Salam Ramadhan...
Semalam, Ramadhan yang ke -12 kami sekeluarga telah berbuka puasa di my Kopi Shoppe, Subang Impian kerana ada Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak dari Rumah Amal Kasih Bestari...
Ini adalah sumbangan kecil ku bersama Kak Uda yang memberi sumbangan tidak seberapa kami kepada pihak restoren yang menyediakan juadah serta lokasi...
Pertama kali dalam hidup memberi sumbangan kepada anak-anak yatim ini untuk majlis berbuka puasa...Rasa sangat tidak percaya...Walaupun hanya sederhana tapi rasa satu kepuasan dalam diri sebab rezeki yang ada perlu diberikan, diagihkan kepada yang lebih memerlukan...
Penghuni Rumah Amal Kasih Bestari
Sumbangan kecil duit raya kepada yang hadir..Sumbangan adalah tajaan adik ku, Puan Faezah Ahmad Zaini
Van yang membawa anak-anak ini pulang ke rumah amal mereka...Moga hidup kalian di berkati wahai anak-anak sekelian...
Note : Hari ini kurasakan satu lagi kebesaran kuasa Mu Ya Allah..Sumbangan kecil yang kuberikan..di pulangkan semula pada hari ini dengan lebih lagi rezeki yang Allah kurniakan...Order peanut candy brtalu-talu lagi masuk..Syukur..syukur...Ya Allah...
No comments:
Post a Comment
Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)