Assalamualaikum...
Hari terakhir di tahun 2015. Ku gagahi juga buat posting sebagai recap untuk perjalanan hidup ditahun 2015.
Syukur alhamdulilah kurniaan yang Allah berikan pada kami. Penghujung tahun lepas membawa ke awal tahun aku memohon pada Ilahi di hadapan RumahNYa, agar kesihatan kami diperlihara. Alhamdulilah.. Tahun ini diberi kesihatan yang cemerlang kepada anak-anak khususnya.. Allahuakbar..syukur..syukur...
Tahun ini juga, anjakan paradigma buat kami sekeluarga, Pak Kahar khususnya bila mana mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan seterusnya fulltime menguruskan KUDOS FOOD STATION. Alhamdulilah.. Sesungguhnya, perubahan ini merupakan jihad bagi kami demi pembangunan ummah..
Setelah bersusah payah menduduki test sana sini, mengalir air mata ini memikirkan anak yang seorang ini.. Akhirnya Abdul Wafiq berjaya memasuki Sekolah Rendah Islam Integrasi Masjid Darul Ehsan. Allah beri kami ini.. Kami terima dengan hati terbuka kerana kami yakin, Allah tak beri apa yang kami mahu, tapi beri apa yang hambaNya mampu dan perlu...
Nabihah tahun hadapan memasuki darjah 3. Dia turun kelas tahun hadapan. Biarkan.. Anggap sebagai peringatan supaya tidak leka.Hidup ini sesekali perlu berada dibawah untuk kita ingat dan hargai setelah berada di atas. Moga tahun hadapan akan berusaha lebih gigih. Dan peringatan untuk kami suami isteri bahawa besar tanggungajawab kami itu...
Aku masih meneruskan kerjaya sedia ada. Belum terfikir lagi untuk membuat anjakan pertukaran kerjaya walaupun sudah ada berkira-kira. Tapi biarlah dahulu..
Moga tahun 2016 memperolehi keberkatan kehidupan buat kami sekeluarga...
No comments:
Post a Comment
Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)