Iklaneka

Sunday, January 5, 2014

Hari pertama persekolahan di tahun 2014

Salam semua...


2/1/2014 ~ hari yang memberi makna buat kami berdua suami isteri..Lagi bermakna untuk Nabihah merupakan hari pertama dia melangkah ke alam baru iaitu DARJAH 1 :)


On the way pergi

Penuh parent bersidai di balkoni melihat anak masing-masing


As usual, kakak memang akan duduk di barisan belakang :)



Bermula lah fasa baru dalam kehidupan kami...How time flies too fast (sob sob..mak sedih ni nakkk)... Terasa masih baru melahirkan kamu..kini kamu sudah darjah satu....

Besar amanah yang perlu kami, suami isteri pikul ini..Insyallah...kami akan berusaha segala daya memikul amanah dan tanggungjawab itu....

Oleh sebab Nabihah sudah 3 tahun bertadika dan ber taska. so dia biasa je lah...Tidak terlalu excited atau pun tak suka perubahan ini..Cuma yang dia tau dia dapat kelengkapan semua baru dan kawan baru...Tiada lagi bff Hannah dan juga Sarah kerana masing-masing bersekolah mengikut pilihan parent masing-masing...

Seharian suntuk juga kami menghabiskan masa di sekitar Shah Alam pada hari tersebut...Oleh sebab pihak sekolah tidak membenarkan ibu bapa "bersidai" di koridor melihat anak (tapi memang elok pun sgt tak bagus ok, lepaskan lah anak tu...tau le cikgu nak buat apa kn)...Maka kami keluar berjalan-jalan sekitar Shah Alam..Oleh sebab Nabihah bersekolah integrasi, maka makan tengah hari di sediakan. Maka pulang lah kami ke sekolah tersebut untuk melihat proses nya..Kami hanya lihat dari jauh..Tapi agak melemaskan ade parent yang mcm menyibuk sesgt..Sampai tahap pihak sekolah perlu membuat announcement supaya ibu bapa beredar..Ya Allah...let them go lah...Biar mereka berdikari...Ini tahap nak basuhkan tangan anak, angkat tray makan anak..Sok lusa kena biarkan jugakkan...Menyebabkan mcm keadaan jadi tak terkawal dah aku rasa..CIkgu nk bagi arahan pun cam segan-segan...

Selepasa habis sessi makan, kakak perlu naik ke kelas semula untuk menukar kasut dan memakai selipar kerana perlu ke surau untuk solat ber jemaah pula kemudian sessi kelas petang pun bermula sehinggalah jam 3.30pm.. Kami datang semula ke sekolah jam 3.30pm untuk mengenalkan kakak pada driver van yang akan membawa dia pulang. Kami menggunakan khidmat Pak Abu..Syukurlah masih ade seorang lagi pelajar di SRAI yang menggunakan khidmat Pak Abu untuk pulang ek Bukit Jelutong. Bersyukur di permudahkan urusan kerana walaupun jauh masih ade perkhidmatan van kerana SRAI, seksyen 19 berdekatan dengan IISA dan ade pelajar di IISA yang juga naik van maka boleh lah sekali harung bwk. Cuma kebanyakkan mereka akan stop di Bukit Jelutong cuma Nabihah yang perlu stop di Bukit SUbang. Maka kakak perlu transit di Bukit SUbang sekejap sementara tunggu mama pulang dari kerja pickup dia...ehehe..Memang agak macam renyah..Tapi itulah reality nye....Kami tabahkan juga demi masa depan nya..Kami memilih untuk memasuki sekolah tersebut...

Hari Ke- 2, kami masih bercuti dan masih menghantar kakak..Oleh sebab hari jumaat habis sessi persekolahan adalah jam 12.00 maka perlu lah kami ajar lagi kakak proses menaiki van memandangkan pada hari jumaat, isteri Pak Abu yang perlu pick up..Settle semua urusan....Moga dipermudahkan...





Sekian untuk posting kali ini..Salam

2 comments:

  1. anak ko mmg nmpk berdikari...oh makanan sek intergrasi mmg disediakn ek..senang la...aku ari ke2 pn tgk dr jauh time rehat nk tgk dire tau ke nk urus diri..tp bila dh dpt geng..bekas makanan & minuman ditinggalkn bila loceng dh bunyi...sbr je la

    ReplyDelete
  2. As salam. saya nak tanya psl transport dari/ke Bukit Jelutong. Boleh share contact no? TQ. email: suhana.jawahir@gmail.com.

    ReplyDelete

Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...