Iklaneka

Tuesday, October 27, 2015

Kelas Memanah Bersama Aman Archers

Assalamualaikum...

Masih cerita pasal Wafiq lagi.. Ini kisah pasal dia join kelas memanah pulak. Sudah lama kami mencari kelas memanah yang bersesuaian dari segi lokasi & kos. Alhamdulillah, kami berjumpa dengan Aman Archers yang terletak di Subang Bestari. Memang syok lah sebab berjiran dengan Mutiara Subang kan.

Kelas setiap sabtu. Tempoh lebih kurang sejam setengah. Yuran RM80 untuk level Wafiq yang sangat beginner. Kami tempah baby bow dengan coach RM80. Memang bow untuk budak kecik..hikhik.

So far so good. Dia ok jer. Happy.. Budak aktif kan... Dapat lepas aktiviti outdoor memang lah suka sangat. Ok ler, as aktiviti anak kan dari dok umah terperuk jer dapat jugak riadah...

Thursday, October 22, 2015

Lawatan Tadika/Taska Delima Ilmu @Aquaria KLCC & Kilang Coklat Berry's

Assalamualaikum...

Posting wajib setiap tahun iaitu aktiviti lawatan sekolah anak-anak. Tahun ni ke Aquaria KLCC. Lawatan ke kawasan indoor sahaja memandangkan cuaca buruk masih melanda negara iaitu jerebu. Wafiq 6y tahun ini. Kali ke-2 join. Nabihah dah banyak kali. Tarikh lawatan ini sama hari dengan kami suami isteri pergi ke SIMDE untuk seat on interview.

Dimana pun lokasi lawatan, anak-anak tetap happy :)









Ada budak nangis  kena tinggal..hihihi

How time flies too fast. Anak-anak dah semakin membesar. Moment mereka di kindergarten ini sungguh  indah buat kami berdua...

Wednesday, October 21, 2015

Temuduga Ibubapa... Sekolah Integrasi

Assalamualaikum...

Masih lagi bercerita perjalanan Wafiq menuju ke darjah 1. Ahakss.. Beria sangat kan? Macam nak masuk universiti kekdahnya. Ini sebagai catatan peribadi diri. Anak bukannya ramai, 3 orang je buat masa nih. So kenalah ada memori, ye dak!!!!

Ok, oleh sebab Wafiq sudah pun melepasi tahap ujian kemasukkan ke SIMDE nih, walaupun sampai 2x ambil test, maka tibalah saat bahagian parent pulak. Parent pun ada interview yek. Tu dia... Memang nampak macam renyah sangat perjalanan anak-anak kami ni menuju ke tahun 1, tapi both of us ok aje... Layannn... No regret!!! . 17/10/2015 kami pun pergilah ke sekolah tu untuk attend interview. Ramai jugak. Ni fasa untuk parent yang anak nya exam kali ke-2. Fasa 1 dah bermula pada 10/10 aritu kalau tak silap lah kan.


Alhamdulilah, kami mampu menjawap soalan yang di utarakan oleh penginterview. Soalan lebih pada santai sahajalah.. Soalan yang ditanya pastinya kenapa mahu hantar anak ke sekolah integrasi. Tapi belum sempat kami huraikan, penginterview sudah memahami kerana rekod anak pertama kami juga bersekolah intergrasi. Dari situ dia dapat nilaikan bahawa kami memang mahu, mahu dan sangat mahu anak bersekolah intergrasi. Alhamdulilah....Urusan dipermudahkan...



Kepada ibu bapa diluar sana, perlu tahu dan faham apakah niat kita hantar anak kesekolah integrasi nih. Adakah kerana kita hanya ingin mudahkan urusan kita kerana anak tidak perlu di transit dimana-mana kerana sekolah pagi pulang nya petang. ATAU sememangnya kita memang inginkan anak itu belajar ukhrawi melebihi duniawi....Sekian...


Tuesday, October 20, 2015

Air Asia masih simpan lagi seat yang aku search semalam!!!!!

Assalamualaikum..

