Iklaneka

Monday, October 1, 2018

Selamat menduduki UPKK 2018 wahai anakku Afiah Nabihah

Assalamualaikum...


Hari ini, 1/10/2018 Afiah Nabihah akan menduduki Ujian Penilaian Kelas Kafa. Pantas masa berlalu. Terasa baru sahaja menghantar beliau ke tahun 1. Hari ini sudah darjah 5 dan perlu menduduki UPKK. Tiada apa yang mampu dikirimkan untuknya selain doa agar dipermudahkan urusan dan menduduki peperiksaan. Dilancarkan segala urusan ketika menjawab soalan dan menjawab dengan tenang dan tepat.

Semoga yang terbaik untuk kakak, Afiah Nabihah




Wednesday, September 5, 2018

Abdul Fattah sudah 5 tahun...

Assalamualaikum...


5/9/2018 genap Abdul Fattah berumur 5 tahun.. Alhamdulillah, syukur atas pinjaman dari Ilahi. Moga Allah jadikan anak ini anak yang soleh penyejuk dimata penawar di hati..

Happy birthday sayangku Fattah,

Love,
Abah,Mama,Kakak,Abang


Thursday, May 24, 2018

Kursus Praktikal Haji 2018

Assalamualaikum...

Ramadhan Kareem semua... Semoga Ramadhan  ini lebih baik dari yang sebelum-sebelumnya. Kejarlah kita segala keberkataran yang ada dibulan penuh keberkatan ini..

Posting untuk update kursus praktikal Haji pada 12/5/2018 yang aku sertai di Surau yang terletak di Pasar Tani Kg Melayu Subang. Tak sangka berjaya habiskan walaupun ada yang ponteng-ponteng..ehehe

Insyallah, next year boleh join lagi sehinggalah dijemput menjadi tetamu Nya.. Ini usaha dalam memohon agar ini dipilih oleh NYa..









Sekian posting kali ini.. Selamat menjalani ibadah puasa semua.. Pada jemaah yang bakal menjadi tetamu haji, Tahniah...

Sunday, April 29, 2018

Inovasi Makanan Menggunakan Hanya Roti Paratha

Assalamualaikum...

Kita ber blog kembali.. Yihaaaa (mood tengah rajin)

Ok, post kali ni nak update pasal ROTI PARATHA. Ada ke yang tahu roti paratha nih? Roti paratha ni dalam keluarga Roti canai jugaklah. Asas semua sama, dari tepung gadum dan dijadikan doh mcm roti canai tu. Cuma ada lah beza sikit. Roti paratha ni selain boleh dimakan begitu boleh juga dijadikan base pastry. Boleh diinovasikan menjadi pelbagai menu. Tak percaya? Lihat video ini


OK..so percaya dah? Memang paratha ni boleh buat macam-macam kan? Let's try..
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
ROTI PARATHA KELUARAN BUMIPUTERA MUSLIM jenama TISHAH'S.

Paratha ini bukan sahaja sedap dimakan begitu sahaja, malah boleh dipelbagaikan..🤔🤔
Boleh dijadikan PIZZA,PUFF,SOSEJ ROLL dan sebagainya. Semua makanan tersebut adalah FAVOURITE anak-anak😋

1 pek (5 keping) = RM5.50

Pada yang nak order klik saja link ini👇🏻
http://www.wasap.my/60122618636

Free delivery (min 2packs) area MUTIARA SUBANG,SUBANG SURIA,SUBANG BESTARI,SUBANG 2,SUBANG PERDANA,ELMINA,BUKIT SUBANG,DENAI ALAM.
-----------------
Stokis & agen diperlukan. Hubungihttp://www.wasap.my/60132061299
#rotiparatha
#kulitpopia
#tishasfood
#subangbestari #subang2 #seksyenu5
#bukitsubang #elmina #denaialam

Monday, April 16, 2018

Hari Gembira Fattah ~ Lawatan ke Homestay Sg Haji Dorani



Salam semua...

Posting sebagai kenang-kenangan dikemudian hari untuk si bongsu Abdul Fattah dalam menjalani kehidupan semasa 5 tahun di Tadika Delima Ilmu.


