Iklaneka

Wednesday, January 20, 2016

Bento of the day #13


Assalamualaikum...

Update gambar bekal anak-anak je nih. Cerita kurang. Wafiq as usual, kadang makan apa yang di bekal kadang macam mana rupa bawak, macam tu lah rupa balik.. Tak terusik. Tambah sekolah nya ada provide makanan waktu rehat, maka bekal mama nya tu kalau tak kena dengan tekak nya memang tak usik lah.. Kakak paling win. Sedap ke tak tetap makan.. Fattah tak pasti sebab tak dapat lagi report dari cikgu taska nye nih makan ke tak...

Hari-hari pun mem'bento' cuma kadang sempat ambil gambar, kadang malas.. Harap istiqomah demi anak-anak. Paling utama pak Kahar lah sebab dia balik dari hantar anak, ada benda nak di makan di rumah. Ngeeee....


Nasi goreng cina + popia ketam

Mee goreng + murtabak ayam 

Friday, January 15, 2016

Bento of the day #12-Permulaan Sessi Tahun 2016

Assalamualaikum...

Rasanya setahun lebih dah takde posting pasal bekal anak sekolah nih. Last posting tahun 2014. walaupun tahun 2015 Nabihah masih berbento tanpa gagal tapi tiada keinginan untuk update sebab kang jemu pulak, balik-balik posting itu je kan.

Tetapi untuk tahun 2016 ini harus dimulakan semula memandangkan Wafiq pula sudah memasuki tahun 1 kan. Maka gigihkan juga lah update post untuk memori akan datang...

Tahun ni memang prepare 3 bekal lah iaitu untuk Nabihah, Wafiq dan Fattah.. As usual bangun bagi tetap maintain 4.30am. Tapi apa pun semua bahan dah well prepared early, maka pagi tu just sessi memasak didapur je lah, tiada sessi persedian bahan tuh. Maka mudah dan jimat masa disitu yek kawan-kawan. Bukan lah bento yang hebat sangat macam orang dok viral kat fb tuh.. Tapi ok lah, as long asa effort untuk sediakan  makanan bekal untuk anak-anak sekolah... Itu sahaja. Anak-anak ni ada up and down, bukan semua menu yang kita buat mereka suka, tapi mereka tetap gembira ada bawa bekal..Apa pun syukur kerana Allah beri kesihatan yang baik untuk laksanakan tanggungjawab pada keluarga...Aminn...

Mee Teow goreng dan roti sosej cheezy yang dibakar

Bihun goreng, goreng pisang dan buah epal

Monday, January 11, 2016

Fattah ~ Playschool 2016 @Tadika Delima Ilmu, Seksyen U5 Shah Alam

Assalamualaikum...

Terlambat pulak posting untuk si kintung-kintang mama nih, Abdul Fattah. Mama & Abah leka sangat dengan dunia baru abangnya yang memasuki tahun 1, sampai lupa ada anak sorang lagi masih di Taska/Tadika Delima Ilmu. Itulah tempat Fattah tinggal semenjak dari baby lagi kan. Dari lepas umur 3 bulan sampai lah sekarang..

Tahun ni dia dah masuk group 3 tahun. Baju pun dah tukar dari merah ke kuning. Dah semakin otai..Maklumlah senior dah kan. Lagi 3 tahun tak tau lah macam mana. Terima kasih pada semua cikgu di TTDI kerana menjaga dan mendidik anak kami. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.

Tiada gambar yang dapat dipotretkan memandangkan kami perlu rushing dengan urusan anak yang lain. Hanya gambar ihsan dari pengetua. TQ Cikgu Yani...










Aktiviti main tepung. Ni kalau di rumah memang tak berpeluangkan.. Di sekolah jer.. Seronokkkk

Saturday, January 9, 2016

Seminggu Sudah Berlalu di Tahun 2016

Assalamualaikum..

Hari ke 9 di tahun 2016 bermakna seminggu sudah berlalu sessi persekolah 2016. Alhamdulilah, Abdul Wafiq sudah boleh menyesuaikan dengan kehidupan DUNIA BARU nya itu iaitu dari alam tadika ke alam persekolahan sebenar...

