Assalamualaikum..
Sudah melebihi separuh bulan di bulan Syawal. Maka tidak lama lagi muncul lah 1 Zulkaedah 1436 bermakna tarikh penting untuk umat Islam di Malaysia yang mendapat jemputan sebagai tetamu Allah ke Baitullah. Allahuakbar.. Rasa nak menitik pulak air mata...
Menurut Tabung Haji, kumpulan jemaah pertama berlepas ke Madinah menaiki pesawat khas bermula 16/8/2015 dan kumpulan terakhir pada 16/9/2015. Tahniah & syukur pada sesiapa yang telah mendapat undangan tetamu Nya. Moga dipermudahkan urusan & mendapat haji yang mabrur.
Moga kita dipilih menjadi tetamu Allah untuk mengerjakan haji. Ini soal rezeki dan ketentuan dari Allah. Bukan TH yang tentukan, atau muassasah Arab Saudi atau sesiapa lah. Mereka hanya perantara untuk melancarkan urusan ibadah haji sahaja. Jadi marilah kita berdoa moga Allah menggerakkan hati perantara ini untuk memilih nama kita, Insyallah. Dari maklumat TH sendiri, kebiasaannya unutk kes rayuan haji semasa (maksudnya rayuan untuk haji pada tahun itu sahaja bagi perlabgai kes : sebagai mahram, ikut mahram, faktor kesihatan, usia dan sebagainya) hampir mencecah puluhan ribu. Bayangkan bagaimana pihak TH nak filter setiap satu dan lihat priority setiap kes. Hanya Allah yang lebih Maha Mengetahui dan menentukan segalanya.
Ya Allah, jemput kami menjadi tetamu Mu lagi untuk menunaikan haji.
No comments:
Post a Comment
Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)