22/3/2014
Pada tarikh ini aku dan kak lang telah mengikuti kelas menjahit telekung di Kolej Komuniti Shah Alam.. Seperti sedia maklum, kolej komuniti memang ade menganjurkan kursus pendek di setiap kolej komuniti di seluruh Malaysia. Jadi pada yang berminat boleh layari >> DI SINI
Sangat bermanfaat buat kita. Yuran yang dikenakan sangat berpatutan. Untuk kursus jahitan telekung ni fee yang dikenakan hanya RM45. Dah la dapat ilmu menjahit, telekung pun dapat bawak balik tau..
Aku bukan nak menjadi tukang jahit pada orang keliling, tapi cukup lah sekadar menjadi tailor pada suami dan anak-anak. At least mahu menjadi mama yang di banggakan oleh anak-anak, bukan sekadar hanya ade segulung ijazah, bekerjaya tetap mendapat gaji bulanan tetapi juga menjadi seorang mama yang serba boleh. Bukan setakat tahu memasak tapi tahu juga menjahit..ahakssss
Sesiapa boleh sertai. tak kira anda bekerjaya hebat atau suri rumah. Seronok dapat ramai kenalan. Tukang jahit pun ade tau |
Sijil penyertaan. |
Kak lang masih tekun menjahit. Membuat kekemasan |
No comments:
Post a Comment
Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)