Semalam kan kepak Pak Tony kesayangan mak tu ada buat promo.. Murah tahap  kaki lima tidak lah, tapi ok lah jugak kan.. Masih tahap mampu beli. So, aku as usual ticket hunter ni pun servey lah untuk trip kami tahun depan sebab nak masukkan seorang lagi teman yang nak follow.. Maka dapatlah harga promo..

TAPI, yang frust nyer bila time nak bayar boleh pulak TAC dari kepala rimau gongga ni tak dapat. Sampai expired gitu. Ok..percubaan pertama FAIL!!. Mak tak give up..sebab motto aku dengan pak tony ni kan "Never give up, Never surrender". Percubaan kali ke-2. Oh..sudah tinggal 1 seat je available date tuh.. Proceed le book sebab yang nak join pun memang seorang jer.. TAPI bila time nak bayar kepala rimau gongga ni wat hal lagi.. Sudah...FAIL lagi.. Takpe lah.. try lagi, bila search balik..TU DIAAA.. harga dah MAHAL!!! Ini bermakna ada orang lagi pantassss potong  mak u olls.. Cehhh... So cakap la kat kawan tu tiket murah dah SOLD... Dia pun takpe lah..Dah takde kan...


TAPI..ada tapi lagi.. Amazing sangat hari ini, Pak Tony ai tu bagi email u olsss... dia simpan lagi seat tu untuk ai tu u olls.. Wah wah.. macam VIP kekdahnye u olls.. Nampak sangat kaki booking tegar...kuikui...




Jadi dengan ini Air Asia takle haprak sangat yang macam netizen kelas tinggi suka cakap tu kan.. Ada le jugak nilai murni di situ...Cewahhhh

Tuesday, October 13, 2015

Pencarian Sudah Berakhir... Sekolah Integrasi

Assalamualaikum...


Posting ini aku buat sekadar untuk ingatan pada masa akan datang perjalanan anak kedua ku si Abdul Wafiq. Kalau sebelum ni banyak posting untuk kakaknya. Jadi unfair rasanya kalau untuk dia ni aku tak update apa-apakan dalam perjalanan nye menuju ker Tahun Satu. (tahun 1 je pon kennn)



Seperti sedia maklum, posting yang lepas aku telah update yang bahawa Wafiq ni fail kan masuk sekolah SRAI bersama kakak nya. Terima seadanya.. Dah Allah tak berikan.. Ada rezeki menuntut ilmu ditempat lain. Kami usahakan tempat lain.. Pada 12/9/2015 dia seat on exam di SIMDE (Sekolah Integrasi Masjid Darul Ehsan), Subang Jaya. Percubaan pertama exam dia FAIL!! Allahuakbar.. Istimewa sangat kamu abang.. Aku mula agak upset. Biasalah hati mak kan emo lebih.. Tapi Pak Kahar biasa saja..COOL sangat ker.. TAPI, ada tapinya.. SIMDE call suruh re-test balik.. Maka pada 3/10/2015 tu Wafiq kena attend balik test. Maka 3/10 tu Pak Kahar bawak le Wafiq. Ni mak sedih sebab masa tu mak kt Bandung pulak. Memang cadang berbelah bagi sangat tapi as usual, Pak Kahar tetap sporting dia cakap pegi jer.. Let him handle. Doa je banyak-banyak untuk yang terbaik untuk anak kita. So mak pegi le jgk bandung..huhuhu

Dan bertarikh 10/9/2015 kami dapat surat dari SIMDE. Berdebar sangat masa tu nak bukak & baca. Apa yang mampu kami ucap ALHAMDULILAH.. Akhirnya..Wafiq berjaya.. Panjang sangat journey kamu wahai anak untuk masuk ke tahun 1 sekolah aliran agama. Kami yakin semua ini aturan Allah.. Kami hanya lalu sahaja. Ini jihad kecil kami untuk mewujudkan seorang dai'e. Tapi ini hanya perancangankan. Sesungguhnya Allah tak berikan apa yang kita mahu, tapi beri apa yang kita mampu & perlu. Semuanya Allah aturkan. Kami juga bukan dari golongan yang kaya-raya. Tapi kami yakin rezeki anak pasti ada terutamanya bila kita mendahului ukhrawi dari duniawi.
Walau dah lulus tapi belum muktamad yek kawan-kawan.. Parent kena attend interview jugak..huhuhuhu

So far perjalanan untuk Nabihah direstui. Walau pun pada mulanya agak rasa was-was bila kala orang keliling berkata-kata. Terutama dari segi jarak, kos & masa. Tapi kami yakin tindakan kami semuanya kerana Allah. Everything going smooth. Terima kasih Allah.. Bukan kami menidakkan sekolah kebangsaan itu. Tapi kami mahu lebih dari segi dinniyah. Itu sahaja. Sekian...



