Terajin pulak nak update pasal cuti sekolah bulan 3 ni. Aktiviti bajet. Mur..mur aja kekdahnya memandangkan memang dah macam tak mampu nak mengepak sekarang ni bila barisan dah panjang. Makanya cuti je le apa yg hado..
Ni pun tak sengaja. Hari khamis terfikir, jumaat tu terus angkat beg bawak anak-anak. Dah kebetulan masa tu surf agoda, sesaja letak bagan lalang. Tup! terpapar pulak hotel seri malaysia with reasonable price. Book saje lah..
Jadilah, anak-anak puas mandi kolam lepas tu main pasir pantai lepas tu mandi laut sikit-sikit. Ini je lah aktiviti cuti sekolah bulan 3 nih..
So far puas hati lah jugak dengan Seri Malaysia nih. Dapat superior twin room with breakfast dlm RM130 lebih kurang gitu. Walau hotel ni tak lah mengadap laut tapi ade pintu belakang yang boleh jalan kaki je ke pantai. So ok lah kn. Sampai je, check in pukul 3 tu terus budak-budak ni mandi kolam. Stop solat asar. Agak hari macam dah redup tu kami jalan kaki ke pantai. Sebab bila matahari makin nk tenggelam masa tulah air slowly naik kan... So bila dah nak magrib pulanglah ke hotel..
Esok pagi lepas breakfast jln kaki ke pantai. Masa ni cuaca masih belum panas. Jadi oklah untuk main2 laut semua..Bila dah dekat pukul 10 gerak balik ke hotel sambung pulak di pool. Main le dalam sejam gitu lepas tu balik ke bilik kemas-kemas untuk check out. So, simple je iternary kami. Yang penting anak-anak enjoy!
Sekian untuk kali ini.. Wassalam..