Kami masih lagi dalam proses menyesuaikan jadual baru kami untuk tahun 2016 ini memandangkan kedua-dua anak sekolah berlainan. Maka adjusment kerap kali kami buat untuk susun atur jadual nih. Tapi syukur, pak Kahar kini sudah pun berniaga sepenuh masa maka agak mudah lah sikit. Alhamdulilah, Allah susun atur hidup kami dengan sempurna demi niat kami untuk anak-anak yang bersekolah di aliran agama...

Dengan ini runtin jam 4.30am diriku juga bermula untuk menyiapkan "bento" anak-anak. Apa pun anak-anak gembira melalui perjalanan seharian menuntut ilmu. Alhamdulilah..

Wednesday, January 6, 2016

Hari pertama persekolahan di tahun 2016

Assalamualaikum...

Posting pertama di tahun 2016. Setelah bercuti 2 hari di awal tahun baru menguruskan hal perihal Wafiq yang memasuki tahun 1, hari ini masuk office baru berkesempatan update blog sebagai memori indah dalam hidup.

4/1/2016 boleh dikira hari bersejarah sekali lahi buat kami suami isteri kerana merupakan hari pertama anak ke-2 kami iaitu Abdul Wafiq melangkah ke DARJAH 1. Dunia baru bagi dirinya. Moga dia menjadi seorang yang independent sama seperti kakaknya dahulu. Bersekolah di Sekolah Intergerasi Masjid Darul Ehsan merupakan sebuah sekolah integrasi yang merangkumi 2 silibus iatitu KSSR dan JAIS. Tempoh pembelajaran bermula jam 8am sehingga 4pm. Bersekolah jenis integrasi ini memerlukan kekuatan mental & fizikal di pihak parent mahu pun anak itu. Anak perlu berdikari menguruskan hal ehwal diri sendiri kerana semuanya sudah diaturkan dan dijadualkan. Cabarannya apabila lunch time tuh. Memang anak perlu beratur untuk mengambil makanan.. Kemudian meletakkan pinggan di tempatnya kemudian solat berjemaah. Hidup perlu pantas dan cekap kerana semuanya sudah diberi masa!!! Cabaran untuk ibu bapa itu perlu berlapang dada. YAKIN!!! bahawa anak itu baik-baik saja dan boleh menguruskan diri. YAKIN bahawa Allah sentiasa ada menjaga anak itu apabila dia keluar mencari ilmu...




Pemberi tenaga buat dirinya... Layankan saje...

Hari pertama kakak di tahun 2016. Sudah darjah 3
Untuk hari pertama, aku agak rasa mahu menitis air mata betapa wafiq yang kecil itu perlu gagahkan diri membawa pinggan nasi ditangan kanan, cawan pula di sebelah kiri. Makanan perlu habis dalam waktu yang ditetapkan.. Ku lihat dia hanya menjamah nasi, tak mampu mencubit ayam memandangkan ayam masih panas lagi. Allahuakbar.. Gugur air mata ini!!! Serius.. Tapi ku cekalkan hati bila Pak Kahar mengatakan biarkan, ini yang terbaik bagi dirinya dalam usaha menjadi khalifah dibumi Allah perlukan kekuatan dan ketidak bergantungan pada seseorang. Ku tabah kan hati.

Pada hari ke-2, kami tidak pun melawat beliau disekolah, tetapi kami ada disekitar Shah Alam  sahaja. Walaubagaimanapun hati ini memang rasa sangat berdebar. Alhamdulilah, semasa pulang Wafiq teruja mengatakan dia sudah ada kawan baru dan habis makan nasi. Allahuakbar.. Sesungguhnya Allah itu maha mendengar, mendengar doa hambanya yang memohon agar anak itu gembira dan baik-baik sahaja ketika disekolah...


Hari ke-2. mood swing sebab tak pakai baju sukan..huuhuhu



Hari ini hari ke-3, ada sedikit drama tadi abah nye update. Apa pun still manage.. Dah jumpa kawan, ok lah tuh...

Bermulalah rutin harian yang padat buat kami suami isteri.. Layannnnnnn

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...