleh pihak IJN. Mempunyai 2 lubang besar bersaiz kira-kira 4mm dan 8-9mm.

Ketika posting ini di buat Baby Mikhail telah pun di letak kan dalam ward NICU, Hospital Putrajaya. Bila-bila masa sahaja akan di rujuk semula ke IJN memandangkan keadaannya tidak begitu stabil. Dia diberi tempoh selama 2 bulan untuk rawatan selanjutnya. Dalam tempoh 2 bulan itu Baby Mikhail perlu mencapai berat badan sekurang-kurangnya 5kg, dan dia hanya akan menjalani rawatan tampalan sahaja. Jika tidak mencapai berat yang dikehendaki, baby ini perlu di bedah. Ya Allah..anak sekecil ini perlu menjalani pembedahan..Tak sanggup mendengarnya apatah lagi menempuhnya..

Oleh itu, saya merayu pada yang membaca posting ini sudilah kiranya memanjatkan doa kepada Baby Mikhail untuk kesihatan. Semoga cepat sembuh. Ayuh, teruskan berdoa moga Allah memberi keajaiban buat Baby Mikhail.









Friday, October 17, 2014

Perlu Sangat Ker Hospital Swasta Sponsor Kos Bersalin Artis?

AMARAN KERAS!!! 

Posting ini tidak ada kaitan dengan rasa benci pada artis mahu pun dengki pada artis. Sila baca dengan minda terbuka dan berlapang dada...SEKIAN

Aku sebenarnya bukan lah nak posting sangat pasal kes perihal artis dalam blog personal aku nih memandangkan aku bukan lah peminat tegar mana-mana artis di Malaysia. Tapi walau aku tak minat dan tak menyokong industri seni tanah air ni tak bermakna aku tak amik tahu perihal dunia seni..

Tapi isu yang agak hot skang ni memang buat aku rasa "gatal" je tangan nak menaip sebab aku sangat sentap. Bukan sentap sebab aku dengki dengan artis yang mendapat tajaan segala mak nenek kerana itu rezeki mereka tapi satu benda yang aku rasa SANGAT tak wajar di beri sponsor adalah kos BERSALIN!!!..

Aku bekerja di sektor kesihatan, melihat sendiri betapa ramainya ibu bersalin di hospital kerajaan nih.. Kadang tuh sampai tak cukup katil. Ada yang kadang terpaksa dibuka pseudo bed untuk beri ruang supaya ibu bersalin dapat jugak katil. SEE!!! betapa kesian nye kan.. Itu belum lagi yang kadang datang hospital sini kena tolak ke hospital lain yang tak penuh...

Boleh you all fikirkan kenapa jadi begitu?? Sebab itu je pilihan yang rakyat bawahan ni ada.. Hanya mampu bersalin di hospital kerajaan. Nak ke swasta??? Nak call bertanya harga pun segan kan?? Yang figure almost ribu raban. Tapi apa nak di kata swasta..Business tetap business ye dak?? Bukan charity. Secara jujurnya aku juga golongan middle class yang pernah bersalin di swasta dari kos anak pertama tahun 2007 (RM5.6K)  meningkat ke RM6.1K pada tahun 2009 dan yang latest baby (2013) nih aku memang tak mampu sudah nak spend more than that ke swasta yang membuatkan aku memilih hospital semi-gov iaitu PPUM yang kos separuh dari fully private. Tapi itu untuk golongan middle class pun berkira-kira untuk ke swasta apa tah lagi yang golongan memang bawahan yang pilihannya memang ke fully gov. Betapa di sini kita lihat tinggi nye kos bersalin itu di hospital swasta.

Jadi aku rasa, kalaulah hospital swasta di Malaysia ni nak sangat buat charity..please lah..ada ramai lagi golongan di luar sana yang sangat..sangat memerlukan..Kalau you all (refer pada semua hospital swasta) nak sangat buat program charity sponsor kos bersalin tolonglah ambil rakyat golongan marhaein nih yang lagi sangat memerlukan..Kalau sebijik hospital swasta ambil 5 ke 6 orang patient setahun sekalipun at  least dah membantu mengurangkan traffic yang tinggi di bilik-bilik bersalin hospital kerajaan nih..Bukan itu aje mintak je pengurangan tax mahu pun zakat dalam bajet tahunan..Itu lagi afdhal membantu golongan yang memerlukan dari golongan artis yang memang ternyata hidup mewah umpama puteri kayangan petik jari semua pun dapat termasuk beli kereta BMW umpama beli sayur kangkung di pasar..

Akhir kata, kepada pihak yang berkemampuan sila lah pandang-pandang dulu golongan mana yang you all patut bagi sponsor. Dalam keadaan ekonomi Malaysia skang nih yang kadang memang buat rakyat pertengahan dan bawahan sesak nafas, bantuan dari yang berkemapuan amat lah di hargai.. SEKIAN


Sorry to Che Ta, kadang-kadang hidup ini perlu kesederhanaan. Kalau tak mau jadi bahan perbincangan sila rahsiakan hal ehwal dapat sponsor ni yek..TQ


Thursday, October 16, 2014

Yang di nanti dah muncul ~ Takwim Persekolahan 2015

Salam Semua...

