Iklaneka

Tuesday, February 16, 2016

Apa itu e-Pengeluaran di KWSP?

Assalamualaikum...

Posting ini dibuat sekadar berkongsi maklumat pada rakan-rakan bahawa sekarang ade perkhidmatan secara talian yang dibuat oleh KWSP dalam proses pengeluaran untuk pencarum iatu e-Pengeluaran.



Apa itu e-Pengeluaran? 
Saluran serahan permohonan pengeluaran KWSP secara online melalui laman web KWSP bagi ahli yang mempunyai i-Akaun

Apakah Jenis Pengeluaran Yang Boleh Dibuat Secara Online?
a. Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
b. Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

Syarat-syarat e-Pengeluaran 
a. Syarat kelayakan pengeluaran perumahan sedia ada masih terpakai.
b. Mempunyai i-Akaun
c. Mempunyai baki pinjaman perumahan daripada RHB Bank Berhad/ Maybank Berhad/ Bank Islam (Malaysia)Berhad. Institusi pemberi pinjaman lain akan ditambah daripada semasa ke semasa.
d. Pernah membuat pengeluaran yang sama bagi jenis pengeluaran yang ingin dipohon. Bagi Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan, pengeluaran terdahulu hendaklah selepas 1 Januari 2011.
e. Pemohon adalah pembeli, peminjam dan pemilik harta berkenaan.
f. Pembeli / pemilik harta tidak lebih daripada dua (2) orang.
g. Bagi tujuan kelulusan, pemohon mesti membuat pengecaman Cap Ibu Jari di kaunter KWSP.


Memang sangat mudah prosesnya. Proses pun kejap.. Kira-kira 2 minggu memang aku dah dapat pun duit yang masuk direct ke acct. Mula key-in online pada 21/1.. Esok nya 22/1 dah dapat mesej dari pihak KWSP yang bitau selamat di terima & sedang proses.. Lebih kurang gitu lah..4/2 dapat sms, suruh datang kwsp untuk sahkan cap jari. Maka 5/2 tu aku pegi lah ke kwsp. Dan pada 11/2 duit telah selamat di kredit ke acct. Alhamdulilah.. Memang mudah sangat. Tak perlu lagi nak isi form bagai-bagai, mintak statement acct la dari bank mcm dulu kan.

Yang penting isi je maklumat dengan betul. Insyallah cepatlah proses..

TQ kwsp with excellent service macam nih. Ini yang rakyat Malaysia mahukan.

No comments:

Post a Comment

Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...