Iklaneka

Wednesday, August 19, 2015

Doktor, Hidung anak saya berdarah...


Assalamualaikum...

Entry ini dah lama aku nak syerkan.. Memandangkan kes ini terjadi pada si kintang-kintung Fattah. Mula agak mengejutkan sebab baby sangat dah kena masalah pendarahan hidung. Pernahlah tahap kami bekejar ke emergency sebab macam panic sangat jadi begini. Siap jumpa pakar, jolok kat hidungnya kot la ade bendasing or trauma sebab jatuh. Alhamdulilah, takde yang abnormal. But adalah doctor cakap itu dan ini, punca terjadinya pendarahan.. Now masih ada terjadi pada Fattah. Tapi yang kami perhatikan normally nose bleeding terjadi bila dia mengalami selsema yang agak lama. So now, kami make conclusion yang fattah memang mengalami sedikit "resdung" yg di subset dari abahnya..huhuhu... Same goes to Wafiq dulu yang ada agak mild sinus tapi lain bentuk simptom nye.. Tapi apa pon kami tetap monitor our son.. Kot getting worst ke, but nampak so far ok je lah.. Ini sedikit artikel yang aku dapat agak jadi panduan pada yang lain.


Sebab utama perdarahan hidung dalam kanak-kanak adalah tabiat mencungkil hidung!! Ini lebih kerap berlaku apabila kanak-kanak berada dalam persekitaran yang kering (low humidity). Udara kering boleh menyebabkan  rembesan pada permukaan dalam hidung menjadi kering dan membentuk kerak (crusting of secretions). Kerak ini menyebabkan kanak-kanak rasa tidak selesa, dan cuba mengeluarkannya dengan menghembus nafas dengan terlalu kuat atau mencungkil hidung dengan jari. Ini menyebabkan kecederaan pada salur-salur darah di dalam hidung, dan perdarahan berlaku.
Selepas perdarahan berhenti, ia meninggalkan parut di dalam hidung. Parut ini menyebabkan ketidakselesaan, dan kanak-kanak terus mencungkil hidung, dan perdarahan berlaku lagi! Kitaran ini akan berulang sehinggalah kanak-kanak menyedari bahawa perbuatan mencungkil hidung inilah yang menyebabkan perdarahan, dan menghentikan tabiat tersebut.
Perdarahan hidung biasanya berlaku di bahagian hadapan hidung, di mana terdapat banyak salur darah yang rapuh dan berdekatan dengan permukaan kulit. Kawasan ini dipanggil ‘Little’s area’.
Apakah sebab-sebab perdarahan hidung di kalangan kanak-kanak?
Selain mencungkil hidung, perdarahan hidung juga boleh disebabkan oleh kecederaan pada muka atau kepala, bendasing dalam hidung, dan jarang-jarang sekali ketumbuhan dalam hidung, tekanan darah tinggi, atau masalah penggumpalan darah. Perdarahan hidung lebih kerap berlaku sekiranya kanak-kanak mengalami resdung (allergic rhinitis) atau selesema.
Kadang-kadang, kanak-kanak kecil memasukkan makanan atau alat mainan ke dalam hidung mereka, seccara tidak sengaja. Sekiranya perdarahan hanya berlaku di sebelah hidung sahaja, dan terdapat hingus yang berbau busuk, ada kemungkinan terdapat bendasing, seperti makanan atau alat mainan, di dalam hidung. Sekiranya perdarahan berterusan, kanak-kanak perlulah diperiksa oleh doktor, yang boleh mengesan dan mengeluarkan bendasing tersebut.
Apakah yang boleh kita buat untuk mengelakkan perdarahan hidung?
Langkah-langkah untuk mengelakkan perdarahan hidung termasuklah memastikan kuku anak kita sentiasa pendek, bagi mengelakkan kecederaan sekiranya anak mencungkil hidung dengan jari. Kita juga boleh mendidik anak kita supaya tidak mencungkil hidung dengan jari, dan tidak meniup hidung dengan terlalu kuat!
Kadangkala, doktor mengesyorkan penggunaan semburan air garam di dalam hidung (normal saline nasal spray), untuk melembapkan kulit di dalam hidung, dan mengelakkan pembentukan kerak di dalam hidung. Semburan air garam ini juga dapat meningkatkan keselesaan kanak-kanak selepas berlakunya perdarahan hidung, dan mengurangkan keinginan untuk mencungkil hidung, serta mengelakkan kejadian perdarahan semula.   Penggunaan ubat sapu (ointments) dalam hidung tidak digalakkan, kerana mungkin menyebabkan kecederaan semasa disapu di dalam hidung.
Kita juga boleh mengelakkan kecederaan pada muka dan kepala, dengan memastikan anak kita sentiasa memakai peralatan keselamatan yang sesuai, seperti topi keledar, apabila menunggang basikal atau mengambil bahagian dalam aktiviti sukan yang lasak.
Apakah yang harus kita buat sekiranya anak mengalami perdarahan hidung?
•Galakkan anak untuk meniup hidung dengan lembut, untuk mengeluarkan semua darah beku.
•Kemudian, dudukkan anak dengan menyandar ke depan, dan tekan bahagian hadapan hidung  (bahagian yang lembut, bukan tulang hidung) dengan mengunakan ibu jari dan jari telunjuk selama 10 minit. Anak perlulah bernafas dengan menggunakan mulut.
•Tuala sejuk atau kain yang berisi ais batu boleh diletakkan pada dahi dan bahagian atas hidung. Ini akan mengecutkan salur-salur darah di hidung, dan menghentikan perdarahan dengan lebih cepat.
•Sekiranya perdarahan tidak berhenti, bawa anak untuk berjumpa dengan doktor. Anak mungkin memerlukan rawatan lain, seperti  ‘pek hidung’ (nasal pack). Doktor akan memasukkan pita atau bahan khas ke dalam hidung untuk menghentikan perdarahan. Sekiranya perdarahan masih berterusan, kanak-kanak mungkin perlu masuk hospital untuk rawatan lanjut.
•Bawa anak ke hospital dengan segera jika anak berasa pening (giddy), nampak pucat, atau terdapat perdarahan yang banyak dan berterusan.
Bilakah harus kita bawa anak untuk berjumpa dengan doktor?
Anak perlu dibawa untuk berjumpa dengan doktor jika:
•Telah mula mengambil suatu ubat baru, sebelum berlaku perdarahan hidung. Ubat-ubat tertentu mempunyai kesan sampingan mengganggu pembekuan darah, dan meningkatkan risiko perdarahan.
•Kerap mengalami perdarahan hidung. Doktor perlu memeriksa anak, untuk memastikan tiada  masalah berbahaya, seperti ketumbuhan dalam hidung. Namun demikian, kanser hidung SANGAT JARANGditemui di kalangan kanak-kanak.
•Terdapat juga perdarahan di bahagian lain, yang luar biasa, seperti gusi, perdarahan lambat berhenti dari luka-luka kecil, dan sebagainya.
•Anak  mudah mendapat lebam-lebam di seluruh badan (easy bruising). Ini mungkin menandakan masalah penggumpalan atau pembekuan darah.
•Ada kemungkinan bahawa anak telah memasukkan sesuatu ke dalam hidungnya. Doktor perlu memeriksa dan mengeluarkan bendasing dari hidung dengan segera. Jika tidak dikeluarkan, bendasing tersebut boleh menyebabkan jangkitan kuman, masalah pernafasan, perdarahan hidung berterusan dan hingus yang berbau.
( answered by Dr Pravin Vasanthan )
from http://www.doktorbudak.com/2014/04/29/anak-saya-hidung-berdarah/