Akhirnya salah satu yang dinanti kemunculanya sudah tiba iaitu TAKWIM PERSEKOLAH 2015.
Bila anak dah sekolah ni kan takwim ni sangattttt lah penting nyer untuk aku yang suka merayap, mengepak kekdahnya kononnnn kan..ehhehehe




psttt....Errr..tapi macam tak bape nak kena plak predict cuti tahun depan..uwawauwau...acaner nih tiket pak tony..huhuhuhu



Credit to cikgu Hazlin Nazri :)


Wednesday, October 15, 2014

La tahzan innallaha ma'ana''~Jangan bersedih,Allah bersama kita

Salam semua...

Semalam hari yang agak sedih bagi diriku..Mendapat perkhabaran dari mak di kampung bahawa pakcik ku telah pergi selamanya mengadap Ilahi..Pak Ngah kodin yang kami sayangi...Seluruh keluarga terkejut dengan berita ini. Aku seperti tidak percaya. Termanggu seketika tatkala mak menelefon ku jam 5 pagi.

Moga tenanglah wahai pak ngah ku disana..Ku iringi doa buatmu. Tak mampu untuk bercerita panjang kerana hati ini masih belum mampu percaya bahawa kau sudah tiada..Hanya sedikit coretan sebagai ingatan kemudian hari...

Innalillahirojiun...Alfatihah untuk arwah Saharudin Iskandar

Semalam juga mendapat berita dari kawan-kawan ExStesma bahawa salah seorang teman kami telah kehilangan isteri akibat kemalangan jalan raya. Moga Zulfadli Alias tabah menghadapi dugaan ini..Ku sedekahkan AlFatihah utk arwah isteri..






Wednesday, October 8, 2014

IKLAN:Suka Roti Serunding Ayam @Chicken Floss Bun? Boleh Order Kalau Mahu :)

Salam Semua..

Kalau anda pencinta roti, semestinya anda mengenali Chicken Floss Bun ni atau bahasa kampong nye roti serunding je le mak jah oii...Ala..isi ayam di carik-carik tu kan..ahakss..Terok benor plak kan bunyi nye ayam carik-carik gitu..

Well..well...maby sapa yang king of bakers ni mesti ada buat punyalah roti ni kan..TAPI..untuk golongan yang macam ai ni yang ala sendu dan nan hado tapi suka makan roti jawapannya tentulah order sajokkk...

Ini adalah chicken floss bun yang ai order untuk sesaja makan..Di kembar kan bersama dengan roti sarang lebah tu kan..hihihihi


Pada area kawasan jajahan Pinggiran Subang/Kg Melayu Subang/Bukit Subang boleh lah order pada Pn Fazleeza 019-2581901 untuk tempahan..Memang berbaloi...puas makan tau diyakini halal dan suci.

Ada Gangguan Bekalan Air Esok (9/10/2014)~ SILA SEMAK KAWASAN ANDA

Salam semua

Tergerak hati ini nak bukak website SYABAS bila terbaca email di Hospital Serdang ni pasal gangguan bekalan air akibat kerja-kerja pemulihan /pembaikan paip di ward-ward..

Tapi sebenarnya memang ESOK  akan ada gangguan air sebenar di 4 daerah di Selangor iaitu Hulu Langat, Sepang, Petaling & Gombak..

Sila semak di sini http://www.syabas.com.my/press-release/notis-gangguan-bekalan-air-berjadual-di-wilayah-sepang--hulu-langat-petaling-dan-gombak

Sekiranya kawasan anda terlibat. Dah check memang daerah Petaling terbabit tapi kawasan area rumah tak terlibat cuma kawasan kerja je iaitu Hospital Serdang..huhuuhuh


Wilayah Petaling
Bandar Bukit Puchong; Bandar Putra Permai; Bukit Puchong; Bukit Serdang;  Bukit Serdang 5 - 8; Kota Perdana; Lestari Perdana; Meranti Puchong; Lestari Puchong; Perindustrian Bukit Serdang; Pinggiran Putra; Pusat Perdagangan Seri     Kembangan; Saujana Puchong; Serdang; Serdang Lama; Serdang Perdana;   Serdang Raya; Taman Puchong Utama; Sri Andalas; Sri Kembangan; Sri           Serdang; Taman Bukit Serdang; Taman Puncak Jalil; Taman Equine; Keseluruhan Batu 13 dan Batu 14 Puchong; Taman Universiti Indah; UPM;  MARDI; Taman Serdang Utama; Taman Jinma; Taman Dato Demang; Pasar       Borong Selangor; HOSPITAL SERDANG; R&R Serdang Arah Utara dan Selatan; Plaza Tol UPM; Plaza Tol Sungai Besi KL - Seremban; Plaza Tol LDP R&R Air           Hitam Puchong; Plaza Tol LDP Puchong Selatan; Lestari Putra 1 hingga 5; ASTRO Bukit Jalil; Desaminium; Puchong Gateways; Lestari Permai; Prima Tropika; Taman Alam Putra dan Pusat Latihan Standard Charted Sungai Besi - Bukit Jalil.


