Iklaneka

Tuesday, February 16, 2016

Apa itu e-Pengeluaran di KWSP?

Assalamualaikum...

Posting ini dibuat sekadar berkongsi maklumat pada rakan-rakan bahawa sekarang ade perkhidmatan secara talian yang dibuat oleh KWSP dalam proses pengeluaran untuk pencarum iatu e-Pengeluaran.



Apa itu e-Pengeluaran? 
Saluran serahan permohonan pengeluaran KWSP secara online melalui laman web KWSP bagi ahli yang mempunyai i-Akaun

Apakah Jenis Pengeluaran Yang Boleh Dibuat Secara Online?
a. Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
b. Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

Syarat-syarat e-Pengeluaran 
a. Syarat kelayakan pengeluaran perumahan sedia ada masih terpakai.
b. Mempunyai i-Akaun
c. Mempunyai baki pinjaman perumahan daripada RHB Bank Berhad/ Maybank Berhad/ Bank Islam (Malaysia)Berhad. Institusi pemberi pinjaman lain akan ditambah daripada semasa ke semasa.
d. Pernah membuat pengeluaran yang sama bagi jenis pengeluaran yang ingin dipohon. Bagi Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan, pengeluaran terdahulu hendaklah selepas 1 Januari 2011.
e. Pemohon adalah pembeli, peminjam dan pemilik harta berkenaan.
f. Pembeli / pemilik harta tidak lebih daripada dua (2) orang.
g. Bagi tujuan kelulusan, pemohon mesti membuat pengecaman Cap Ibu Jari di kaunter KWSP.


Memang sangat mudah prosesnya. Proses pun kejap.. Kira-kira 2 minggu memang aku dah dapat pun duit yang masuk direct ke acct. Mula key-in online pada 21/1.. Esok nya 22/1 dah dapat mesej dari pihak KWSP yang bitau selamat di terima & sedang proses.. Lebih kurang gitu lah..4/2 dapat sms, suruh datang kwsp untuk sahkan cap jari. Maka 5/2 tu aku pegi lah ke kwsp. Dan pada 11/2 duit telah selamat di kredit ke acct. Alhamdulilah.. Memang mudah sangat. Tak perlu lagi nak isi form bagai-bagai, mintak statement acct la dari bank mcm dulu kan.

Yang penting isi je maklumat dengan betul. Insyallah cepatlah proses..

TQ kwsp with excellent service macam nih. Ini yang rakyat Malaysia mahukan.

Friday, February 12, 2016

Fabulous Friday ~ Ninjavan

Assalamualaikum...

Salam Jumaat semua....

Ok, seperti sedia maklum aku ni memang le pembeli tegar di Lazada. So far so good. Tiada kejadian buruk berurusan dengan lazada. Cuma hari ni nak update pasal courier yang digunakan oleh pihak lazada. Oleh kerana lazada ni ada banyak seller, so ikut seller dia lah nak guna courier mana kan? Tapi yang best dan unik untuk pembelian kali ni pihak seller nye guna Ninjavan. As usual, proses update sms tu memang adalah..tapi yang lebih menarik, update dari email ni 



Nak tergelak sebab ada tandatangan si penerima tuh. Kalau courier yang sebelum-sebelum nih, sekadar proof delivery, detail penerima gitu je lah.. takde le kot sampai sign ko tu pun ade...hak hak...

Apa pun good job lah!!!

Wednesday, February 10, 2016

Kami ber "sushi" sempena cuti CNY 2016

Assalamualaikum...

Dah jarang sangat update pasal aktiviti keluarga besar kami di kedua belah pihak. Sempena cuti CNY 2016 yang agak panjang tahun ni kami seperti biasa ambil kesempatan balik kampung. Tapi ni nak update pasal aktiviti disebelah keluarga aku je.

Kami buat aktiviti makan-makan. Oleh sebab ramai yang balik kan. Tapi kali ni menu lain la sikit. Kalau biasa buat bakar-bakar, tapi kali ni selain aktivit membakar kami buat aktivit men"sushi" gitu. Seronok jugak. Ketua chef of coz la anak buah aku yang sulong yang sedia maklum kerja di restoren jepun tuh kan..

Ok le jugak, Pak Kahar dari tak boleh telan sushi dah boleh telan. Bukan sesuatu yang memualkan dah kan sushi tu. hikhik hik...







So far semua sushi memang abis dimakan, yang terbuang hanya sup soba.. Aku pun tak reti nak sebut. Mungkin masih belum diterima tekak orang kampung kuncayor nih.. Kihkih..

Tuesday, February 2, 2016

Bulan ke -2 di Tahun 2016

Assalamualaikum...

Hari ke-2 di bulan ke -2 untuk tahun 2016... Dah sebulan berlalu kan.. Cepat sangat.. Cerita bulan 1 pun banyak tak update kat blog nih...huhuhu..

Ok, permulaan hari untuk bulan ke-2 di tahun 2016 ini terpaksa EL demi Fattah yang demam... Maka pecahlah rekod mama tahun ni bila mana terpaksa EL. Cadangnya nak buat rekod tuh, tapi apa kan daya demi anak memang kena let go je kerjaya nih... Hari ni dia masih demam lagi, ponteng taska dan nak tak nak memang Pak Kahar kena take turn lah. Maka hari ini abah memang tak boleh wat sales ler demi si kintang kintung ni. Harap cepat sembuh nye wahai anak....




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...