Salam semua....
Berita gembira yang ku terima pada hari selasa yang lepas telah memberi ingatan buat kami bahawa anugerah yang di beri Allah itu perlu di ingati dan di syukuri..Nikmat itu hadir kepada kami dan.kami perlu salurkan juga pada yang lain...Sebagai peringatan buat kami suami isteri supaya sentiasa ingat..Jangan alpa..
Hidup ini umpama roda...apa nikmat yang kita terima perlu sentiasa waspada...Tidak perlu leka...
Maka, pada hari semalam..beberapa goodies beg telah aku sediakan yg berisi beberapa biji buah kurma, kismis, peanut candy serta kacang di sedekahkan kepada semua ahli Taska / Tadika Delima Ilmu...
Itu juga sebagai tanda ucapan terima kasih kepada Cikgu di taska/tadika tersebut yang mengasuh Nabihah & Wafiq..Sekalung ucapan terima kasih tentulah kepada Cikgu Nurul, yang memang tak jemu melatih tubi nabihah sampai dia pun maby bosan kot melayan rayuan mama yang sentiasa mahu kan Nabihah yang terbaik agak mampu menjawap semua soalan semasa ujian di SRAI tersebut...Alhamdulilah..usaha itu berbaloi..
Ini sahaja yang mampu aku dan Pak Kahar sediakan buat masa ini...Segala kenduri kesyukuran akan di bawa ke tahun hadapan...Insyallah...
Anak pinjaman dari Allah..Tanggungjawab yang perlu kami pikul kerana amanah yang di beri..Kita sayang anak, Allah lagi sayang lagi pada makhluk nya..Begitu juga Rasul yang cinta kan umatnya..Maka, amanah ini perlu di pikul dan di salurkan ke laluan yang betul..Ini salah satu usaha kami untuk menjadikan anak yang di amanah itu ke arah insan yang bertaqwa di jalan yang di redhai Allah...
Sekian...
No comments:
Post a Comment
Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)