Iklaneka

Monday, January 6, 2014

Wafiq ~ 1st day school 2014 @Tadika Delima Ilmu, Seksyen U5 Shah Alam

Salam semua...


Hampir terlupa membuat posting hari pertama Wafiq di tadika untuk 5y..Semua gara-gara kakak mu...ehehhe...Semua pun Nabihah kan..keh keh...Tetiba rasa sebak, sebab hari ini hari pertama dia bersekolah 5y tetapi mama tak dapat menghantar dia kerana tugasan mama sangat penuh, Maka, wafiq perlu di 'pass' ke abah..

Terasa sangat hiba di kala ini tiada memori untuk dia di hari pertama dia bertadika 5tahun...Walaupun dia sudah super senior di tempat itu..TAPI setiap tahun bertukar kan..Harus ada catatan juga..

Gigih la mama meminta pertolongan cikgu Nurul gambar...Alhmdulilh..jadi lah..ini yang ada buat kenangan hari esok wahai anak... Esok lusa bila kamu sudah tau membaca, kamu akan sedar bahawa kasih sayang mama semuanya sama....



Tahun ini merupakan tahun ke 2 kamu ber tadika wahai abang..Moga belajar lah bersungguh. Mama kena cergas untuk kamu pada tahun ini memandangkan masa kamu bermain sudah berlalu (memang dia banyak main hokeh!!!). Akan mama usahakan seperti mana usaha untuk kakak mu...Insyallah..mama akan pasang target, penghujung tahun kamu sudah boleh membaca....



No comments:

Post a Comment

Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...