Iklaneka

Monday, March 26, 2018

Cuti Sekolah Bulan 3 @Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang

Salam semua..

Terajin pulak nak update pasal cuti sekolah bulan 3 ni. Aktiviti bajet. Mur..mur aja kekdahnya memandangkan memang dah macam tak mampu nak mengepak sekarang ni bila barisan dah panjang. Makanya cuti je le apa yg hado..

Ni pun  tak sengaja. Hari khamis terfikir, jumaat tu terus angkat beg bawak anak-anak. Dah kebetulan masa tu surf agoda, sesaja letak bagan lalang. Tup! terpapar pulak hotel seri malaysia with reasonable price.  Book saje lah..

Jadilah, anak-anak puas mandi kolam lepas tu main  pasir pantai lepas tu mandi laut sikit-sikit. Ini je lah aktiviti cuti sekolah bulan 3 nih.. 

So far puas hati lah jugak dengan Seri Malaysia  nih. Dapat superior twin room with breakfast dlm RM130 lebih kurang gitu. Walau hotel ni tak lah mengadap laut tapi ade pintu belakang yang boleh jalan kaki je ke pantai. So ok lah kn. Sampai je, check in pukul 3 tu terus budak-budak ni mandi kolam. Stop solat asar. Agak hari macam dah redup tu kami jalan kaki ke pantai. Sebab bila matahari makin nk tenggelam masa tulah air slowly naik kan... So bila dah nak magrib pulanglah ke hotel..

Esok pagi lepas breakfast jln  kaki ke pantai. Masa ni cuaca masih belum panas. Jadi oklah untuk main2 laut semua..Bila dah dekat pukul 10 gerak balik ke hotel sambung pulak di pool. Main le dalam sejam gitu lepas tu balik ke bilik kemas-kemas untuk check out. So, simple je iternary kami. Yang penting anak-anak enjoy!













Sekian untuk kali ini.. Wassalam..

1 comment:

  1. Promo www.Fanspoker.com :
    - Bonus Freechips 5.000 - 10.000 setiap hari (1 hari dibagikan 1 kali) hanya dengan minimal deposit 50.000 dan minimal deposit 100.000 ke atas
    - Bonus Cashback 0.5% Setiap Senin
    - Bonus Referal 20% Seumur Hidup
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    ReplyDelete

Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...