Aktiviti lawatan ke Homestay Sg Haji Dorani pada 12/4/2018. Seharian disana. Macam-macam aktiviti yang anak-anak tadika lakukan. Sedikit gambar ihsan dari pengetua & cikgu. Terima kasih para cikgu yang menjaga anak-anak kami dengan baik..












Macam-macam aktiviti anak-anak buat. Inilah baru dikatakan real anak kampung!

Saturday, April 14, 2018

Afiah Nabihah sudah 11 tahun...

Assalamualaikum...


Hari ini bertarikh 14/4/2018 maka genaplah Afiah Nabihah berumur 11 tahun. Tiada apa yang mampu diucapkan hanya ucapan syukur kepada Allah atas pemberian pinjaman ini demi menunaikan amanah mendidik dan membesarkan kamu wahai anak..


How time fly.. Anak yang dikendong-kendong kini saiz nya sudah  melebihi  kita yang mengendongnya dulu. (sebak)

Mama & Abah sayang kakak kerana Allah SWT..


Monday, March 26, 2018

Cuti Sekolah Bulan 3 @Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang

Salam semua..

Terajin pulak nak update pasal cuti sekolah bulan 3 ni. Aktiviti bajet. Mur..mur aja kekdahnya memandangkan memang dah macam tak mampu nak mengepak sekarang ni bila barisan dah panjang. Makanya cuti je le apa yg hado..

Ni pun  tak sengaja. Hari khamis terfikir, jumaat tu terus angkat beg bawak anak-anak. Dah kebetulan masa tu surf agoda, sesaja letak bagan lalang. Tup! terpapar pulak hotel seri malaysia with reasonable price.  Book saje lah..

Jadilah, anak-anak puas mandi kolam lepas tu main  pasir pantai lepas tu mandi laut sikit-sikit. Ini je lah aktiviti cuti sekolah bulan 3 nih.. 

So far puas hati lah jugak dengan Seri Malaysia  nih. Dapat superior twin room with breakfast dlm RM130 lebih kurang gitu. Walau hotel ni tak lah mengadap laut tapi ade pintu belakang yang boleh jalan kaki je ke pantai. So ok lah kn. Sampai je, check in pukul 3 tu terus budak-budak ni mandi kolam. Stop solat asar. Agak hari macam dah redup tu kami jalan kaki ke pantai. Sebab bila matahari makin nk tenggelam masa tulah air slowly naik kan... So bila dah nak magrib pulanglah ke hotel..

Esok pagi lepas breakfast jln  kaki ke pantai. Masa ni cuaca masih belum panas. Jadi oklah untuk main2 laut semua..Bila dah dekat pukul 10 gerak balik ke hotel sambung pulak di pool. Main le dalam sejam gitu lepas tu balik ke bilik kemas-kemas untuk check out. So, simple je iternary kami. Yang penting anak-anak enjoy!













Sekian untuk kali ini.. Wassalam..

Sunday, March 4, 2018

Getaway 2018 ~ Tanah Abang, Jakarta... Kami Datang lagi!!!!


Salam semua...


1st posting untuk tahun 2018. Bulan 3  baru nk hapdate. Ini pun sebab trip  jakarta punya pasal..Hihihi. Trip pada 2-3/3/2018

Apa pun update jugakkan dari pada takde. Orait, post sekadar ingatan tahun depan. Bukti bahawa tiap tahun dah macam "balik kampung" kekdahnya ke Tanah Abang tuh. Tapi tahun ni paling syok nye sebab trip paling teramai. Kalau ikutkan 15 orang tapi 2 orang adik ku cancel lah. Dah sarat. Takper, next time. Burn tiket  ni biasa kan..ehhee

Last minit ada tambahan  geng dari Penang. 3 orang. Peh.. memang terbaiklah group nih. Semuanya cergas, sekepala. sempoiiii..

Insyallah, next year ada lagi trip nih. Trip sempoi2 sekadar hiburan kaum mak release tension setelah penat mencari rezeki..



















Apa pun kami enjoy!!!! Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Allah berkati perjalanan ini... 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...