Posting disambung lagi...
Selepas berhenti di Pantai Pasir Hitam kami ke Pantai Iboih. Pantai Iboih ni lah tempat untuk ke Pulau Rubiah dan pulau2 kecil yang lain. Sayang, kami tiba kat situ pun dah petang. Lagi pun memang tak dapat nak masukkan trip island hoping ni sebab suntuk masa. Nak ke Kilometer 0 lagi kan. tempat wajib check in. Jadi kami sekadar stop di Pantai Iboih ambil-ambil gambar sahaja. Pantai cantik. Bersih. Mata pun sedap memandang. Tak ada "ikan duyung" terdampar. Negeri Serambi Mekah le katakan. Harus hormat yaaa...hahahha
Pantai Iboih. Ada jeti untuk pergi ke pulau kecil lain. Paling top Pulau Rubiah untuk aktiviti snorkeling |
yahhh.. Akhirnya tiba juga di Kilometer 0 Indonesia. Penat jugak nak tiba. Jalan berliku-liku |
Pemandangan yang indah di tepi laut Kilometer 0 |
Selesai sudah pusing-pusing. Kembali ke hotel untuk istirehat. Malam ready untuk dinner pulak.
Sate Gurita (sotong besar). Mesti cuba. Signature dish Sabang. |
Selesai sudah hari pertama trip Sabang. Esok kena balik semula ke Banda Aceh. Kena naik ferry pukul 8am... See you next post..
Promo www.Fanspoker.com :
ReplyDelete- Bonus Freechips 5.000 - 10.000 setiap hari (1 hari dibagikan 1 kali) hanya dengan minimal deposit 50.000 dan minimal deposit 100.000 ke atas
- Bonus Cashback 0.5% Setiap Senin
- Bonus Referal 20% Seumur Hidup
|| WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||