Thursday, October 8, 2015

Getaway 2015 ~ Floating Market Lembang, Bandung

Assalamualaikum....

Baru berkesempatan nak update pasal short getaway kami lagi geng suka menyongket. Kali ni kami ke Bandung pulak. Bulan 4 hari tu as usual yearly trip ke Jakarta. Kalau ikut hati malas  nak update sebab ke Bandung biasa je lah. Tapi sebab pertama kali ke destinasi Pasar Terapung Lembang, so kena la update kan..

Pegi 2/10/2015 as usual naik kepak Pak Tony. Flight paling awal. Tiba sana jam 8am terus berdesup gerak ke Lembang. Supir memang dah ready lah. 6 orang semuanya. Muat la 1 avanza je kan. Tak jauh pun. Estimate lebih kurang 1 jam la.. Kami tiba awal. Maka perjalanan pun lancar semua.Memang tak facing macet. Balik tu je macet sikit lah bila nk menyampai ke Pasar Baru. Stay di Anggrek Shopping Hotel. Maka mudah untuk access semua. Malam kami hanya walking distance ke Jln Riau, Jln Merdeka & Jln Dago. Esok tengahari Pak supir datang jemput hantar ke airport. Settle sudah trip pantas.. Layan gambar sikit jer...

Fee untuk masuk rp15k seorang. Mobil pulak rp10k. Tiket masuk boleh ditukarkan dengan minuman nanti.

Sebelum masuk. Posing dulu...

Welcome drink. Banyak air panas/sejuk ada. Pilih aje.

Tajaan Nescafe agaknya..hik hik

Selepas pintu masuk

Menikmati minuman panas di tepi tasik. Memang dingin sekali di sini ya bukkk

Awal sangat tiba. Kerja pencucian ngn kekemasan pun belum siap.



NI le rupa floating market nyer. Penjual makanan duduk dalam sampan kat tepi tasik




Makanan various. Tapi lebih pada local indon food lah. Nak beli kena tukar ke coin dulu. Boleh tukar di kaunter masuk or kat tepi jualan ni pun ada. Kenan tukar ngam-ngam je yang nak dibeli sebab kalau lebih coin tak boleh refund. Tapi selain beli makananan boleh je nak beli cenderamata ke.. Sebab ade je gerai-gerai jual key-chain, FM ker smua tuh. Boleh beli as kenangan.

Ada juga mini theme park untuk anak-anak. Mini zoo pun ada. Kira ok lah.. Tp yang paling utama landskap nye cantik. Kawasan sejuk, bunga, pokok semua pun nampak segar..cantik je kan...

Lebih kurang pukul 10 kami pun keluar dari sini menuju ke pekan Bandung. Kami nak ke Pasar Baru pulak. Ok lah.. Itu sahaja. Bye...


Monday, October 5, 2015

Lawatan ke Zoo Taiping

Assalamualaikum...

Ini adalah posting basi. Sepatutnya di update pada bulan 9, tapi terlajak bulan 10 baru buatkan.

Sempena cuti hari raya haji yang agak panjang, kami bawak anak-anak ke jalan-jalan ke Taiping. Itu je yang dekat ngan Pantai Remis kan. Nak merasa jejak kata orang. Jadi le kan..

Zoo Taiping takde lah besar sangat. Maby dalam proses pemulihan dan pembesaran kot sebab nampak ade kerja-kerja pembaikan. Haiwan pun ala-ala ade tak ada aje. Ahakss.. Jadi le ye nak, janji ade elepen ngan taiger kate nye.. Muahaha. Kami naik tram je. Dasar malas nak berjalan.hihhii

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...