Rasanya setahun lebih dah takde posting pasal bekal anak sekolah nih. Last posting tahun 2014. walaupun tahun 2015 Nabihah masih berbento tanpa gagal tapi tiada keinginan untuk update sebab kang jemu pulak, balik-balik posting itu je kan.
Tetapi untuk tahun 2016 ini harus dimulakan semula memandangkan Wafiq pula sudah memasuki tahun 1 kan. Maka gigihkan juga lah update post untuk memori akan datang...
Tahun ni memang prepare 3 bekal lah iaitu untuk Nabihah, Wafiq dan Fattah.. As usual bangun bagi tetap maintain 4.30am. Tapi apa pun semua bahan dah well prepared early, maka pagi tu just sessi memasak didapur je lah, tiada sessi persedian bahan tuh. Maka mudah dan jimat masa disitu yek kawan-kawan. Bukan lah bento yang hebat sangat macam orang dok viral kat fb tuh.. Tapi ok lah, as long asa effort untuk sediakan makanan bekal untuk anak-anak sekolah... Itu sahaja. Anak-anak ni ada up and down, bukan semua menu yang kita buat mereka suka, tapi mereka tetap gembira ada bawa bekal..Apa pun syukur kerana Allah beri kesihatan yang baik untuk laksanakan tanggungjawab pada keluarga...Aminn...
Mee Teow goreng dan roti sosej cheezy yang dibakar |
Bihun goreng, goreng pisang dan buah epal |
No comments:
Post a Comment
Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)