Moga tak berpanjangan gangunan ini....


 

Tuesday, October 7, 2014

Pes Nasi Arab Mendhi ~ Mudahnya Memasak, Tak Perlu Menumis

Salam Aidiladha semua..

Banyak dapat daging korban??? Wahh..mesti u oll dapat berkilo-kilo kan? Syukur alhamdulilah..Orang memberi kita merasakan..

Pada yang dapat daging korban tu, apa kata tahun ni match kan daging tu dengan Nasi Arab Mendhi. Insyallah sedap u oll..Lagi berselera makan..Yang paling utama sangat mudah di sediakan..Tak perlu menumis, macam masak maggi je u olls..



Pada yang inginkan kelainan dalam menu hidangan, boleh cuba nasi arab nih..No regret to try u oll..Very recommended.


Feel free to contact Kahar 013 2061299 to order ya..

Friday, October 3, 2014

IKLAN : Seni KUFI ~ Keunikan Yang Menyerikan Rumah Anda. (TEMPAHAN DI BUKA)

Salam Semua

Ok..topik pagi ni nak cerita pasal KUFI..Rasa semua pun sedia maklumkan sebab rata-rata orang pun penah tau dan kenal seni khat kufi nih..Tambah di zaman media social ni semua pun pantas..

Kufi ialah bentuk khat skrip bahasa Arab yang tertua yang terdiri daripada skrip tua abjad Nabatean yang diubah suai. Namanya diambil sempena bandar Kufa, Iraq, walaupun skrip ini diguna di Mesopotamia sekurang-kurangnya 100 tahun sebelum pembinaan Kufa. Skrip ini diguna pakai di semenanjung Arab sebelum datangnya Islam. Salinan-salinan terawal al-Quran ditulis dalam skrip ini.


OK.. pada yang tak tau di atas penerangan sedikit pasal kufi.. Tapi yang lebih nak cerita nye, mak pun dah ade le seni kufi ni kat rumah u oll..Ahaksss...Nak gak rumah macam orang lain kan..Ini rumah udah macam tak leh nak beza rumah ke dewan badminton ken..So ai pun tempah le kufi nih...Jeng jeng...


 Tengok lah hasilnya..Ni adik ipar mak yang buat u ollss.. Handmade lagi tau..Actually kufi ni kan customized..So output nye mengikut pilihan pelanggan berdasarkan budget anda.. Oleh sebab mak macam ada rezeki lebih sikit tahun ni, so tempah la ala-ala payah nak membuat nih..Sangat renyah lah jugak...Tak tido malam adik ipar ngerjakan nye (kak ipar byk cengkadak)..Tapi Alhamdulilah puas hati..

Kufi yang telah siap dipasang...Errr..pasang pun dalam pakej nye kawan-kawan...

Pada kawan-kawan yang ingin menempah hasil kerja Kufi ni tak kira la apa bentuk atau pun jenis boleh hubungi Kifli / Fauziana 012 325 8058. Terutama kawasan Kampung Melayau Subang/ Subang Bestari / Denai Alam dan seangkatanya boleh jumpa face to face bincang harga yek :)

Thursday, October 2, 2014

Bento of the day ~ #10

Salam semua...

Lama sangat tak update pasal bento (bekal makanan) si Nabihah & Wafiq..Actually tiap hari pun membento kan diri untuk suami & anak-anak tapi sangatlah tak sempat nak ber "selfood"..Serius malas and nak cepat..Tak kuasa dah nk terklik-klik depan makanan tu kan..Tapi entah mana datang saka rajin, hari isnin aritu boleh plak meng klik-klik kan..hihiih...

Bihun goreng + popia crabcheese!!!..Hahah kelasss...popia pun ade cheese hokeh...


Wednesday, October 1, 2014

Lawatan Tadika/Taska Delima Ilmu @Zoo Negara & Muzium Istana

Salam semua...

Sudah memasuki 1 October pada hari ini. Pada 28/9/2014 ( Ahad), Nabihah & Wafiq mengikuti lawatan anjuran pihak Tadika/Taska Delima Ilmu..Acara tahunan kan.. Kali ke-4 buat Nabihah tapi kali pertama untuk Wafiq. Wafiq memang agak payah nak berpisah..Kalau di ikutkan Nabihah masa umur 4y dah merasa pergi lawatan, tapi Wafiq tahun lepas kami masih rasa was-was nak bagi dia pergi..Tapi ada hikmah disebaliknya sebab kebetulan pada hari lawatan dia pun demam pada tahun lepas..hihihi

Tahun ni merasalah dia pergi, kakak pun ada dah besar boleh jaga tengok-tengok kan dia..Kalau ikutkan Nabihah dah darjah 1 masih join lagi aktiviti tadiak/taska memandangkan dia transit disitu bila cuti sekolah...

Alhamdulilah..berjalan lancar semua..Terima kasih pihak sekolah...Tahun ke-4 anak-anak disitu, sudah banyak tempat anak-anak lawati yang kami belum tentu nak bawak..Ahaksss..dasar mak pak pemalas nak bawak anak jenjalankan..ehehhee..















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...