Assalamualaikum...
Masih lagi bercerita perjalanan Wafiq menuju ke darjah 1. Ahakss.. Beria sangat kan? Macam nak masuk universiti kekdahnya. Ini sebagai catatan peribadi diri. Anak bukannya ramai, 3 orang je buat masa nih. So kenalah ada memori, ye dak!!!!
Ok, oleh sebab Wafiq sudah pun melepasi tahap ujian kemasukkan ke SIMDE nih, walaupun sampai 2x ambil test, maka tibalah saat bahagian parent pulak. Parent pun ada interview yek. Tu dia... Memang nampak macam renyah sangat perjalanan anak-anak kami ni menuju ke tahun 1, tapi both of us ok aje... Layannn... No regret!!! . 17/10/2015 kami pun pergilah ke sekolah tu untuk attend interview. Ramai jugak. Ni fasa untuk parent yang anak nya exam kali ke-2. Fasa 1 dah bermula pada 10/10 aritu kalau tak silap lah kan.
Alhamdulilah, kami mampu menjawap soalan yang di utarakan oleh penginterview. Soalan lebih pada santai sahajalah.. Soalan yang ditanya pastinya kenapa mahu hantar anak ke sekolah integrasi. Tapi belum sempat kami huraikan, penginterview sudah memahami kerana rekod anak pertama kami juga bersekolah intergrasi. Dari situ dia dapat nilaikan bahawa kami memang mahu, mahu dan sangat mahu anak bersekolah intergrasi. Alhamdulilah....Urusan dipermudahkan...
Kepada ibu bapa diluar sana, perlu tahu dan faham apakah niat kita hantar anak kesekolah integrasi nih. Adakah kerana kita hanya ingin mudahkan urusan kita kerana anak tidak perlu di transit dimana-mana kerana sekolah pagi pulang nya petang. ATAU sememangnya kita memang inginkan anak itu belajar ukhrawi melebihi duniawi....Sekian...
terima kasih puan sbb update psal perjalanan n cabaran utk masukkan anak ke sek integrasi... sangat bermanfaat utk saya...
ReplyDelete