Monday, August 17, 2015

Syawal sudah berlalu

Assalamualaikum...

Tamat sudah bulan Syawal.. Sangat tak berkesempatan nak update aktiviti kami di bulan Syawal nih. Tak banyak pun sangat dapat memenuhi undangan rumah terbuka memandangkan kengkangan waktu.

Yang menariknya tahun ini dapat undangan rumah terbuka dari pihak AZMY. Teruja la jugak sebab dapat undangan dari pihak supplier. Ni lah orang kata bila mula berniaga ni kita lagi ramai kawankan...




Sekian untuk cerita raya tahun ini. Will be move another story pulak kan for next entry..



Tuesday, August 11, 2015

Sambutan Aidilfitri @Taska/Tadika Delima Ilmu

Assalamualaikum...

Sambutan hari raya unutk sekolah Wafiq & Fattah telah diadakan pada 7/8/2015. Seperti biasa, aku memang tak dapat menyiapkan diorang. Abahnya aje yang handle. Apa nak buat, tugas aku handle Nabihah, Pak Kahar handle 2 Abduls. Kadang rasa rindu jugak moment nak siap kan both Abduls ni ke sekolah. Tapi apa kan daya...huhuhu. Hanya gambar sahaja yang ku terima dari Pak Kahar setelah mereka siap bergaya :)


Ni gambar ihsan dari cikgu-cikgu. TQ sangat.. Terharu.. How times fly, my 2 Abduls dah besar..Tahun depan Wafiq kena pisah dengan Fattah dah.. Tapi paling ai sedih Wafiq ni tak dapat pulak sekolah sama kakak nye..adoiii.. Tapi kita redha je, sebab semua ini ketentuan Allah kn...




Gambar ihsan Pak Kahar.. Sendu sangat..haih... Apa-pun ai happy :)

Tuesday, August 4, 2015

Panggilan haji Telah tiba lagi Menunaikan ibadah Panggilan Baitullah

Assalamualaikum..

Sudah melebihi separuh bulan di bulan Syawal. Maka tidak lama lagi muncul lah 1 Zulkaedah 1436 bermakna tarikh penting untuk umat Islam di Malaysia yang mendapat jemputan sebagai tetamu Allah ke Baitullah. Allahuakbar.. Rasa nak menitik pulak air mata...


Menurut Tabung Haji, kumpulan  jemaah pertama berlepas ke Madinah menaiki pesawat khas bermula 16/8/2015 dan kumpulan terakhir pada 16/9/2015. Tahniah & syukur pada sesiapa yang telah mendapat undangan tetamu Nya. Moga dipermudahkan urusan & mendapat haji yang mabrur.

Moga kita dipilih menjadi tetamu Allah untuk mengerjakan haji. Ini soal rezeki dan ketentuan dari Allah. Bukan TH yang tentukan, atau muassasah Arab Saudi atau sesiapa lah. Mereka hanya perantara untuk melancarkan urusan ibadah haji sahaja. Jadi marilah kita berdoa moga Allah menggerakkan hati perantara ini untuk memilih nama kita, Insyallah. Dari maklumat TH sendiri, kebiasaannya unutk kes rayuan haji semasa (maksudnya rayuan untuk haji pada tahun itu sahaja bagi perlabgai kes : sebagai mahram, ikut mahram, faktor kesihatan, usia dan sebagainya) hampir mencecah puluhan ribu. Bayangkan bagaimana pihak TH nak filter setiap satu dan lihat priority setiap kes. Hanya Allah yang lebih Maha Mengetahui dan menentukan segalanya.


Ya Allah, jemput kami menjadi tetamu Mu lagi untuk menunaikan haji.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...