AMARAN KERAS!!!
Posting ini tidak ada kaitan dengan rasa benci pada artis mahu pun dengki pada artis. Sila baca dengan minda terbuka dan berlapang dada...SEKIAN
Aku sebenarnya bukan lah nak posting sangat pasal kes perihal artis dalam blog personal aku nih memandangkan aku bukan lah peminat tegar mana-mana artis di Malaysia. Tapi walau aku tak minat dan tak menyokong industri seni tanah air ni tak bermakna aku tak amik tahu perihal dunia seni..
Tapi isu yang agak hot skang ni memang buat aku rasa "gatal" je tangan nak menaip sebab aku sangat sentap. Bukan sentap sebab aku dengki dengan artis yang mendapat tajaan segala mak nenek kerana itu rezeki mereka tapi satu benda yang aku rasa SANGAT tak wajar di beri sponsor adalah kos BERSALIN!!!..
Aku bekerja di sektor kesihatan, melihat sendiri betapa ramainya ibu bersalin di hospital kerajaan nih.. Kadang tuh sampai tak cukup katil. Ada yang kadang terpaksa dibuka pseudo bed untuk beri ruang supaya ibu bersalin dapat jugak katil. SEE!!! betapa kesian nye kan.. Itu belum lagi yang kadang datang hospital sini kena tolak ke hospital lain yang tak penuh...
Boleh you all fikirkan kenapa jadi begitu?? Sebab itu je pilihan yang rakyat bawahan ni ada.. Hanya mampu bersalin di hospital kerajaan. Nak ke swasta??? Nak call bertanya harga pun segan kan?? Yang figure almost ribu raban. Tapi apa nak di kata swasta..Business tetap business ye dak?? Bukan charity. Secara jujurnya aku juga golongan middle class yang pernah bersalin di swasta dari kos anak pertama tahun 2007 (RM5.6K) meningkat ke RM6.1K pada tahun 2009 dan yang latest baby (2013) nih aku memang tak mampu sudah nak spend more than that ke swasta yang membuatkan aku memilih hospital semi-gov iaitu PPUM yang kos separuh dari fully private. Tapi itu untuk golongan middle class pun berkira-kira untuk ke swasta apa tah lagi yang golongan memang bawahan yang pilihannya memang ke fully gov. Betapa di sini kita lihat tinggi nye kos bersalin itu di hospital swasta.
Jadi aku rasa, kalaulah hospital swasta di Malaysia ni nak sangat buat charity..please lah..ada ramai lagi golongan di luar sana yang sangat..sangat memerlukan..Kalau you all (refer pada semua hospital swasta) nak sangat buat program charity sponsor kos bersalin tolonglah ambil rakyat golongan marhaein nih yang lagi sangat memerlukan..Kalau sebijik hospital swasta ambil 5 ke 6 orang patient setahun sekalipun at least dah membantu mengurangkan traffic yang tinggi di bilik-bilik bersalin hospital kerajaan nih..Bukan itu aje mintak je pengurangan tax mahu pun zakat dalam bajet tahunan..Itu lagi afdhal membantu golongan yang memerlukan dari golongan artis yang memang ternyata hidup mewah umpama puteri kayangan petik jari semua pun dapat termasuk beli kereta BMW umpama beli sayur kangkung di pasar..
Akhir kata, kepada pihak yang berkemampuan sila lah pandang-pandang dulu golongan mana yang you all patut bagi sponsor. Dalam keadaan ekonomi Malaysia skang nih yang kadang memang buat rakyat pertengahan dan bawahan sesak nafas, bantuan dari yang berkemapuan amat lah di hargai.. SEKIAN
Sorry to Che Ta, kadang-kadang hidup ini perlu kesederhanaan. Kalau tak mau jadi bahan perbincangan sila rahsiakan hal ehwal dapat sponsor ni yek..TQ
No comments:
Post a Comment
Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)